Ahad, 30 Oktober 2011

Sayang Kamu Semua Fillah Lillah :)

Alhamdulillah,
masih diberi peluang oleh Allah
masih diberi peluang utk bernafas,
masih diberi peluang melakukan sesuatu demi agamaNya
masih diberi pelbagai nikmat
sihat walafiat di sisi sahabat2 seperjuangan yg comel2 ^^

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Al Hujurat 49:10


Hari ni sambut beday sakiinah.
kat rooftop raudhah,
alhamdulillah,
melihat teman2 seperjuangan
gembira bersama2
ketawa bersama2
sedeh bersama2
nangis bersama2

"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Al Anfal 8:63


Ukhuwah hadir karena pemberian Allah dan merupakan salah satu nikmat Allah kepada hambaNya yang beriman

sungguh bernilai ukhwah kita
satu ikatan yg suci
satu ikatan yg hanya ade dlm islam
satu ikatan yg boleh bawa kita ke syurga
saling mengingati
saling berpimpin tgn
saling menyokong

moga kita semua
tsabat dan istiqamah
di jalan DnT ini.


yuk masuk syurga ramai2 dan sama2 ^^

Ahad, 23 Oktober 2011

T.T

Syed Qutb: "Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam"

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kisah yg Comel ^^



Alkisah tazkirah pendek selepas isya td,.
'Bonda' kami, k ain tanye kisah seorang sahabat..

"Ape peristiwa yg menyebabkan hati pakcik umar cenderung ke arah islam?"

kiteorg jwb pasal kisah yg umar pukul adik beliau tu, k ain kater ade lagi kisah laen, n then, 'pelajar cemerlang' kami iaitu k shida pun berjaya mnjwp..

Al-Haqqah, 69:40-42
(40) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
(41) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
(42) Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.


Nak tahu kisah penuh? ask them mehhh.. 
me myself, k Ain, k Shida, k nurul, nadzua, klong, sakiinah, atie, pawashida, nessa, farhah, faramie

Best sangat2 :)
Comel betul pak cik umar ni.

tanya jgn x tanya :P

p/s: teringt lagu ni la