Jumaat, 7 Disember 2012

bina


ternyata tidak mudah membina manusia
tapi x mustahil.
buktinya,
lihatlah sejarah nabi.

kerna itu jgn kau berhenti.
jgn kau ragu2.
bukankah janjiNya pasti?

ps : maka bacalah, kajilah sirah nabi. iAllah kau akan jumpa kekuatan. 

wallahu'alam

Khamis, 22 November 2012

#Hati

Hati, kuatlah.


sebagaimana kuatnya hati dan iman mereka.

Hati, yakinilah.
dunia ni hanya sementara.
hanya persinggahan mencari bekal.
buat akhirat yg kekal hakiki.

Hati, oh hati.
mengapa kau begitu keras sekali.
mungkinkah terlalu banyak dosa yg diisi?

Hati,
bermujahadahlah!


#sedang mencari. permudahkanlah ya Allah

Sabtu, 10 November 2012

Sihat & Kuat tubuh badan!

Assalamualaikum w.b.t

currently on train, from solo back to jogja.
Memandangkan ade liqo awal pg esok, nak x nak kene try balik mlm ni jugak
Dan alhamdulillah, sempat grab (i mean buy) tiket train yg terakhir.

Hari ni hari yg sgt memenatkan, harap sangat x collapse hri besok.
Dan seperti biase, banyaklah peristiwa2 berlaku
yg sudah dijangka dan x terjangka
Dan semuanya berlaku atas perancanganNya,
tarbiyyah terbaik kerana Dialah pencipta kita.

Dah x larat nk fikir ape utk menulis,
badan sgt letih dan capet.
Terus muhasabah yg diri ini x cukup qowiyul jismi lagi.
Td turun naik tangga kat air terjun saje dah tercungap2.
X terbayang waktu koas nnti mcm mane.
Mcm ni saje dah penat sgt.
sedangkan medan dnt d malaysia nnti lebih mencabar.
Lebih memeras tenaga
Lebih memerlukan qowiyul jismi.
Mungkin kita harus lebih berusaha ke arah itu.
ke arah tubuh badan yg sihat dan kuat.
Kalau x, sangat susah nak penuhi muwosafat2 tarbiyah yg laen.
Dan saya harus kuatkan diri saya.

mata sangatlaaaaa nk menutup.
zzzzzzzz.
allergic attack yg tetibe menyerang pg td pun masih tersisa.
doakan kami selamat sampai rumah,
ameen


p/s : tetibe teringat ma ayah. huuuuu T.T

Sabtu, 27 Oktober 2012

Curhat maybe?

Assalamualaikum w.b.t

Yesterday was 26th october, or more exactly 10th zulhijjah
Alhamdulillah, Eiduladha kat sini sgtla meriah.
Start our day wif usrah, then berkejaran ke bukit barisan utk solat raya,
Then ramai2 ke tempat korban,
Which this year sgtlah ramai yg berkorban.

N then, sort of disaster happened.
Rasa mcm nak nanges pun ade,
But eventually rasa sgt ditarbiyah oleh Allah
Sangat2.
Xdela besar sgt pun masalahnya,
But u know, gurls.
Perkara kecil sering dibesar2kan.
Sampai saya sendiri rasa tergamam dan nervous
Sempat x ni?

Tapi xkanlah kami nk duduk diam je
Bila dah kenal pasti masalah
dan
Utk meneruskan hidup,
We're rushing here n there
To solve the problem.
just agak2 bilangan semua.
X kesah dah perasaan sendiri.
Cuma risau yg melanda
Sempat x ni? sbb yg ada cuma bbrp kerat T.T

Anda.
Saya x terkilan pun dgn anda
Malah bersyukur dan berterima kasih atas kedatangan anda.
jzkk atas keprihatinan anda
Sbb, tanpa anda,
tidaklah kami tahu masalah yg melanda
Cuma mgkin lembutkan cara penyampaiannya.
afwan sgt2 :')

Dan begitulah kehidupan kami diteruskan kelmarin
Masing2 berusaha keras
Semua gigih melaksanakan tggjwb msg2.
Alhamdulillah, bila dah nampak progress yg sgt laju,
Hati dah x risau.
syukur sgt2, Alhamdulillah ya Allah.
Dan semuanya berakhir dgn jaya.
Overall majlis kami berlangsung dgn gembira dan lancar.
Walaupun di awal2nya sedikit kecoh.
terima kasihlah wahai 'bidan2 terjun sekalian'
terima kasih wahai sahabat2ku yg bertungkus lumus
terima kasih sgt2 :')
Hanya Allah yg mampu membalas budi kalian.

Pokoknya sentiasalah rasa diri kita sedang ditarbiyah olehNya
Kita akan rasa bahagia,
walaupun asalnya kita terluka,
Sbb kita tahu Allah bukan suka2 bg kita ujian dan mehnah


so, ibrahnya?
cari2lah sendiri.
Sekian terima kasih

Rabu, 24 Oktober 2012

Percaya

IAllah apa yg Allah beri, itulah yg terbaik buat diri kita.
X kisahlah canteq, hensem, cun, buruk, kaya, miskin, result ok, result ko

Dia tahu yg terbaik buat diri hamba2Nya, kerna Dia lah Sang Pencipta.

Kerana itu, redha la.
Redha atas ketentuanNya.
Mungkin air matamu mengalir,
Tapi biarlah hati redha.

Senyumlah walau seberat mana ujian yg menimpamu :')
Itu tanda Dia ingin naikkan darjatmu.
Itu tanda Dia sayang padamu.

Kerna kita tahu
Dia xpernah tinggalkan kita
Dia xpernah menzalimi kita.

Allahu Allahu Allahu
Kuatkan cinta dan kasih kami kepadaMu.
:')

Selasa, 16 Oktober 2012

Cinta

Benarlah pepatah x kenal maka x cinta.

"Ana2, ada audio surah at toriq x?" (Muka teruja)

"Xde kat dlm ni. Dlm laptop kat umah. Pakai iquran pro aje, kan boleh repeat."

"Ala, x boleh pun, die ulang ayat je, xleh satu surah"

"Meh kita tgk2 dan try2 dulu"

Stelah godek2 t** masing2, akhirnya berjaya.

"Dah boleh ana!!"

"Nak hafal ek?"

Dia mengangguk sambil tersenyum
Lantas saya pun tersenyum.

Beberapa hari yg lalu murrobbinya share tafsir fi zilal surah at Toriq kpd saya. Ya, yg dibentang oleh dia dlm bulatan gembiranya yang terbaru.

Lantas beberapa hari setelah itu saya tanya dia directly. Sementara menunggu utk mkn supper. Penuh keterujaan dia bentangkan kembali tafsir at toriq itu. Penuh kecintaan. Enthusiasm bak kata org puteh. Subhanallah, mmg sgt indah tafsirnya. Sangat2.

Dan hari ini, dia berazam utk hafal surah itu. Surah yg dia sudah jatuh cinta. Surah yg buat dia makin jatuh cinta kpd Allah. Subhanallah!

Begitulah seharusnya kita bina cinta pdNya. Kenali Dia. Kenal lah Allah dgn pelbagai cara. Mgkin dgn berusroh, mgkin dgn ke kelas agama, mgkin baca tafsir quran, mgkin dgn tdabur alam, mgkin dgn memerhatikan makhluk ciptaanNya, dan pelbagai lagi cara lain.

Kerana benarlah pepatah x kenal maka x cinta. Subhanallah :)

P/s: ya ukhti yg mnyukai stitch. Selamat menghafal ^^

Isnin, 15 Oktober 2012

Hati

Inikah perasaannya?
Perasaan seorang murobbi d awal langkah2nya?

Bila anak2 stress, diri sendiri stress
Bila anak2 berubah sedikit demi sedikit, lantas hati terubat.

Nasihatku buat mereka esp antunna yg ana cinta keranaNya
Saat2 beginilah kebergantunganmu kpd Allah teruji,
Saat ujian dtg bertalu-talu,
Saat bisikan syaitan bermain2 d benakmu,
Saat hawa nafsu membuak2 dlm perasaanmu,
Tapi yakinlah, bahawa Allah sentiasa di sisimu.
Berdoalah sepenuh hati agar Dia membantuMu,
Kerna hanya Dia yg memegang hatimu.


Ya Allah. Kuatkan langkahku. Ikhlaskan niatku.

P/s: syg antunna sgt2. Nak masuk sorga sama2, k? sekarang just sabar je. sabar. :

Rabu, 10 Oktober 2012

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

moh ana mulakn dgn satu ayat centaNya

bismillahirrahmanirrahim

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Ar Ra'du 13:11



Terkadang kita rindu akan saat2 awal kita berada d jalan ini dahulu. Fikrah, semangat yg berkobar2 dan kefahaman yg kita perolehi membuat kita sehari2 memandang apa yg berlaku dlm diri kita dari kaca mata dakwah dan tarbiyah. Dan hari silih berlalu, kehidupan kita dipenuhi dgn pelbagai wasilah tarbiyah spt dauroh, rehlah, jaulah, mukhayyam, mabit dll. Kita juga berusaha memenuhi 10 muwasofat tarbiyyah, agar diri kita memiliki peribadi yang muslim wa musleh.



Namun sayangnya semangat yg dulu berkobar2 kini terpadam ibarat api yg disiram air. Bahan2 dauroh yg kita dapat berlalu begitu sahaja tanpa kita memfikrahkannya dlm diri. Kita berusaha 'mendaki bukit', namun x sedar beban jahiliyah melambatkan gerakan kita, sedangkan kita nak sgt2 sampai ke puncak bukit, yg analoginya adalah redha Illahi. Malah bukan selalu solat kita khusyuk, amalan kita ikhlas, infaq kita banyak, bersangka baik sesama kita dll.

Atau dulu kita sememangnya berusaha mujahadah nafsu tinggalkan jahiliyah atau maksiat, tapi kini kita kembali ke diri kita yg lalu, akibat futur yang kita biarkan bersarang dlm hati. Benar, iman itu naik dan turun, tapi apa sahaja yg kita lakukan saat iman itu futur. Biarkan sahaja? Wahai! syaitan menari gembira melihat kita berdiam diri membiarkan diri futur, terus futur.




Malah kita selesa dgn keadaan ini. Selesa berada dlm jahiliyah? No way! Padahal kita tahu, yg hidup seorang muslim bukan seperti ini sepatutnya. Siapa yang harus kita salahkan? Keluarga? Sbb diorang yg biarkan hidup kita dlm 'kelabu' bercampur baur antara haq dan batil? Atau salahkan rakan2? disebabkan pengaruh diaorg? atau salahkan murobbi? rasa kurang di DF atau kurang kasih sayang? Atau salahkan diri sendiri? tepuk dada tanya iman. Walhal, diri sudah pun tahu bahawa kita punya tanggungjawab atas muka bumi ini.

Bukan sekadar makan minum tidur belajar berpersatuan graduasi bekerja kahwin beranak mati. Habis tu nak jadi orang yang rugi kat akhirat nanti?

I'm writing this not because i'm far away better. no. i wrote based on experience, based on stories I heard. Bukan nak bukak aib, tapi berkongsi cerita, dapatkan pengajaran dan ibrahnya.ok sorry grammar berterabur.

SOLUTION

#INGAT kembali turning point kita. Cari kenapa kita harus berubah. Bukan kerana murobbi, bkn kerana nk dpt perhatian.



#IKHLASkn niat utk berubah. Demi Allah semata2

#Cari BIAH SOLEHAH. Penting sgt2. duduk sorang2 memang fatal, bahaya.

#Baca ARTIKEL yg osem. APG, muharikah, dakwat.org, blogger2 yg hebat2.

#AZAM yang kuat dan tegar. Ingat, kehidupan utama kita kat akhirat nanti. Bersenang lenang pun bila dah mati nanti. So, sekarang biar 'sakit' sikit. Mujahadah lwn nafsu. X nak ke syurgaNya yg best tu?



#DOA. doa dan teruskan berdoa dgn ikhlas. InsyaAllah Allah akan permudahkan.

#ISTIQAMAH dan tsabat d jalan ini. Rajin2kanlah diri menghadiri program2 yg disusun oleh para murrobbi kita. U will get sumthing, IAllah.

#IMAGINE His JANNAH. OWESOME sgt2! Dan orang yg dpt masuk bukan calang2 org!


#BERGAUL dengan para daie yg super OSEM. Tanya bagaimana mereka tsabat di jalan ini.

#SEDIAKAN HATI utk ditarbiyyah. Setiap apa yg kita lakukan dan apa yg kita perhatikan, pandang dari kaca mata dakwah dan tarbiyah.


#JANGAN biarkan diri selesa dlm keadaan futur. Cari sumber kekuatan, especeli melalui hubungan dgn Allah. Qiyam, zikir atau baca quran. Niatkan, ya Allah, kembalikan kekuatan pd diriku, kembalikan semangat kpd diriku.


