Rabu, 29 Disember 2010

Miss my parents

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,. masih diberi kesempatan
Hari ni deria rasa dan bau hilang sebentar, disebabkan selesema
x dptlah menikmati makanan.
subhanallah, ujian..

Semalam sedang berjalan2 di alam maya, terbaca satu cerpen. Tengah2 baca, penulis cerpen memasukkan satu lirik lagu (kalau x salah ana la). Ayatnya sangat menusuk hati, air mata ni  mengalir. And then I realized sumthing. I miss my parents so much :(


Terima kasih ibu
Terima kasih duhai ayah…

Lahirku ke dunia 
Ku disambut penuh syukur
Bisikan azan ke telinga 
Iqamah kalimah nan luhur

Lahirku ke dunia
Ku diajar mengenal Allah
Ku diajar sebut nama-Nya
Juga Nabi Rasul mulia

Salam sayang ayah dan ibu
Mendidik ku tak pernah jemu
Halalkanlah makan minumku
Maafkanlah salah silapku
Tanpa maaf dan juga restu
Hidupku jadi tak menentu

Tiada yang lebih bernilai
Dari pengorbanan yang suci itu
Tak terdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertaqwa

Jasamu oh ayah dan ibu
Akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih-sayang
Membina keluarga bahgia

Pada-Mu Allah aku berdoa
Pada-Mu jua aku meminta
Rahmati ibu ayah tercinta
Ampunilah dosa-dosa mereka
Panjang umur murahkan rezeki
Sejahtera dalam ketaatan
Moga berbahagia di dunia
Di akhirat beroleh syurga

Daku mengharap redha ibu
Juga redha dari mu ayah
Hanya itulah yang ku pinta
Agar hidup ku lebih bermakna…

Terima kasih ibu
Terima kasih duhai ayah…


No words can describe their sacrifices. too much. terlalu banyak. Tergamak kah kita menjd anak yg derhaka ? Setelah mereka mencurahkan dan mengorbankan segala2nya? Takutlah kita pada azab Allah. Bukankah kita semua belajar semasa di sekolah menengah dahulu bahawa menderhaka ibu bapa itu termasuk dosa2 besar? Astaghfirullah. mintalah ampun dan redha ibu bapa sentiasa ya.. ^_^

Doa yg biasa kita amalkan setiap hari :)
“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”

Apa kata kali ni, kita doakan yg panjang sikit, apa salahnya kan?






Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.


Ya Allah,



Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,



Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat ganda.

Ya Allah,



Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih. 



Malah Allah sendiri dah peringatkan manusia dalam kitabNya, bahwa kita semua harus berbuat baik kepada ibu dan ayah.

29:8
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. 

31:14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 


See? jadi ingat2lah orang tua kita. Jangan hanya kerana kekasih atau kawan, kita abai dan tinggalkan mereka. Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan. Kalau x, api nerakalah jawapnya. :(

To my mom n dad, I love u. Maafkan salah silap diri ini dan redhailah anakmu ini ^_^ . thank u 4 everything!


p/s : doakan ana sihat esok (hr ni selsema teruk). ameen

wasalam n da ~

Isnin, 27 Disember 2010

HidayahMu

Bismillahirrahmanirrahim.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah,
syukur padaMu ya Allah
semoga diriku bisa mengenggam hidayahMu seerat2nya
semoga diriku dibebaskan dari belenggu jahiliah
semoga diriku dapat terus istiqamah berada di jalanMu ya Allah
Terima kasih ya Allah
Thank u Allah 4 choosing me to go HAMKA jakarta 2010
Alhamdulillah :)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


2:208
Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Jumaat, 24 Disember 2010

Belajar dan Mengajar hingga ke hujung usia ;)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah
Syukur padaMu ya Allah .

