Sabtu, 27 November 2010

He comes again, mr exam :)

Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akbar
Syukur pada Allah, syukur dan teruskan bersyukur
Atas segala nikmat dan rezekiNya yg x terkira


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan ingatlah, Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
Maka, kalau tengah gelisah atau bimbang, berzikir atau bacalah quran
InsyaAllah hati akan menjadi tenang
InsyaAllah,. yakinlah sahabatku :)

13:28 
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


My story~
Alhamdulillah, dapat juga melalui minggu yg sibuk ini dengan baik. Walaupun kdg2 hati memprotes dan x berpuas hati, tapi usah dilayan. Harung je la.
Minggu seterusnya juga akan menjadi minggu yg hectic. Fuhh,. minggu depan ader exam anatomy (tentamen). Seriously, terlalu sedikit ilmu anatomy yg melekat dlm otak ku ini. Ana,.. satu jer caranyer, study la!!! drpd tgk video yg ntah apa2 tu, baik ko tgk video dr jun.. huhu :D

Weekend x terasa mcm weekend, (sepatutnya la, tapi aku tetap mcm ni jugak, em..)
Penuh dengan tugasan
Anatomy ~ kene baca 5 bhgian; thoracic wall, heart, blood vessel, upper n lower respiractory tract
Biochemistry ~ kene siapkan 3 lab report.
Physiology ~ kene baca n prepare 2 lab session, utk hari isnin ni
Skills lab ~ thorax examination
Skills lab ~ kerja lapangan > kene buat vital sign examination terhadap 10 org yg x dikenali, (Blood pressure, temperature, pulse rate, respiratory tract) ..

Fuhh,. sapelah raser x beban kan?
Tapi kan, igtlah bahawa,..
Sesungguhnya Allah x kan membebani hambaNya dengan bebanan yg hambaNya x mampu.
Allah Maha Adil dan Bijaksana
Allah berfirman,

2:286 ~
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".  


Oleh itu, jangan mengeluh, malah bersyukur dan bersabarlah,
Malah Allah tahu apa yg terbaik utk dirimu
Setiap ujian yg menimpa, pasti ada hikmahnya :)

Disambungkan cerita,
Jadual minggu depan pun agak pack
Ditambah dengan exam anatomynyer
Minggu satu lagi (minggu lusa, huhu ) pulak ader exam biochemistry
And then minggu depan2 lagi ( minggu tulat , haha ) ader exam histology n block exam
Memang ler hidup aku x lari dari examination.
Em, kalau mcm ni, nak jadikan dier my bff la.. (best friend forever) ok, mr exam,. kiter kawan baik yer :)
I kene baik dgn u, n u pun kene baik ngan I..
Sorryla, I x boleh jadikan u my hubby, I dah ader my beloved hubby, namernyer mr. medic..InsyaAllah I nak setia pada dier sampai ke hujung hayat I.. InsyaAllah ,. ameeen :)

Oklah, need to stop, banyak keje menanti.
wasalam :)
da~

P/S : Semoga diriku dan dirimu sentiasa mengingati Allah , jadilah hambaNya yang yg sentiasa bersyukur ye! :)

Selasa, 23 November 2010

Busy week

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, thanz Allah for everything :)

I'm now in jogja
After 2 weeks unplanned holidays in Malaysia
Hari Sabtu baru ni, naik airasia turun di surabaya, pastu naik train ke jogja.
Agak jauh la jugak surabaya ke jogja, dlm 5 jam perjalanan
Sampai hostel dalam jam 11 mlm
Penat giler kut.

That's not my point 4 dis post exactly,
Sebenarnyer nk cerita pasal week yg giler hectic ni
huhu
disebabkan kami sudah 2 minggu x gi kelas, so byklah kelas yg tertinggal dan harus diganti
contohnyer hari ni
kelas bermula jam:
7 pg : lectures,
8-10 : practical session histology,
10-12 : tutorial,
12-1 : rehat,
1-3 : practical session anatomy,
3-5 : practical session biochemistry

Balik hostel kepala dah berdenyut2
Dah lah hujan
Naik cab, tinggal beskal kat fakultas tu
huhu esok nampak gayanyer berjalan kaki la ke kelas

Semalam pulak kelas direct x de stop dr jam 8 sampai 3.
Solat zuhur pun ponteng lectures skjp
Makan tgh hari? jwpnyer mkn biskut je la waktu lectures tu.. haha

alhamdulillah esok lectures je.
Tapi kan esok je la
Hari jumaat pack balik
haha :D
sabo je la kan ;)
nak buat camne lagi dah..
Kalau korang kene mcm ni jugak,
relax la, jgn gelabah x tentu pasal
Enjoy jer blaja tu
InsyaAllah boleh ! :)

oklah, td kan aku cakap ngah busy
Nanti korang cakap kater busy, tapi boleh je blogging
Haha :D
da~

Dun forget to take a look ya, 46:15


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). 


P/S : Semoga diri ku dan diri mu terus bersemangat utk istiqamah berjuang di jalan Allah! All d best :)

Khamis, 18 November 2010

Kemeriahan Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah. Thank you Allah 4 everything :) Masih dikurniakan pelbagai nikmat dan kurniaNya ~

This year, kami x balik kg. Biasanya kami pulang ke kg kalau hari raya ni.. huhu. Ayah kata sebab utama nak pergi KL hari jumaat ni, takut penat. Then, sebab nak merasa sambut hari raya di kerteh ini,. insyaAllah akhir tahun ni atau awal tahun depan nak pindah KL. Pastu, ayah telah pun masuk 1 bahagian utk mengorbankan lembu. Alhamdulillah :)

 Semalam, setelah mandi sunat hari raya dan solat subuh,. kami ber'puasa' sarapan , dalam jam 8, kami bergerak ke Masjid sultan mizan kerteh utk solat sunat aidiladha. Setelah itu, kami pulang ke rumah dan bersiap2 utk ke masjid semula utk acara korban. Sebelum tu, kami bergambar. Colour Theme > green. hehe :)

wif my dad,mom, n adek

Alhamdulillah, sebanyak 13 ekor lembu telah dikorbankan di masjid kerteh pada tahun ini. Sangat meriah. lembu pun sangat banyak.. hehe.. Korang bygkan, asalnyer 11 ekor jer,. tapi pada hari raya, bertambah senarai baru, sampai 13 ekor.

eh eh, sambung cerita,.Tiba di masjid,. nama ayah tertera di lembu korban no 9. Lambat lagi rupanya,. Lembu pertama telahpun disembelih dan lembu kedua sedang ditumbangkan. Aku tanpa membuang waktu, start ambil gambar walaupun hanya menggunakan hp aku .. kihkih.. berikut gambar2 sewaktu aku dikelilingi oleh 13 ekor lembu. haha :D oops,. dan juga org2 yg sangat ramai. hehe

senarai nama 

ni lembu pertama

lembu pertama lagi..

ni lembu kedua

orang ramai mula berkumpul utk bergotong royong

mereka sudah start melapah lembu pertama 

hah, ni lembu yg ke-9 (1 bhgian ayah)

x nak mengalah

alhamdulillah, sudah tumbang

mengelilingi lembu tersebut

mengikat apa yg patut

diiringi takbir raya, dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim,.. lembu itu disembelih



melapah


perut!!


banyaknyer darah..

potong jgn x potong

daging sudah dipotong2

7 bahagian

sempat pulak budak ni, pandai ko berposing .. haha :D so cute



itulah serba sedikit cerita pasal hari raya korban di masjid kerteh ini yang sangat meriah,. first time tgk acara korban secara besar-besaran mcm ni. Biasanyer yg seekor atau 2 ekor je..  huhu,. lepas ni biler pulak boleh tgk mcm ni kan?. Dalam jam 12.30,. kami pun pulang ke rumah. Menggunakan daging korban, ma buat daging masak kicap. ye ke? hehe ~ sodap

nampak sedap kan?