#baca BUKU2 yang beri kefahaman dan naikkan semngat.

#INGAT kematian. bila2 masa sahaja Allah akan tarik nyawa kita. Nak ke, waktu futur tu Allah tarik nyawa kita? gulp, nauzubillahiminzalik

#BAYANGKAN akhirat nanti. Xnak jd orang yg rugi kan?


dan bermacam2 lagi cara yg laen.

--------------------------------------------------------------

Inilah realitinya. TRUE STORY. perkara ini sering kali terjadi. Futur dan terus futur hingga hilang dari jalan ini. Sungguh rugi. Tapisan demi tapisan Allah lakukan, sehinggalah yang tinggal nanti betul2 berkualiti. X siapa dpt jamin, dia akan berada di jalan ini sampai akhir hayatnya. Tapi inilah impian dan cita2 utama kita. Nak masuk syurga ramai2 kan? Ayuh kita sama2 tegur, sama2 menasihati, sama2 memaafi.

p/s : sayang antunna sangat2. Ya, nk berubah sangat sukar, ana turut merasainya. tapi istiqamahlah. Andai rasa futur atau jatuh, ingat kembali janjiNya. Subhanallah, moga kita tergolong dlm golongan2 itu.

"(Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)." Al Insan 76:22


#benarlah kata2 seorang ukhti dahulu sewaktu di awal tarbiyyah, bahawa kefahaman lebih penting dari semangat. Walaupun kita kehilangan semangat, kita tetap akan tsabat kerana kita faham. Maka tambah dan  peliharalah kefahamanmu, serta carilah sentiasa semangat yang baru. Wallahua'lam

Rabu, 3 Oktober 2012

Emosi

Just a short thought. Dah lama sangat fikir pasal ni, dan hari ni sgt2 terasa perkara ni. Pasal perbuatan kita sehari2, pasal tingkah laku kita sehari2, pasal tabiat dan sikap kita sehari2.

Most of time kita guna emosi utk buat sesuatu. Kebanyakan tindakan yg kita amek setiap hari berdasarkan emosi atau lebih tepat hawa nafsu semata2. Muhasabah balik, dlm byk2 pilihan kita setiap hari, mana satu yg betol2 kita fikir berdasarkan iman kita, berdasarkan dakwah dan tarbiyah, dan yg lebih tepat berlandaskan quran dan sunnah.

Allahu Allahu Allahu.dari dulu lagi ana berusaha utk capai matlamat ini. Dan sering kali gagal. Sering kali buat pilihan berdasarkn emosi semata2. Pikir dunia semata2. Padahal Allah la segala2nya. Kita selalu ckp "aku cinta Allah" tapi sejauh mana kita dah buktikan? Sedalam manakah cinta kita, sedangkan pilihan kita selalunya berakhir dgndunia semata2.

Allahu Allahu Allahu. Moga kita semua lebih kuat mnghadapi ujian dunia, bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu dlm melangkah ke akhirat. Biar 'seksa' d dunia, jgn seksa d akhirat.

#berusaha sgt2. Tapi sering jatuh. Ada tips?

Isnin, 24 September 2012

Majlis Suai Kenal? X laaaa

Assalamualaikum, pertamanya jom kita bersyukur alhamdulillah atas segala nikmat yg Dia kurniakan, kita masih bernafas dan mempunyai peluang utk bertaubat dri dosa2 kita, laksanakn tanggungjawab khalifah dan abid kita, dan lakukan yg terbaik dlm hidup kita, moga hari ini lebih baik dr semalam, iAllah.

Post kali ni x bercerita pasal msk 2012 yg bru berlalu sabtu dan ahad baru ni, atau nama cunnya emeskay,pasal penat lelah, gembira sedey, permohonan maaf, ucapan terima kasih, sakit lutut sbb terjatuh(ni kes ana ngn auni, sorang belah kanan, sorang belah kiri, mmg saling melengkapi), atau ape2pun sewaktu dgnnya sbb dah ramai yang bercerita dan kalo nk tahu lebih lanjut bolehla rujuk ke link blog2 osem d sebelah kanan ye, terima kasih.