"teman2, ini result benedict's test tadi. Warnanya nggak berubah, kerna dlm saliva kan mmg nggak ada glucose," terang salah seorg teman ana kepada yg laen2. "Nah, yuk teruskan ke next step,." Tiba2 muncul seorg dosen(lecturer) yg sgt2 tua. Mungkin sudah 70/80 an. Ana tgk dia, terbayangkan dr mahathir. Memang sgt2 tua. Jalan pun sudah bongkok, perlahan sekali langkahnya. Tapi kami buat x endah, lagipun ana jenis susah nak bertanya kpd dosen semasa berpractical, hanya kepada teman2. Tetapi dalam hati timbul perasaan kagum. Beliau masih dianugerahkan kudrat dan semangat oleh Allah utk terus mengajar. Perasaan kagum itu hilang sejurus teringat banyak lagi experiment yg harus dibuat. Di physiology department, bangunan Radiopoetro.

Hari seterusnya, jam 9.10 pg. Lecturer x sampai2 lagi. X kan nk cancel kut? Susahlah mcm ni, dahlah jadual pack, nnti x pasal2 kene ganti hari lain pulak. Seri ke depan buat announcement pasal diwali night, memujuk teman2 supaya hadir ke majlis itu. Otak ana ligat berfikir, nak pergi atau x? em.. And then Suddenly, he entered. U know who? Yes, the same dr. I met in practical session di physiology di hari sebelumnya. I glared his name at my schedule. Dr. Suwono. Lantas, perasaan kagum itu kembali. Selalunya kalau nak tengok sesiapapun di usia setua ini, cumalah di kampung2. Cheylsea dan Faramie mengangguk2 bersetuju dgn kenyataan ana. Hebat kan? Selalunya org2 seusia begini, mengambil keputusan utk pulang ke kampung, menghabiskan sisa2 kehidupan di halaman rumah yg dicintai. Kadang2 kerana faktor kesihatan. Kadang2 kerana alasan mahu memperbanyakkan ibadah. Usia semakin lanjut menandakan rumah kata pergi, kubur kata mari. However, insan ini memilih utk terus berbakti, menggunakan sehabis mungkin kudratnya utk mendidik anak2 bangsa.



Teringat kata2 abangku, sebenarnya di hujung usia, gunakanlah otak sampai semaksima mungkin, kerana peratus utk penyakit alzheimer/nyanyuk menyerang akan rendah. Kerana apabila menggunakan otak, sebagai contoh belajar atau mengajar, cell2 dalam otak akan aktif. Bayangkan semasa di usia tua anda tidak menggunakan otak dengan aktiviti berfikir, cell2 otak yg aktif semasa anda menggunakannya di masa muda akan kelama2an passive dan duduk diam begitu sahaja. Lama2 memori anda juga akan hilang begitu sahaja. Oleh itu, insyaAllah kalau usia kita masih panjang, mahukah kita memilih jalan sepertimana dr Suwono ini pilih? ya, InsyaAllah! Kerana antara ciri2 mukmin itu adalah memberi manfaat kpd mukmin yg lain! ^_^

Next story~
Semalam kami 8 org ~ ann, baby, atie, abel, afikah, sakiinah, faramie telah ke foodfez di Jalan kaliurang. Dah lama x makan sama2, sbb busy memanjang.. Ana pesan chicken steak, waffle blueberry cheese n milk shake strawberry,. semuanya dalam 45000 rupiah.(rm16). Oh sorry, bukan selalu ana makan besar2 mcm ni ye :) kadang2 je, so jgn terkejut pulak.. hehe

erk,.. ape2 ajelah, nasib baik sedap.. 

And then kami makan dessert la.. tiba2 keluar lagu hepi beday and pelayan datang bwk kek :) Kami nyanyi pun  ramai2 sbb nak sambut beday ann yg akan dtg dlm 3 hari lagi.. haha :D surprise!!! Dia pun x sangka kami nk celebrate awal2. Lagipun masa beday dier nnti, ana ngan baby x de,. InsyaAllah kami akan berada di jakarta di hari itu.
Ann terkezut besar sampai dia nangis , terharu. Ana pun nangis juga, sbb nmpk dier terharu, cumer x de org lain yg nampak.. huhu2. And then? kami ambil gambar, kacau2 ann, call miss Ila( beday beliau!!!),.. hhahha.. n then? kiterog balik la,. sbb baby, ann dan faramie ader usrah. 

beday girl wif her cake :)


baby, sakiinah, ann dan abel.