hehe,. aku juga dapat merasa soto yg dimasak oleh ibuku dan kaklongku ~ sodap giler.. haha :D 

inilah dia soto yg sedap itu ~ sup tulang lembu korban dowh.. huhu

tiba2 lepas makan tu,.tgh basuh pinggan, aku nampak ampaian kat blakang tgh bergoyang2. rupa2nyer ader sekor anak monkey sedang bermain penyepit baju mak aku.. haha.. lepas tu dier lari naik atas bumbung intai kiteorg, haha.. ko nk kene korban ker? ke nak raser soto ma aku buat ni? hehe

intai jer? haha


Anak comel pulak senyap jer,. x meminta lebih2.. tapi kucing ni penakut skit,. Pergi dekat, dier lari. haha.. :P x de sape lah nk buat ko korban! haha

anak Comel :)


Malam pulak,selepas isyak,. sambil mengajar adekku farhan subjek addmath, aku melantak lagi laksa yg sedap itu.. perghhh memang mantap dowh.. :)

inilah laksa penang :)

Banyak gambar kan? harap korang x borink. ye la,. bukan senang dah lepas ni nk balik rumah, dpt internet laju,. hikhik,. tu yg aku ambil ksmptn nk upload gambar byk2.. huhu

Alhamdulillah,. memang x sangka dapat raya kat Malaysia ngan family,. kalau x, x merasa la aku laksa n soto. :)

Today's ayat ~ 
2:195
Belanjakan (harta kamu) untuk jalan Allah dan janganlah kamu menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan. Buatlah kebaikan, sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat baik.

renung2kanlah :)
ok2,. need to go,. da ~

P/S :
~ happy > dapat beraya di Malaysia,. yuhuuuuuu ^_^
~ sedih > dah nak balik jogja.. selamat tinggal Malaysia yg ku cinta :)
~ sampai saat ini aa x cancelkan lagi flight. padahal hari lusa dah tiket aku. ish!! geram betul
~ berdebar2 > dah nak balik UGM. x dpt bygkan aper yg dah kami ketinggaln. mesti banyak giler.. arrghgh!! sabar!!
~ Marilah teruskan bertakbir raya selama 3 hari ni ye :)
~ Selamat mendalami erti pengorbanan :)

wasalam.

Rabu, 17 November 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,. syukur pada Allah. Semoga kita semua istiqamah dalam bersyukur kepada Allah :)

the main point is..

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua!! :)
ampun maaf dipinta..
Selamat mendalami erti pengorbanan :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Maaf x tulis banyak
tapi korang suker kan?
sbb x payah bacer pjg2
haha :D
x de la,. sekarang dah lebih jam 12
harus tido awal malam ni
insyaAllah
lagipun esok hari rayer ;)
tapi sambut jangan luaran je
batin pun kene ader
kene faham kenape kita sambut hari rayer ni
and makna di sebalik hari raya ni.
huhu,. nak celoteh byk2 dah sleepy

x pela,. need to sleep
very sleepy
wasalam n da~

p/s :
~airport adisujipto tutup sampai 20, tapi a*****a x umumkan cancellation lagi.. x kan last minit kut baru nak bagtau? ish2 sabar je la .
~hari ni makan laksa penang n nasi lauk ayam masak merah masakan ma.. PERGHHH mantap beb,. insyaAllah esok soto pulak :)

Isnin, 15 November 2010

Cuti dilanjutkan lagi :P

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Masih dikurniakan pelbagai nikmat dan kurniaNya :)
Cuti 2 minggu, bermakna boleh kami celebrate hari raya aidiladha ngan family di Malaysia. x pernah terlintas pun, betulkan besarnya kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah lah yg menentukannya :)