Tapi sebenarnye xde objektif umum pun tulis post ni just nk membebel je, xtaula kalau kalian baca sampai habis, maaflah mmg meraban je ni. Kerja masih bertimbun2, nak kena siapkan conceptual framework dll yg berkait rapat dgn practical session research methodology besok, yg mana x tau nk start dri mana, agak konfius. Arrghh!!

Tapi kalo x start buat mmg xkan buat sampai pg esok, so better i go offline, start doing my homework. Sory guys for post yg merepek ni, just nk lepaskn mood utk menulis. Moga dpt manfaat walaupun nampak mcm xde, tpi pandai2lah korang extract sendiri ape yg korang dpt dari post kali ni, contohnya dri perenggan pertama d atas tu, so muhasabah la slalu, moga apa yg kita lakukan sehari hari x sia2, sbb kalo sia2, rugi je x dpt ape pun kat akhirat nnti.

Jangan jadi org yg rugi!

" Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: 'Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat'. Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. " Az-Zumar 39:15

Wasalam n gud nite. Jgn lupa baca doa tido :-)

Rabu, 19 September 2012

Cita2ku nk masuk sorgaNya, tpi...

Semalam meeting upimi. Mostly pasal aidiladha. Tergamam jgkla,rasanya baru sekejap saat2 solat sunatraya, pastu tgk qurban lembu, pastu dpt usrah materi pasal pengorbanan pastu pergi makan2 daging korban kat asrama bukit barisan. Errr. Padahal dah hmpir setahun berlalu sejak aidiladha itu. N then skrg pun dh masuk third year medic, tpi rasa kepala hotak byk lagi x tau pasal medic. Walaupun dgr dah masuk tahun 3, rasa mcm dah tua, dah senior, dah besar,tapi byk lagi tahun sbnrnya bru nk hbis belajar.

Sedar x sedar jgk umur tarbiyah pun dah nk masuk 2 tahun, tpi rasa mcm x buat ape2 utk ummat, J pun byk lagi dlm diri, dakwah pun tenggelam timbul, semangat turun naik, muwasofat tarbiyah masih byk lopong esp part menjaga masa ngan qowiyul jismi. Tiba2 impian utama nk masuk sorga yg sumpah osem tu tpi usaha ntah ape2.

Banyak pulak tu keluh kesah, pastu perangai asyik x puas hati, x nk ikut ckp murobbi, kdg2 mutabaah amal lopong, x nk usaha ubah perangai buruk, infaq pun seciput je tu pun kdg2 berkira2 lagi, suka sangka buruk kat org laen, suka mengungkit, ibadah sbb nk tunjuk kat org laen sdgkan kalo sorang2 x buat pun, malas nk pergi daurah, niat x betol dan bermcm2 lagi seribu satu entah sejuta perangai yg entah ape2 dan kalo fikir balik ,boleh ke dpt redhaNya dgn perangai2 mcm ni?

Padahal tahu mati dah dekat, tpi still bergelumang dgn jahiliyyah, agaknya nk jd org yg menyesal kat akhirat kelak kot tpi nasi dah jd bubur dah xleh buat ape2, nangis darah atau nk tebus ngan segunung emas pun Allah x kasi dah chance utk kmbali kedunia buat tugas yg sepatutnya kita buat iaitu Abid (51:56) dan khalifah (2:30). Masa tu mmg kita dah rugi dan berpeluh2 sbb 'video' ape yg kita buat kat dunia akan ditayang besar kat semua org d padang masyar. Kalo byk bende baek xpe, tpi rasanya bende buruk lagi byk kita buat, best ke kalo semua org tahu apa kita buat kat dunia ni? Malu oi maluuuu.

So sedar2lah, mmg kita manusia cepat lupa tpi kalo time futur tu kembali buat sunnah baginda, sedeqah ke, baca quran ke, atau baca artikel2 yg sumpah osem bukan mcm artikel ni. Kembali sedar yg kita kat dunia ni sekejap je, x lama pun, dan kita kene usaha sungguh2 bercucuk tanam utk tuai hasil kat akhirat nnti. Mmg susah kot nk buat perkara2 baik, esp dakwah, satu lagi susah kot nk tinggal jahiliyyah sbb kita dah mendarahdagingkan dlm bdn kita, tpkan itula namanya mujahadah lawan nafsu, salah satu ujian Dia nk tapis org yg betol2 berkualiti masuk sorgaNya.ingat senang nk masuk sorga?

So, bangun oi bangun!!

