Khamis, 21 Julai 2016

Pesanku

Assalamualaikum.

Ke mana-mana pasti orang bertanya dapat posting di mana. Jenuh juga menjawabnya. Dan tak tahu sampai bila akan menjawab dengan jawapan yang sama "tunggu interview dulu".

Satu perkara yang buat aku tersentak, aku dah start masuk alam dewasa. Which mean banyak benda yang sepatutnya kau dah boleh berdikari. Ni tak, masih seronok duduk bawah ketiak mak ayah, sampai agaknya mak ayah pun ingat kau budak2 lagi. Lesen P pun baru dapat tapi mak ayah macam masih ragu-ragu nak aku memandu. sigh.

Memang aku tak nafikan dengan hampir 6 tahun belajar di luar negara, buat aku jadi seseorang. Lebih-lebih lagi Allah bagi nikmat paling besar dalam hidup aku dengan temukan aku dengan dakwah dan tarbiyah, alhamdulillah. Allah temukan aku dengan insan-insan yang hebat, sabar dan tekun mentarbiyyah aku. Macam-macam yang aku perolehi sepanjang aku belajar di negara orang.

Pulang ke malaysia, mungkin 1 nightmare bagi sesetengah orang. Dengan keadaan Malaysia yang makin teruk (dari segala aspek: ekonomi, politik, peluang pekerjaan dll) make you realise kerja masih banyak. Macam-macam tanggungjawab menunggu. Kerjaya sebagai doktor, tugas sebagai daie, hak ibu bapa dan keluarga, dll. sigh lagi.

Nightmare juga sebab kat sini, kau sendiri kena struggle jaga tarbiyah sendiri. Cari akhawat, bukan akhawat yang mencari kita. Proaktif dalam usrah, jangan mengharap orang lain. Kau sendiri yang kena banyak memberi, jangan berharap untuk asyik menerima. Tarbiyah Dzatiyyah memang betul2 kena kuat. Dah tak ada murobbi yang mengawasi ketat mutabaah amal kita. Amal-amal ibadah kita sekarang betul2 hanya antara kita dan Allah. Dah tak boleh buat kerana murobbi suruh atau kerana orang lain tengok. Kena faham dan ikhlas.

well dua je pesan aku. Doakan aku banyak-banyak. Tariklah aku kalau aku macam dah ke laut. Cabaran dan mihnah banyak betul. Ni belum masuk kerja lagi. ugugu.

jzkk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan