Rabu, 22 Jun 2016

Review

Cerita semalam amat menyentuh hati.

Alkisah di ruang tamu sedang menidurkan tasneem di buaian. Tangan ini sibuk memegang kontrol tv menukar2 rancangan di tv, mencari mana yang menarik hati. Satu demi satu diganti, sehingga kelihatan 1 sosok yang aku sangat kagumi.

Ustaz Nouman Ali Khan.
dan
Mizz Nina



dan seperti biasa, ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulut Ustaz Nouman sangat menyentuh hati. Agaknye seperti ini la kan orang-orang yang hidupnya sangat dekat dan berpandukan al-quran dan sunnah. Hafiz Quran. Pengajar al-Quran. Dia bukan hanya mengajar orang untuk membaca al-quran, tapi bagaimana memahami al-quran. MashaAllah, may Allah always bless him for what he had did for this ummah.

Episode ni tak panjang sangat pun, dalam 20+ minit je, dan semua seputar al quran. Kisah di dalam quran. Kisah nabi ibrahim dan doanya. Macam mana kita nak kaitkan alquran dan kehidupan. Hati macam rasa hidup semula. I'm not sure kalau kat youtube ade, tapi sangat worth utk tonton show ni. 

One of scene yang menyebabkan aku menangis sekali dgn mizz nina, bila dia muhasabah diri. Dia kata dulu musik adalah dunia dia. Dia banyak menulis lagu, menyanyi lagu, membuat persembahan dll seputar dunia musik. selama 30 tahun. even kalau suruh nyanyi apa2 lagu dia boleh nyanyi sekarang. Then dia kata, kalau ada permintaan untuk saya baca misalnya 1 halaman surah baqarah, she can't even read.. Tears falling down her cheek. I was sooo touch. Menangis sekali le. Perempuan kalau tak emosi memang tak sah.

Tapi tu la. Allah lah yang membolak balikkan hati manusia. Dia la yang bagi hidayah, pada siapapun yang Dia kehendaki. Abu Bakr yang lembut hati. Abu Dzar yang gangster. Bilal seorang hamba. Muhammad Ali juara tinju dunia. Syed qutub yang di awal hidupnya sangat menentang IM. dan lain lain tokoh.

Kerana Allah la yang memegang hati mereka. That's why when we do da'wah, jangan lupa hubungan dengan Allah kena sangat kuat. Berbanyaklah doa pada Allah. Sebab, Allah yang pegang hati mad'u2 kita. Namun berusahalah dan carilah cara-cara yang berhikmah dalam menyantuni mereka. InshaAllah, kau akan dapat ganjaran. Dan jika mereka berubah, kau akan dapat ganjaran yang lebih baik dari unta merah.

This will be my advice to myself first, and to all of you. Do this for Allah and He will reward you, insyaAllah.

and before i forget,
The title of the show is "Beyond Translation".

jazakumullahu khoir.

Jumaat, 17 Jun 2016

Memories

I know, memories will fade away.
But I hope this one will not. 

The one that 
Made me realise about reality.
Made me love Him more
Made me a good muslim
Made me change my heart
Made me taste the sweet of ukhuwwah
Made me aware of my ummah

and the list go on.

I know these won't fade way.
It will be everlasting
It will be engraved in my heart
It will stay, as long as I remained and stick to it 
until my last breath.

Ameen.

I'm so sorry for my broken english..

Rabu, 15 Jun 2016

Di suatu subuh

Subuh itu salah satu subuh di Ramadan Kareem. Terasa lebih nikmat dan segar berbanding hari2 biasa yang pernah dilalui. Perasaan ingin menulis juga membuak2, setelah membaca beberapa buah buku nukilan ikhwah akhawat yang berjaya menyentuh dasar hati untuk menulis sesuatu. Mungkin tiada siapa yang membaca nukilan ini, namun perasaan yang bercampur baur setelah menggali semula post2 yg lalu menghidupkan kembali rasa itu. Biarlah walaupun bahasa tidak seindah sewaktu spm dahulu.

Juga membaca kisah2 hidup ikhwah akhawat, susah senang mereka dalam mengharungi jalan ini, membuat idea-ideaku bergerak laju seiringan taipan tanganku di laptopku. Haruslah aku nukilkan sesuatu, terutama buat diri, agar ke depannya bila jatuh, bisa menoleh sebentar dan mengutip kembali rasa dan semangat ini, insyaAllah...

Logam.

Mengapa logam lagi. Bukankah dahulu aku pernah bercerita tentang logam ini? Waktu itu, kalau sahabat atau adik2 menanyakan "ape logam ana/akk ye?" pasti aku tertanya-tanya di dalam hati lantas merasa rendah diri. Namun ku teruskan langkah kerana aku yakin aku pasti menemuinya satu hari nanti.

Namun tujuanku bukan menceritakan apa logamku. Nasihatku, teruskanlah istiqamah dalam melangkahi di jalan dnt ini. Kau akan dapat bermacam perkara baru, dan at certain point, you will realise, this is one of my logam. Kadang2 bila dah meraih sesuatu,baru lah logam kita yang tersembunyi itu terserlah. But, I will not say, bila dah jumpa logam kita, berhentilah di situ, dan lakukan apa yang kita mahu. Sebagai seorang mukmin, kita perlu rasa insecure dgn biah kita. Maksudnya, sentiasalah bergerak melakukan sesuatu, berubah menjadi baik kepada lebih baik dan lebih baik. Dalam apa jua situasi terutamanya demi dakwah dan tarbiyah kita. We will never know what we will gain and do in our future.

Dari seorang mutarabbi kepada seorang murobbi. Dari seorang HO kepada seorang MO. Dari seorang MO "kronik" kpd MO yang sedang mengikuti program master. Dari seorang specialist kepada seorag consultant. Dari seorang yang menerima kepada seorang yang memberi. Dari single kepada multiple. (Eh!haha) Dari daerah ke negeri. Dari solat wajib sahaja bertambah solat sunat. and the list go on. And do it because of Allah, for the sake of da'wah and tarbiyah, biiznillah.

Seorang mukmin harus sentiasa bergerak. Alirkanlah arus air dakwah dan tarbiyah dalam dirimu yang sudah mengalir deras sejak zaman para rasul dan nabi dahulu. Elakkan diri berada dalam takungan comfort zone. Sentiasa berfikir dan berfikir. Bermusyawarahlah dengan orang penting dalam hidup kita. Tanyakan pendapat mereka yang lebih berpengalaman dari kita.

Menghadiri program pre-HO, membuatkan ku berfikir dan terus berfikir. Mampukah aku mengharungi keperitan dan dugaan seorang HO dan MO? Di manakah hala tuju aku ke depannya?

Wallahu alam. Semoga Allah guide in everything we do in our lives. Dan the most important thing, semoga Allah redha.


Selasa, 14 Jun 2016

Sahabatku

Di suatu malam.

Hening malam x mengganggu diriku dari men'stalker' teman2ku. Sehingga aku larut membaca blog seorang sahabatku saat dia dilanda dugaan yang cukup besar. Izinkan tangan ini menulis sesuatu, walaupun mungkin sahaja tidak kau baca, tapi biarlah buat tatapan diri ini, mungkin jika di hadapan aku mengharungi sesuatu seperti ini juga. Walaupun saat2 itu pernah aku sendiri merasainya. 


Sahabatku.

Allah knows the best. Sejauh mana kita merancang dan berusaha, Allah lah yang menentukan jalan cerita dan pengakhiran kita. Believe in Him forever. Dia la sumber kekuatan, sumber segala sesuatu. pintalah dari Dia. Aku yakin kau pasti buat semua ini, dan ku lihat, kau dapat kekuatan itu. Mungkin ini sekadar peringatan dan peringatan, supaya sampai ke liang lahad kita berpegang pada prinsip ini.


Sahabatku.

Kerana apa kita melalui semua ini. ingat kembali kerana siapa kita hidup. kerana apa kita memilih jalan ini. Redha Allah pasti. biarlah susah payah kita ini kerana mendapatkan redhaNya. Apa pun yang kita lakukan, jika ia benar syariat dan niatnya, inshaAllah besar dan manis ganjaran di hari kelak. Dan utk mendapat redhaNya, harus melalui banyak ujian dan cabaran. tapisan demi tapisan.


Sahabatku. 

Ingatkah pada firmanNya, 2:286. Bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Kau diuji seperti itu. Aku diuji seperti ini. Manusia lain diuji itu ini. dan kita x pernah tahu di mana tahap level kesanggupan dan ketahanan kita. Kita hanya mampu berusaha sebaiknya dan tawakal setinggi langit, namun Allah yang memberi jalan ceritaNya.  


Sahabatku.

Bertahan dan bertahanlah. kau pasti akan tersenyum di akhirnya. kerana apa? kerana akhirnya kau sedar segalanya telah berakhir dan kau berjaya mengharunginya. dan itu lebih manis. percayalah padaku, kerna aku pernah mengalaminya. dan bertahanlah melalui jalan ke hadapan, kerana cabaran yang lebih besar akan menemui kita. Dan nasihatku, bertahan lah.


Sahabatku.

Mungkin nasihat di atas lebih kepada diriku, agar lebih kuat, lebih berpegang pada Allah, lebih bertahan. Mungkin ini coretan hati ke hatiku kembali. Agar hati ini hidup kembali. 

dan jika kau membaca coretanku ini, coretlah nasihat buat diri ku juga. Jarak dan waktu memisahkan kita, kapankah lagi kita bisa bertemu dan bercurhatan?

jazakillahu kheir sahabatku. Aku doakan kau kuat di mana pun kau berada.
:)

9 Ramadhan 1437H, Malaysia.