Selasa, 21 Jun 2011

My Favourites ^^

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah.
Apa khabar iman anda hari ini?
Menaik?
mendatar?
atau futur?
nauzubillahiminzalik..
Dekatilah kebaikan selalu,
jauhilah kemungkaran dan keburukan..

What i'm doing now is


Menghadam kembali novel yg menjadi kegemaran semasa di skolah menengah dahulu.


Kombat 1511H. Ini zaman depan, tahun 2087 masihi yang menuntut perang cara teknologi.
Sungguh hebat. sungguh2 hebat.
Membacanya terasa seperti berada bersama watak2 ini.

Kisah tentang cinta kepada tuhan
Kisah tentang keimanan dan ketaqwaan  
Kisah perang antara kita dan musuh islam
Kisah kehebatan ukhwah antara kita

Subhanallah.

Mencari2 generasi yg hebat seperti watak cerita ini.
Atau apakah kita yg bakal menjadi watak ini??
Atau apakah generasi kita nanti?
Maka segalanya bermula dari kita.
Ayuh, jangan bertangguh lagi!

And then, I also watched this movie :


Tayangan di Falah mlm td. Menonton bersama k dina, k laili dan ann. Ramai sbnrnya yg menonton, tpi hanya kami yg still 'alive' hingga ke akhir movie . Siap tgk collection gambar ngan di sebalik tabir lagi. ye la, dvd original . huhu ^^

Best..
K Laili asyik sebut subhanallah je spjg tgk movie ni
Katanye, rupe2nye sejak dulu mmg ramai tokoh2 yg bersemangat menegakkan panji2 islam.  
K Dina pulak kate, movie ni bagus. 
Mcm movie Sang murobbi, 
dan jugak membuatkan die teringat kpd Hassan al Banna

in the nutshell,
Sangat suka dengan novel dan movie ni
walaupun satu kisah pasal masa hdpn,
satu lagi kisah di masa dahulu,
tapi byk perkara yg sama dlm kedua2nya
antaranya,
Watak2 dlm kedua2 kisah ini. 
ana sungguh2 kagum dengan kesabaran mereka 
dengan keimanan mereka
dengan keteguhan mereka
dengan keyakinan mereka.

walaupun mereka x nmpk ape yg mereka bakal dpt di masa hdpn,
tpi mereka x pernah putus asa
mereka x pernah berpaling arah

Kerana
mereka yakin akan janjiNya..
Subhanallah.
Dlm al Quran byk sekali ayat yg menyatakan janjiNya,
which one of them is ;

Al Insan 76:12
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

So my friends,
try to read this book
and watch this movie.
InsyaAllah berbaloi ^^


Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik
yang jasadnya sentiasa diburu peluru,
yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi,
bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak
adalah dengan futuwwah.
Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh:
Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan.
Semata-mata
~1511H[KOMBAT]~

saya rindukan buku2 malaysia :)

Rabu, 8 Jun 2011

Jaulah bersama keluarga

Salam ^_^
Maaf , cerita dah lama. tapi still nk bgtau :)

Satu keluarga dtg bercuti  di jogja hari tu, 14/5 sampai 19/5.
sangat gembira !! :)
Dptlah jalan2 ke merapi, pantai parangtritis, candi borobudur, bandung (kawah ratu & pasar baru) ,dll.
Sempat juga bawa ma, ayah ngan han ke kampus kedokteran.
Terima kasih sbb sudi dtg, susah2 je. :) hukhuk

sebelum ke jogja


di candi borobudur

Alhamdulillah,
Allah kurniakan diri ini
Dengan keluarga yg sangat memahami.
yg sangat menyayangi..

Love them very much.
insan2 ini dah byk tolong diri ini.
Emak;
Ayah;
Kaklong;
Abang;
Adik.
semenjak dari kecil hingga skrg.

Doaku sentiasa ~

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Pimpinlah kami ke jalanMu yg lurus,
Sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahMu,
Satukanlah hati2 kami,
Jadikanlah kami keluarga yg bahagia
Keluarga yg bersatu
Keluarga yg bersama
Di dunia dan akhirat.
Berkatilah pekerjaan kami,
Rahmatilah kehidupan kami,
Redhailah setiap langkah kami,
Kerana hanya kepada Engkaulah kami akan kembali.

di kawah ratu, bandung


Ya Allah, jdkanlah keluargaku
di antara insan yg membantuku,
di antara insan yg menyokongku,
Dalam Perjuangan ku ini!
ameen

Firman Allah dlm surat cinta kepada hambaNya :

~At Tahrim 66:6
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.


~Thaha 20:132
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.


Semoga kesudahan kami lebih baik dari permulaan.
dan semoga Allah redha. ^^ amin.