****
Air hujan terus membasahi bumi. Menjadi saksi kepada manusia-manusia yang kebanyakannya masih dibuai kesibukan dunia. Juga saksi kepada Win. Dia sudah berada dalam gerabak terakhir kereta api.
Penuh sesak tren malam itu. Bermacam-macam bau yg kurang enak dihidunya, terutama bau asap rokok. Win mengerut dahi. Ekonomi.
Haiiih, padan muka aku, nak jimat sangat, amek yang paling murah, ini lah yang kau dapat.
Langkahnya perlahan, menunggu ibu-ibu dan bapak-bapak di hadapannya menyelesaikan urusan dan duduk. Bercampur-baur perasaan dia. Cuak, takut, berdebar-debar. Pertama kali mengembara seorang diri di negara orang.
Sampai di tempat duduk, Win menelan air liur. Di hadapannya seorang lelaki penuh tatu. Di sebelahnya juga lelaki. Cuma lebih bersahaja.
Aah, lantaklah. janji aku dapat lari sekejap dari tempat tu. Penat.
Win duduk. Menyumbatkan telinganya dengan earphone, terus dipasang lagu-lagu kpop dan jpop pujaan hatinya.
Mahu ke mana ni mbak
Win mendongak.
Aaaaah sudah mamat bertatu kat depan ni bertanya. Apesal pulak time-time macam ni la kau nak jadi peramah. Aku tak nak diganggu la
Bandung.
oh, liburan ya?
Iya.
Orang malaysia?
jogja
Perbualan terhenti. Mungkin pemuda tu faham dia tak mahu diganggu. Soalan dijawab singkat. Dan memang itu tujuan dia. Berjaya. Dia terus hanyut dalam lagu-lagunya. Pandanganya dilemparkan ke luar tingkap, gelap gelita. Namun fikirannya melayang.
Win, win nak pergi mana ni. Esok kita ada program dengan kak Ai tau.
Adela. I need time k. Don't bother me within these days.
Tangannya laju mengemas barang masuk ke dalam begnya. Nak lari sebentar. Lemas dikejar kak Ai. Penat diajak Mai ke sana sini.
Win, emm at least bagitau la Win nak pergi mana.
Bandung.
Fullstop. Win bergerak keluar dari bilik. Tak menoleh, langsung menuju ke teksi yang sudah menunggu.
Aku sayang kau kerana Allah, Win. Maka aku takkan pernah berhenti dan berputus asa menarik kau dekat dengan Dia.
bisik hati Mai. Doanya yang dipanjatkan kepada Ilahi setiap hari.
Kereta api bergegar kuat. Lamunannya berkecai. Denyutan jantung berdegup pantas. Terdengar jeritan dari gerabak hadapan. Win gugup, takut, cemas.
Ape yang berlaku?
Tak sampai 5 saat, gerabak yang dinaiki Win seperti berpusing. Masa berputar terasa begitu lambat sekali.
'ya Allah, selamatkan aku. selamatkan aku. Nescaya aku akan mencari Mu. Lepas ni aku takkan tolak ajakan Mai daaaah.'
ya Allaaaaaaaaaaah.
Jeritannya terus menerus. Gerabak terus berpusing-pusing melontarkan penumpang-penumpang di dalamnya.
Lampu terpadam. Win terasa tulang di dalam badannya seperti dipatah seribu. Akhirnya dia terdiam. Pengsan.
****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan