Khamis, 28 Oktober 2010

Hari2 yg Berlalu

Bismillahirrahmanirrahim,.
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi kurnia dan nikmat oleh Allah utk terus bernafas dan sihat sehingga di saat ini. Walaupun hati mana yg x kecut di kala gunung merapi yg terletak dlm 30 km dr sini masih dalam keadaan awas. Harus bersedia setiap waktu. Ditambah exam, culture night, urusan imigresen, assignment, perjumpaan demi perjumpaan.. Alhamdulillah, betullah tugasan yg banyak membuat kita jauh dari kelalaian dan kealpaan. Malah seharusnya makin dekat dengan Allah,.. Moga hidup selepas ini dipenuhi dengan perkara2 yg berfaedah dan bermanfaat di dunia, lebih2 lagi di akhirat nnti.

Block 1.1 di UGM ini : Being a medical student and locomotor system hampir melabuhkan tirainya. Tutorial, learning skills, practical session, skill labs,. diharungi dengan pelbagai perasaan dan kesusahan.. First time didedahkan shcedule yg semcm ini,tersentak, terkejut.. namun diharungi dengan tabah dan sabar,.walaupun kdg2 terjatuh di tgh2nya.. namun, jgn lengahkan lagi, malah bangunlah dari kegagalan itu, lalu belajarlah dari kesilapan itu, ambil pengajaran dan iktibar..percayalah ada hikmah di sebalik semua ini. Jangan dikeluhkan, jgnlah dikesalkan, malah teruskanlah usaha yg gigih.sbb aku yg memilih jalan ini, aku sendiri yg memilih laluan ini.

Teruskanlah perjuanganmu wahai diri,. ! jangan biarkan kemalasan membelenggu dirimu, jangan biarkan kelalaian membaluti dirimu,. teruskan,. teruskan ! ayuh, semangat utk menghadapi block 1.2,. yg lagi besar halangannya : Cardio respiratory system! InsyaAllah :)

p/s : ~gunung merapi masih di tahap awas
~tutorial : em,. still need improvement.
~block examination sangat mengecewakan = kurangnya study! jgn diulangi!
~culture night : tarian tradisional,. why??? emm..
~assignment report : x tido satu malam buat report,. latihan awal utk jadi dr
nnti!
~presentation and oral examination : chayo3X!
~imigresen : besok perginya
~rancangan hujung minggu ni : x tau lagi,. sbb gunung merapi tu... em..

semangat! :)

video medley tarian melayu + joget pahang + zapin

Isnin, 18 Oktober 2010

SARANG LABAH2




kenapa entry ku bertajuk seperti ini?
sebab dah berzaman ku x update blog.. agaknyer kalau labah2 boleh masuk internet, dah bersarang ler aku punyer blog ni..sorry my blog,..selama ni pun aku cuma singgah jer,. x sempat nk tulis aper2..
ni pun aku tulis in hurry, tinggal beberapa minit lagi nk hbs internet ni..
sorry2 sgt.. sbb utama aku x update sbb aku x punya laptop sendiri lagi,. insyaAllah kalau dah ader lappy sendiri, bolehlah aku nk update kan,,..

ok la.. da~
p/s: tengah struggle di jogja... :)