Ada satu kisah. Nak tahu? Maser kat sekolah dulu, aku bendahari satu kelab ni, katakanlah nama kelab ni kelab X. Kiteorg buat rancangan nak buat sukaneka utk ahli2 kami di hari Selasa/Rabu(hari utk kelab dan persatuan di sekolah kami) 2 minggu lagi. Perancangan dan persiapan pun bermula. Pada hari yg dinanti2kan, tiba2 ader sorg cikgu dari Kelab Y(kelab laen) kater petang ni buat perjumpaan ngan ahli2 rumah sukan (rumah sukan dan kelab/persatuan kan laen), sbb nak bincang pasal wakil2 rumah sukan utk minggu bahasa melayu x yg akan diadakan x lama lagi. FUHHHH, punyerlah bengkak hati maser tu, penat tau nk buat persiapan ni, dahlah lepas ni dah susah pulak nk buat sukaneka ni. ish2.Yang buat sakit hati lagi tu, petang tu memang sepatutnyer perjumpaan kelab dan persatuan, bukannya perjumpaan rumah sukan. Tapi tiba2 je suka hati cikgu tu nak tukar. Kesian cikgu kelab kami, dahlah cikgu tu memang superb busy,.penat2 tolong kami merancang (padahal keje cikgu ni mmg banyak), tiba2 nak cancel pulak. minggu depan memang dah x boleh buat. aku nampak Mata cikgu berair.Maybe dier terbayang yg kiteorg bekerja keras utk acara ni (ye la, first time kut kiteorg berdikari buat acara mcm ni).. Kerana X nak hampakan kami Cikgu ni pun pergi lah berjumpa ngan PK 1 , minta dikekalkan supaya perjumpaan petang ni adalah perjumpaan kelab/persatuan.Alhamdulillah, usul diterima, kami boleh buat acara kami sendiri ( utk kelab kami je) hehe... Tiba2 hujan pun turun.. korang raser mcm maner? memang sebak betul lah maser tu. Suddenly,kebetulan ustazah yg mengajar aku PI pun lalu kat situ. aku dan 2 rakan ku berboraklah ngan ustazah,. n then last words she said, "x pela, ader hikmah tu, kan manusia hanya merancang, tetapi Allah yg menentukan". :) setelah itu, kami tetap berdoa N then, setelah hampa beberapa minit (dlm 15 mnt jugaklah), hujan pun berhenti. ALHAMDULILLAH :) Allah nk uji maser tu kut, boleh x kiterog sabar. syukur pada Allah, akhirnya kami berjaya melaksanakn sukaneka pada hari itu jugak, walaupun terlewat sedikit. InsyaAllah, sampai biler2 pun aku x kan lupa kata2 ustazah itu :)

Nampak x? SABAR. Dalam keadaan aperpun sabar dengan ujian Allah., mesti ader hikmah :) read back what i have wrote about firman Allah above. 2:153


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


My story~
Masuk kali ni, dah 3 kali post aku bertajuk cuti. kenapa agaknya?
Sebab semua orang akan suka bila dgr perkataan ni. CUTI . ish2, sapelah x nak cuti kan? Alasannya boleh berehat2 sekejap setelah belajar/bekerja sekian lama.
Poyo la pulak, padahal memang cuti ni yg x dirancang, so persiapan utk duduk rumahpun xde..
maser evakuasi mengejut hari tu memang x tau nak bawak aper. bawak yg penting2 jer, seperti dokumen dan baju2.. BUKU? memanglah x bawak.. x kan aku nak bawak buku tortora yg setebal +1000 mukasurat tu pulak? jenuh la aku nak bawak ke sana sini, berat tu.

Alhamdulillah lah ader kwn2 yg bawak balik laptop n aku TERbawa balik hard disk,. boleh lah ambil dr diorg nota lecturer yg lepas2 (padahal 2 je) and video2 anatomy dr jun. Boleh lah studi bila balik rumah kan..

Haha,. tapi bila balik rumah, apa yg aku dapat? FACEBOOK n BLOGGING .. waaaaaah.. Mr. Tortora, I miss u la. walaupun u tebal, I NEED to love u. haha :D

Minggu ni suppose dah start pengajian kat ugm. cutinyer sampai sabtu lepas jer.. ehmm,. padahal gunung merapi tu x de la aman lagi. airport adisujipto pun cuti sampai hari ni. Tu pun pihak sana kata nak tengok keadaan hari ni, boleh bukak x lagi aiport tu. Susah jugak mcm ni, sbb tiket dah beli , 20 hb ni, Sabtu

btw, nak tunjuk skit gambar2 bencana gunung merapi di jogja..

 gunung merapi mengeluarkan awan panas 

nampak x lava tu? em,. sgt cantik tapi merbahaya kan

padang jarak padang terukur. nothing left after awan panas "menyerbu" kawasan ini. in fact, semua kawasan yg terkena awan panas ni, semua jdi mcm ni ~ these pictures i got from KOMPAS.com


Korang yg x berada di sana x rasa perasaan kami. dihujani hujan abu, aku pulak terus sakit tekak, selesema n demam lepas terdedah pada abu tu.. Korng x raser gempa bumi yg melanda, selepas tu  bunyi berdentum gunung merapi tu semasa dier nk keluarkan awan panas n lava dier.. memang lah pengalaman yg x dpt dilupakn, alhamdulillah syukur kami semua x apa2 :)

Oh yer, sambung lagi. pastu kiteorg diberi kelonggaran x balik lagi minggu ni, cuma kene ikuti sistem pembelajaran online di laman web FK UGM. Hah, ni pun satu lagi masalah, dahlah x boleh log in, x de pulak tu utk block 1.2. aper patut kiteorg buat yer?

Dah masuk UGM balik nnti x tau la mcm maner. Nak kene ganti balik lab yg byk2 tu. Study pun kene byk2. em... banyak bende dah tertinggal ni tau.

Em, sekarang semua perkara tinggal doa n tawakal je la. maksud aku dalam kes nak balik jogja ni. ehmm, dibuatnyer kalau airport x bukak lagi hari sabtu depan,. ish2, x dpt bayangkan lah.. serahkan je lah semuanya pada Allah je la kan. Manusia hanya merancang, tetapi Allah lah yg menentukan semua :)

New story ~ Alhamdulillah, I got new notebook. :) happy n teruja! thanx to my dad! We bought it on saturday at Kuantan. The price quite reasonable, not too expensive n not too cheap, haha :D but unfortunately, it's lacked of a lot things. haha, it's ok lah, Alhamdulillah,. syukur aja pada Allah kan. Ramai lagi student kat luar saner yg nggak punya notebook, pokoknya notebook itu bisa diguna utk basic2 aja :D talking about my notebook, i think i want to give it a name. ehm,. but i'm stil thinking it, Should I give it a name? If I should, what name I should give it? haha :) LOVE it very much <3 !

haha,. enough la. nak stop dulu. InsyaAllah lepas ni sambung lagi yer. da ~

P/S : happy > boleh sambut raya aidiladha ngan family!! (walaupun abg x dpt balik berayer ngan kiterog, em sedih la jugak)
happy lagi > masih dalam mood teruja dapat lappy baru!! yuhuuuu :)
happy lagi2 dan lagi > dapat merasa masakan mom!! :) esp sambal belacan.. pergghh!
sedih > banyak bende dah tertinggal (i mean at ugm)

conclusion~korang raser aper perasaan aku minggu ni? mestilah HAPPY :D

wasalam :)

Selasa, 9 November 2010

Cuti yang tidak terancang~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,. syukur pada Allah kerna masih diberikan kurnia yg pelbagai
right now, i'm at Malaysia,. padahal sekarang bukan cuti lagi.. Benarkan manusia hanya merancang, namun Allah yg menentukan semuanya? Minggu ni supposed to be second week of block 1.2 ; cardio respiratory system, block yg quit harder than block 1.1

Namun kami diberikan cuti selama seminggu dr pihak universiti. Malah ada ura2 kbr angin yg mengatakan pihak atasan meminta pihak universiti agar memanjangkan holidays sehingga 2 minggu (selepas raya haji).. huhu :) macam best jer..

Kenapa kami cuti? Gunung merapi aktif mengeluarkan isinya,. hari khamis lalu, hujan abu yg turun semakin teruk, malah awan panas yg keluar telah mengorbankan banyak nyawa. Radius keluasan merbahaya pula diluaskan dari 15 km kepada 20 km sekitar merapi pada har jumaat. Nak tahu jarak antara jogja dan merapi? 26 km. gulp. terkedu


Hari Jumaat,
tgh ready2 nak pergi kelas, tiba2 atie dtg kater hari ni ugm cuti. huh? yeaaaah!! berseronok betul kiteorg,. so,. kiteorg pun relax lah,. aku duk bukak fb, berblogging dan mcm2 lagi,. sambil2 tu pack brg2 utk evakuasi..

tiba2 sakiinah datang dan bgtau evacuation plan active! so, kiteorg pun packing brg, berjalan kaki ke graha wiyata di fakultas kedokteran ugm utk berkumpul dengan students2 lain. Dari sana kami dipindahkan ke Solo dengan menaiki bas selama 2 jam utk pengungsian. Dan kami gembira kerana ura2 mengatakan kami akan dibawa balik Malaysia! yeaah!!

Sabtu,
Bergembira di Solo, kiteorg pergi shopping mall.. Tapi jgn salah fhm pulak, aku x de lah shopping sakan pun, just beli brg2 utk digunakan utk pengungsian,.. yg penting kiteorg keluar ni utk keluarkan duit. Plan asal kiteorg balik Malaysia malam ni, tpi disebabkan ada masalah, kiteorg diplankan utk pulang ke Malaysia menggunakan pesawat TUDM charlie pada hari esok. :D yeaaahh



Ahad,
Kami bergerak ke airport dalam jam 10 pg. maka melepaklah kami di airport selama berjam2 kerana menunggu urusan imigresen dan juga menunggu pesawat. dalam jam 3 petang (WIB) , kami menaiki pesawat tudm yg super cool tu dan jam 3.30, kiteorg memulakan perjalanan,. Alhamdulillah :) Tiba di lpgn trbg tudm subang Malaysia dlm jam 8 (waktu Malaysia),. disambut dengan menyebutkan syukur dan tepukan tgn,. terpancar kegembiraan di muka teman2 seperjuangan. :)

Turun pesawat, popular beb! huh,. wartawan x henti2 menangkap gambar dan menujah pelbagai soalan kepada kami. tanya experiences dan mcm2 lagi. Setelah siap segala urusan, kami dibawa ke masjid, kerana keluarga sudah pun berada di sana,. Alhamdulillah,. gembiranya hati seorg ibu apabila melihat anak yg sentiasa dirisaukan
beberapa hari ini, telah pulang ke pangkuannya.. that's my mom :) my dad x dpt dtg sbb kerja. Malam tu, terus kami ke hentian putra mencari bas utk pulang ke kerteh. Alhamdulillah, kami dapat menaiki bas transnasional yg trip jam 11. Kami tiba di rumah jam 4 pagi.. Alhamdulillah lagi.. :)

Lihat kan? banyaknya nikmat Allah.. tanpa disangka2, aku dapat pulang ke Malaysia minggu ni,. Alhamdulillah :) suka2!!


For our soul, take a look at 3:191 ,..
~(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" ~



P/S ; ~happy > home sweet home! :)
~sad > tinggalkn jogja mcm tu je..(poyo ! haha)..
~teruja > yippy!!
~sorry > x letak gambar2 setakat ni,. huhu, sory tgh jimat bateri hp..
~ALAMAK !! > INHAL x lukis lagi ler!!



Jumaat, 5 November 2010

cuti~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, fakultas kedokteran UGM cuti ~ inter je tau
sebabnyer merapi semakin aktif 'beraksi'
hujan abu turun, banyak pulak tu,
terpaksa lah kiteorg stay kat umah jer.
pasal yg kelas tu,. emm
x de perasaan sgt sbb group aku just cancel tutorial.
alhamdulillah lah tutorial jer..
kalau kelas physio ker.. anatomy ker.. histologi ker..
kan payah nak ganti .. dah lah tiap2 minggu pack schedulednyer..
minggu depan kelas anatomy dua kali,. dahlah 2 hari berturut2..

em,..
Memikirkan hari2 yg semakin berliku2 n penuh dugaan ni,
sabar je lah kan.. nak buat camner,.
bukannyer aku boleh lari atau x pergi kelas
aku jugak yg pilih jalan ni kan.
nak x nak just keep on.
lagipun Allah x kan membebani hambaNya dengan sesuatu yg hamba itu tidak mampu,
Allah tahu yg terbaik utk kiter kan?.
yang penting
USAHA sebaik mungkin + DOA sungguh2 + TAWAKAL sepenuhnya
Hasilnyer = KEJAYAAN ( di dunia dan paling penting di akhirat)

Just wanna to share,.

23:115
"Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main ( tanpa ada maksud )dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

renung2kanlah,.


p/s ; gembira > class berjalan dgn lancarnyer minggu ni (walaupun hari ni no
tutorial)
sedih > INHAL anatomy, kene lukis ape pun aku x fhm sgt.. emmm.
teruja > banyak bende kena blaja lagi!


EVAKUASI SKRG!