P/s : jom muhasabah selalu :-)

#artikel ni x ditujukan specific kpd sape2, cuma siapa mkn cili dia terasa pedasnya, termasuk diri ini.

Isnin, 6 Ogos 2012

HOME

Assalamualaikum
Selamat pagi indonesia + malaysia 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur, selagi hayat dikandung badan,
selagi tu la bertambah2 nikmat yang Allah kurnia.

And then i'm here, still here.
bersama mereka2 yg t'cinta
mereka yg sedang ana usaha utk tarbiyah sebaik2nya
are struggling utk osce besok.
Doakan mereka ya, doakan
moga dipermudahkan segala,
moga tenang dan x gugup spjg ujian.

And tinggal beberapa hari 
not counting days actually
menunggu-nunggu utk pulang ke sana
pulang ke tanah air

errr, sbnrnye sindrom homesick tu xde la membuak2
but then my sis posted pictures in facebook
ditambah dgn skype wif them
make me miss them so much. very much.


however
tertanya2
sepatutnya perasaan ni la kita kene ade
iaitu perasaan x sabar2
utk pulang "rumah" asal kita
iaitu sorga.

Dan sorga itu sangat mahal
sangat2
nak kembali ke sana
memerlukan pengorbanan dan perjuangan
sudah layakkah kita?

"Jannah has no risk. If you follow the prophet SAW, you are in. It is fitrah to go home. You are from there anyway"

Jumaat, 3 Ogos 2012

si dia. my beloved man


Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya
to fulfil our role in dis dunya
'Abid & Caliph

*********
just wanna to share
#sorry, penuh dgn madah2 cinta.ahaks! haha#

tadi dgr satu recording.
'pakcik' tu cakap,
*anak gadis xkan kapel kalo die rapat ngan ayah dia*

dan saya pun tersenyum simpul
sengih sorang2
mase tu ngah memasak juadah b'buka pose
*kalo org tgk mesti kate x betul*

dad n mom

t'igt kat ayah.
ya
dan kata2 itu ada benarnya.
saya agak rapat dgn ayah saya
wajah pun lebih iras dengannya.
kasih sayang saya pd dia
xkan pernah tumpah pd jejaka
yang tidak halal buat saya
(kalo husband tu laen cerita. ehem ehem abaikan ayat ini)

dan mlm ni.
saya on skype,
mengharap ayah akan on sype die jgk
t'nyata ya,
Tuhan memakbulkan permintaan saya.

dan
Tuhan memang Maha Mendengar
saya ingatkan semua ada
rupa2nya
yang ada hanya ayah
ma dan kaklong sudah pulang ke kl

Allah mmg bagi big chance
ayah keseorangan
maka saya menemaninya
mendengar celoteh2 si dia
selama sejam yg b'makna

dan tiba2 internet pula buat hal
terputus sebentar.
mungkin tanda dari Tuhan
sudah2lah tu
igt Dia pula.

dan
saya x lupa
terima kasih Tuhan
lebih tepat
thank You ya Allah

Alhamdulillah atas segalanya.
nikmatMu x pernah terkira.

ayah,
saya sayang ayah buanget
terima kasih atas segalanya!

us

p/s :
#ni namanye sindrom homesick membuak2
#to mom, u know i love u too. hehe (perasan sendiri yg ma ngan ayah akan bace post ni. hoho)
#peringatan buat anda & diri ini especeli ~ sayangilah mereka, hargai mereka sebelum mereka atau anda yg pergi selama2nya. menyesal x sudah nanti.. :)
#oiii, sapa yg masih terlelap tu bangunlah!! ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. kita x tau kita sempat x berjumpa ramadhan seterusnya. Teruskan upgrade iman dan ibadah. Moga kita dpt pingat TAKWA di akhir ramadhan ini, dan moga kita meninggalkan dunia ini dlm keadaan yg diredhaiNya, insyaAllah :)

Allahu Allahu Allahu. moga semuanya keranaMu.

Sabtu, 28 Julai 2012

Kita hanya pandai meminta?



Assalamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah ya
Allah still gives us chances n honour to be in this month of ramadhan, full of His blessings.