alamak, gelap pula gambar faramie, atie, afikah and ana.. :(



xpelah, janji gambar ni nampak ana n fikah.. hehe3.

gambar2 lain ader pada ann.. ana x amik byk gambar sbb hp ni x de mode mlm, so kalo amik gmbr konpem x nmpk.. hehe :P

oklah, need to stop,. insyaAllah petang ni bertolak ke jakarta. Doakan keselamatan dan kelancaran aktiviti kami di sana . ameeen . wasalam n da~

Rabu, 22 Disember 2010

JANGAN TIDUR LEBIH2!!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Thanz Allah 4 everything :)

Garang x tajuk post ana kali ni? hehe2. just nk kongsi, dah berape hari ana tidur awal, n bangun pun agak lewat. Niat dah pasang awal2 x nak tido banyak2, tpi susah betul nk edit perangai tu. Perangai yg melekat sejak sekolah menengah dulu, just more better la, x tido di waktu yg x sepatutnyer, cuma TERtidur awal, n TERbangun lewat. Ish2, susah betul, saper2 ader suggestion mcm maner nk edit perangai ni? kunci jam pun kadang2 x boleh harap,. asyik2 snooze atau padam alarm tu, pastu x bangun jugak time yg diharapkan tu. Agaknyer jadi mcm ni, sebab study atas katil kut? ye la, duduk tempat yg empuk, memanglah syaitan dok mengacau, suruh mata ni kuyu dan akhirnya tido.... ZZZZzzzzZZZzzzz

bende nk study banyak, tpi kuat tido n internet. ish!!!!


Uisshhh, tido banyak ni x bagus kan? Ni la yg ana risau, tidur banyak x baik kan? Juga buat kiter raser malas? waaah, takut jugak ana dgr, but still x leh lawan rasa ngantuks tu.. nanti dah jadi dr (insyaAllah) lagilah, x cukup tido, kdg2 x tido pun, esp biler dah masuk koas(clinical).. hu3 . :( So, anybody has good idea n tips, pliz tell me ya, thank u very much...

Alhamdulillah, mlm ni dapatlah jugak melawan raser ngantuk tu, walaupun tertidur 10 minit kat meja study ni,. pastu sambung study anatomy :). Kalau terus landing kat atas katil tadi, alamatnyer bangun besok pagi je la, mcm kes semalam. Menyesal pun xde gunernyer kan..

Kesimpulannya, ana rase kene kuatkan lagi semangat la. Ni x, semangat mcm dah lari ke mana~~~~ Niatkan kerana Allah, usaha sungguh2, doa dan tawakal also sungguh2. Ameeeeen, mudah2an berhasil. ( ayuh istiqamah walaupun sedikit). Doakan ana dapat kuatkan hati ini , melalui liku2 perjuangan yg semakin mencabar ni ! chayo3x !! InsyaAllah :)

Dun forget to take a look ~ 24:35

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

p/s : masih igtkah kita akan silibus pendidikan islam tingkatan 5 waktu kita belajar ayat ini? renung2kanlah :)

Ana juga nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat ayahku (hj bachok) yg tercinta.. Semoga senantiasa berada di bwh lembayung rahmatNya,. Thank u for everything my dad,. good luck n all d best di tempat baru,. U r my hero forever, I luv u SUPER (^_^) . May Allah bless u :) 

my beloved dad ^_^

Ana juga baru dpt tahu tadi, ana ader pembaca setia ^_^ nur ayumi a.k.a shakinah anwar :) buat ana lagi semngat!! thank u2 :DD

mis u kinah :) biler la lagi ana boleh belanja u pergi MM,
Kalau ana stay lagi kat kerteh, mesti ana boleh blnja u tgk wayang kan! hehe :P


oooppss
Dah2, nk sambung study, wasalam n da~
:D

Ahad, 19 Disember 2010

New block, new spirit, new dream ~

Bismillahirrahmanirrahim :)
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan, nikmat dan kurnia oleh Allah
Bersyukurlah selalu wahai diri ~
Btw, nk buat announcement,. mulai saat ni insyaAllah penggunaan "aku" dalm blog ini ditukar kepada "ana". Selain memberi tahu bahawa nama saya adalah ana, ana juga membawa maksud saya dlm bahasa arab. Haha, so terpulanglah kpd korang nk merujuk ana tu kepada "saya" dlm bhs arab atau nama saya,. ape2 je la kan :P

