Ahad, 30 Oktober 2016

Coretan mukhayyam KASEH 2016

Berdebar juga bila dilantik jd ketua kumpulan. Dgn first time ikut mukhyyam malaysia, tak kenal ramai lagipun akhawat msia,(melainkan usrahmates). Tertanya2 kenapa dilantik memikul beban ini. Hati mula tercuit bila lihat senarai ahli kumpulan, fuuuh ade pangkat umur mkcik2 la.. 43 thn, 38 thn, kemudian ade yg 28, 29. 2 org same umur dan sorg 23 thn. Dahlah tak pernah lead grup dgn peserta yg lebih tua, tapi digagahkan juga tgn menggodek2 apps wa utk buat grup baru, me'forward'kan hebahan2 dri ajk ke ahli kumpulan. Biasala kan, tak semua org reply on the spot. Menunggulah dgn sabar, tp alhmdulillah semua org respon. Maklum saja, semua ada komitmen dan kerjaya masing2, membutuhkan waktu dan ruang utk membalas..

Tiba hari yg dinantikan. Niatkan keranaNya,dan tebalkan muka saja! Pesan pada diri bila dah nk bertolak. Sampai di tempat pendaftaran, langsung takde muka2 yg familiar, tapi ditetapkan saja langkah. Disambut ajk dengan penuh kasih dan bermula lah taaruf dengan sesiapa sahaja akhwat di samping. Akhirnya kelihatan muka yg familiar. Usrahmate dan exusrahmate yg dh berpindah kwsn.. Hati mula berbunga.

Lantas berlangsunglah mukhayam selama 2 hari 1 malam itu. Biasalah, mukhayyam. Schedule yg pack, penuh dengan slot2 yang mencabar minda dan fizikal. Bertaaruf dgn akhawat yg memiliki latar belakang yg bermacam2. Cuba menyedut hamasah mereka. Perkongsian dan penyampaian dari makcik2 yg sudah berpuluh tahun di jln ini, mngisi relung2 di hati ini. Cuba mencontohi gerak kerja dan rasa hati mereka. Salah satu sebab mereka masih tegar di jalan ini, kerana mereka benar2 merasakan dakwah ini satu tanggungjwab yg luhur dan wajib dilaksanakn sebaik mungkin. Perjuangan dan pengorbanan yg tidak pernah henti. Demi mencari redhaNya.

Dan aku kagum. Ketegaran dan pengorbanan tak kira peserta ataupun ajk ataupun muwajih. Para peserta yang sangat bervariasi umurnya. Dari 19 tahun hingga ke 40++ tahun. Bukannya tak byk komitmen dan tanggungjwab mereka. Akak2 yang bawa anak ( yg masih bf), makcik2 surirumah, doktor2, kerjaya2 lain yg x kalah hebat sibuknya, dan bermcm sosok pribadi yg aku temukan. Semua bersemangat waja dan kental. Teringat kenangan mukhayam tahun lepas, bila mama dpt ikut jungle trekking dgn kami, betapa kagumnya aku pd dia. Tapi tahun ni Allah temukan aku dgn lebih ramai sosok yg punyai cita2 dan matlamat yg sama, masih kuat dan memegang teguh peribadi seorg individu muslim itu. Satu cerita yang buat aku lebih terkesima, bila seorg mkcik bercerita penglaman mengikut mukhayam di tmpt sama 2 tahun lepas, dia masih mampu memanjat bukit. Dan nk tahu umurnya skrg? 62 tahun!! Allaahu.. malunya diri kami yg muda ini jika lembik tidak bermaya..

Allahu allahu. Secubit rasa. Moga hingga ke akhirnya aku masih merasa dan berjuang. Dan aku coretkan, agar kau juga merasa. Paling minimal bermimpilah utk merasa dan berusahalah menggapainya. Teruskan bersabar dan buatlah sesuatu, jika merasakan diri dan hatimu kering. Kerana di saat kita di sana nnti, hanya ada kita dan Allah. Masihkan kita persalahkan org lain, sedangkan diri kita yg sebenarnya tidak berusaha sesungguhnya dan tidak sabar dgn ujianNya. Allahuuu T.T

Aku coretkan, buat peringatan kembali jika aku tersasar.
Aku coretkan, agar kalian mengmbil iktibar dan berusaha sesungguhnya.
Aku coretkan, agar kalian juga akan mencoret sesuatu di masa hadapan, dan membantu jika aku jatuh.
Nasihatilah aku,  jika aku kelihatan makin menjauh atau menghiasi futur2ku.

Jzkk akhawati fillah.
Sesungguhnya aku mencintai kalian kerana Allah.

-AB 30102016-

Ahad, 23 Oktober 2016

Rindu

Maybe just a random post, supaya ia tak hilang ditelan zaman.

Yup aku rindu. Rindu dengan jogja dan seisinya. Rindu dengan biahnya. Rindu dengan suasananya. Rindu dengan akhawat2nya.

Tapi aku tahu, kalau aku ke sana sekarang pun, dah tak sama.
Aku tahu, detik-detik itu hanya sekelumit rasa dan cinta yang Allah pinjamkan.
Aku tahu, nikmat itu cuma sementara.
Bila dihilangkan, baru terdetik rasa syukur dan sayang padanya.

Aku tahu, rasa ini harus diistiqamahkan
Harus diterap dan dinikmati manusia lainnya.
Bahawa adanya akhawat yang saling menguatkan, saling menasihati
Adanya biah solehah,
Adanya suasana cinta dan kasih keranaNya,
dan aku tahu, perit dan sukarnya merealisasikan perkara itu.
Harus aku kuatkan keyakinanku dan kesabaranku.
Berpegang teguh pada sumber kekuatan yang Satu.


Sabar, sabar dan sabarlah untuk bersabar.

dan kerana Tuhanmu, bersabarlah! 74:7
Maka bersabarlah engkau dengan kesabaran yang baik. 70:5


Bersabarlah bersama dengan mereka yang memegang tujuan yang satu.

dan bersabarlah engkau bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya: dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka mengharapkan perhiasaan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti inginannya dan keadaannya sudah melewati batas. 18:28 


Bersabarlah, Allah pasti bersamamu!