- warning - walaupun post ni agak pjg, tp sorry la no pictures.hoho


ok, direct to the point
baru teringat nk share.
ni kisah sewaktu panel discussion ( kira mcm lecture jgkla, bezanya ada ramai lecturers(2-3 org) dan satu moderator). Block kali ni sgtlah byk panel discussion, dan kamilah puak2 yg memenuhi ruang kuliah itu. (puak2 laen entah hilang ke mana) ~~~ ok, ni cuma luahan x puas hati 


Alkisahnya, tajuk panel discussion yg sgt2 b'tuah utk diceritakan di sini adalah impecunity(kemiskinan) in elderly. Seperti biasa, dr M merangkap sbgai moderator memulakan sesi dengan membawa satu kisah benar mengenai seorang lansia (lanjut usia) yang miskin, menetap di daerah pendalaman. Anaknya yg kerja kat bandar pun miskin (cuma buruh) , tinggal di bwh jambatan di bandar t'sebut. Suatu hari si anak ni memboyong (bawa) ayahnya ke bandar, lalu mereka sama2 tinggal di bawah jambatan. Dan seterusnya. malas pulak nk cerita pjg   


hohoho, ni yg menarik.
dr M memang suka tanya pendapat students dulu baru pass ke dosen2 (lecturers) & dr M ni suka tnya students malaysia dulu. so, he ask, bagaimana mahu menyelesaikan masalah kemiskinan dlm kalangan lansia? 


so, 2 pelajar malaysia t'awal jawap la "minta bantuan dari kerajaan atau badan2 NGO". (ni summary jawapan diorang la, x igt sgt pun) =.=' dan ni antara jwpn sama yg b'maen di benak ana, ala, ape susah, minta bantuan kerajaan je. hehehe.


dan jawapan dri mahasiswa indonesia sgt b'BEDA. Mereka berikan cadangan agar para lansia ini dilatih atau di utilizekan skill atau hobby mereka utk come out sumthing yg boleh menyara hidup mereka. x kisah la apapun, menjahit, berkebun, dll.


eleh, betul ke boleh buat mcm tu? mcm x caya je. mane buktinya? (ni monolog dalaman je tau)


Dan dr. M tegur la pelajar malaysia, x kan la semua bende minta bantuan kerajaan ? *gulp* rase mcm kene tumbuk . hoho


dr. M pun pass sesi seterusnya kpd lecturer laen. Ternyata apa yg dikatakan oleh rakan2 kami dari nusantara ini benar2 terjadi dan ada buktinya.


Spt yg diterangkan di atas, para lansia utilize kan skills dan tenaga yg masih ada utk buat sumthing yg memberi upah kpd mereka. Dan nyata usaha mereka x sia2. Malah mereka byk membantu dlm mengurangkan pelbagai kos (dri pemerintah) yg bersangkutan dgn apa yg mereka lakukan. Bermakna walaupun sudah berumur emas, tetapi mereka tetap berbakti kpd negara mereka!


*seriusly xtau nk cerita mcm mane, sbb agak complicated jgklah kisah nya*


Tapi harap2 dpt la mainpointnya . Bangsa yg serumpun dengan kita ini sangat dikenali dgn kuat usahanya. berbeda dengan kita, anak M****u, suka meminta2 dan manja. sikit2 mak bapak, sikit2 sekolah, sikit2 kerajaan. Xde usaha sendiri skit pun. Sangat2 berbeza ngan mereka di sini. Bayangkan, lansia sendiripun berusaha utk menggunakan kudratnya utk mendptkan sesuatu, apatah lagi kita sepatutnya yg kuat lagi perkasa ini . hoho


****** adelah pengecualian utk lansia yg dah betul2 sakit sampai x leh buat apa2, still ada pihak yg membantu mereka. Sbb kalo nk harap semua lansia dpt bantuan, no way la, sbb sini penduduk nya sgt ramai, dan byk lagi faktor2 laen ******


dapat x dapat x mainpoint nya? 


# Jangan asyik meminta je. Kan tangan yg memberi itu lebih baik dari yg menerima.
Maka berusaha lah. Sbb Allah tgk usaha, bukannya hasil. 
oh ya, btw, kejayaan tu x datang bergolek. Ia datang dari ALLAH SWT. 

so, terpulanglah nk usaha byk atau sikit, cuma ingat2 la, kat akhirat nanti Allah tengok usaha kita ya, bukan hasil. Allah x tgk kita jadi dokter atau x, tapi Allah pandang USAHA kita. so, purify back ur niat when u do sumthing. Do it Lillah semata2. Ikhlas untukNya. #

ibrah laen sila cari sendiri ye, mata ni dah x larat utk terus menghadap lappy.  