Just wanna to say,
Hari esok akan menjadi hari pertama utk block 1.3. Tahukah kalian apa tajuk block kali ni? hah, ni yg ana nk tunjukkan ~

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaa~


                                                               ~DIGESTIVE SYSTEM~


What's that mean? haha.. Ana kene belajar semua yg berkaitan pasal digestive system ni la.. Pasal mulut, esofagus, perut, usus,protein, lipid, carbohydrate, nutrition dan sbagainyer,. New practical session added - Pharmacology & parasitology. Tadi tengok silibus sekilas lalu,.Fuhhh, byknyer bende baru.. That's mean more efforts needed right? Waaaah. Semoga diri ana ni dijauhi dari sifat malas dan menangguh2. Susah betul nk buang sifat tu ..

Esok ader lectures n Histology . Study yer jgn x study :)
da~

Renung2kanlah - 11:15-16 ~


Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.


Letaklah Akhirat itu di hati, dunia itu di tangan.
Semoga ana dan anda istiqamah berjuang !! :)

Jumaat, 17 Disember 2010

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
thanks Allah for everything

Ujian block dah habis, histology pun dah habis,. Alhamdulillah physiology pass, x perlu remediation. Hanya tinggal doa dan tawakal. Aku sungguh2 x yakin pasal block exam hari tu. Susahnyer dan sebab aku x boleh jawap adalah KURANG study. Ish2, sifat malas dan bersenang lenang ader lagi rupenyer dlm diri aku ni, masih mencuba hari ke hari utk menguranginyer. Any tips?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aduyai, susahnyer biler dah start korean addiction ni, skrg ngah menonton drama pasta. Bolehlah tahan jalan ceritanyer. Ala, budak pompuan , tgk cerita korean x lain x bukan tgk hero yg hensem2, tapi aku x yer!! haha :D huissh, hero cerita ni xla hencem sgt pun, lantaklah, janji jalan cerita menarik ^_^ (menonton drama ni wif baby, maser kiterog melantak je)

Em,. nothing to say, just wanna to update. da~

Isnin, 13 Disember 2010

Bittaufiq wannajah

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah :)
Point utama : gud luck n all d best kepada kengkawan yg akan menghadapi exam x lama lgi!!
Dah usaha sungguh2, jgn lupa doa n tawakal sungguh2 juga :)
Yakinlah Allah akan beri yg terbaik utk dirimu ~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


especially utk kwn2 ku yg ader blog ; baby , abel , atie , k sarah , azam , zawir , toriq
N then x luper jugak yg laen2, kwn2ku semasa susah dan senang :) faramie , sakiinah , ann , afikah
Last but not least, all my friends yg akan menduduki exam pada hari esok dan lusa
Jgn kecil hati ..
sorry 4 everything~
Chayo3x!

 Mudah2an dipermudahkan segalanya oleh Allah
Ameeenn.

Sabtu, 11 Disember 2010

Block examination~

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,. thanz to Allah 4 everything.
Ujian anatomy lepas, walaupun cukup2 makan
Exam biochemistry ok.,, tpi result x kuar lagi, em,. tu yg risau
minggu depan ader 2 exam,
hari selasa histology
hari rabu block examination
n it's about
cardiorespiratory system
a lots
and i'm not ready yet for it
em,

so..
Let's move on!
study n study n study
usaha + doa + tawakal  :)

Renungan :  2:201 
~ Sebahagian mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami ! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka"


P/S :

  • Selamat tahun baru ~ sory lmbt wish, niatkanlah azam korang dan capai lah ia! :) insyaAllah
  • hari ni hari kedua swimming (minggu lepas kali pertama) n still no progress,.. haha.. abel, sabar ye ;)
  • hari tu gi malioboro, sumone beli h*******e baru.. hehe 
  • ala,.. naper xleh upload gambar ni.. em.. :(
Salam perjuangan!
da~