Just a reminder.
Boleh nak meminta, tapi minta la dari Sang Pencipta
InsyaAllah Dia akan beri apa yg terbaik buat dirimu.
bukankah Dia lebih tahu tentang dirimu?

p/s :
# sbnrnye bukan point atas ni yg ana nk share, tapi melalut ke tempat lain pulak. x pe la, moga bermanfaat # 

*********
+ is struggling study osce. (tp sempat gak update blog). dunia2 T.T

Ahad, 3 Jun 2012

exam dan homesick itu berkait rapat tau.

salam
sedar x sedar exam menghampiri.
syndrome malas tu sgt la ketara
dan syndrome home sick kembali menjelma
slalu mcm ni :(

doakan kami ya
exam hari khamis

moga x sia2 semuanya
Lillah !



Rabu, 16 Mei 2012

"mom"

assalamualaikum w.b.t

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

As Shaff 61 : 2-3

since be a 'mom' ni,
sangat sensitif ngan ayat ni
takut sgt apa2 yg dicakap dlm bulatan gembira,
ana sendiri x amalkan
T.T

Ya Allah, help me.
guide me.
moga ikhlas demiMu semata2

p/s : mom=murrobbi

Ahad, 6 Mei 2012

Sakit

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ni mukhayyam first time di jogja
PAINTBALL + flying fox 

my most unforgettable expriences
ditembak di blakang kepala.

okey
sakitnya x sikit
sakitnya banyaaaaaak wooo
bercucuran jugakla air mata ni menahan kesakitan

x dapat bayangkan keadaan saudara seakidah di sana
T.T
sakitnya kadang2 berlanjutan sehingga ke akhir hayat
sakitnya kadang2 membawa maut

apa la ertinya dengan sakit aku ni
baru kene skit
dah mencurah2 air mata

sangat terharu dengan akhowats2 tercinta
semua risau
semua tanya ok ke x
semua berusaha nk tenangkan diri ini

in my mind on that time is

Ya Allah
terima kasih atas pemberianMu ini
aku x cantik
aku banyak kelemahan
aku banyak kekurangan
aku banyak buat kesilapan
but then mereka ni
x pernah pandang cacat cela aku
x pernah pandang serong aku
dan seribu mcm x pernah.

after a few seconds
i stop crying
becoz
they comfort me so much
sangat2

alhamdulillah
thank you sis. love u lillah :)

Ahad, 22 April 2012

Hidup yang sia-sia

Assalamualaikum

sia2 je la semua benda yang kita buat dlm hidup ni,
kalau x niat sebab Allah.

kalau harapkan ibadah mcm solat, baca quran atau zikir sahaje,
berapa jam je la dapat dari 24 jam tu.
tu pun kadang2 dlm solat kita lalai
tengah baca quran fikiran pergi tempat lain.
berzikir tapi hati menerawang

nak x nak,
semua bende kita kene niatkan sbgai ibadah
semua bende kita kene tengok melalui kaca mata islam.
n ana sendiri pun masih struggle untuk buat bende ni
untuk niat semata2 kerana Allah
untuk refreshing niat di tengah, dan akhir perbuatan.
kan kadang2 tu niat kita boleh terdeviate kat tengah2 atau akhir.

Allahu Allahu Allahu
semoga hidupku segalanya demi Allah :)



Jumaat, 23 Mac 2012

Dieng, refreshing us

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah
Selawat ke atas nabi junjungan SAW

as time pass, a lot stories happened.
suka duka terharu dan sebagainya.
perginya nenek, perginya mak sedara.
bukan pergi utk selama2nya
cuma berpindah ke alam sana,
alam sementara sebelum ke akhirat yg kekal selama2nya.

as time pass, a lot things changed
inside, outside
hati sendiri, hati teman2
environment dan lain2
cuma berharap
the changes is to become better

now, let the pictures told the stories.
stories about us
stories about Dieng
stories about jaulah
stories about ukhwah
stories about everything

jaulah wif falahians

antara lurah di dieng yg dipenuhi tanaman

telaga warna

part of us

kawah sikidang. seriyes air mendidih :


2 orang x de dlm gambar ni ^^



Subhanallah, Alhamdulillah
thank u Allah. choosing us to go dieng. yes, refreshing. dah lame x jaulah :)