Sabtu, 27 Oktober 2012

Curhat maybe?

Assalamualaikum w.b.t

Yesterday was 26th october, or more exactly 10th zulhijjah
Alhamdulillah, Eiduladha kat sini sgtla meriah.
Start our day wif usrah, then berkejaran ke bukit barisan utk solat raya,
Then ramai2 ke tempat korban,
Which this year sgtlah ramai yg berkorban.

N then, sort of disaster happened.
Rasa mcm nak nanges pun ade,
But eventually rasa sgt ditarbiyah oleh Allah
Sangat2.
Xdela besar sgt pun masalahnya,
But u know, gurls.
Perkara kecil sering dibesar2kan.
Sampai saya sendiri rasa tergamam dan nervous
Sempat x ni?

Tapi xkanlah kami nk duduk diam je
Bila dah kenal pasti masalah
dan
Utk meneruskan hidup,
We're rushing here n there
To solve the problem.
just agak2 bilangan semua.
X kesah dah perasaan sendiri.
Cuma risau yg melanda
Sempat x ni? sbb yg ada cuma bbrp kerat T.T

Anda.
Saya x terkilan pun dgn anda
Malah bersyukur dan berterima kasih atas kedatangan anda.
jzkk atas keprihatinan anda
Sbb, tanpa anda,
tidaklah kami tahu masalah yg melanda
Cuma mgkin lembutkan cara penyampaiannya.
afwan sgt2 :')

Dan begitulah kehidupan kami diteruskan kelmarin
Masing2 berusaha keras
Semua gigih melaksanakan tggjwb msg2.
Alhamdulillah, bila dah nampak progress yg sgt laju,
Hati dah x risau.
syukur sgt2, Alhamdulillah ya Allah.
Dan semuanya berakhir dgn jaya.
Overall majlis kami berlangsung dgn gembira dan lancar.
Walaupun di awal2nya sedikit kecoh.
terima kasihlah wahai 'bidan2 terjun sekalian'
terima kasih wahai sahabat2ku yg bertungkus lumus
terima kasih sgt2 :')
Hanya Allah yg mampu membalas budi kalian.

Pokoknya sentiasalah rasa diri kita sedang ditarbiyah olehNya
Kita akan rasa bahagia,
walaupun asalnya kita terluka,
Sbb kita tahu Allah bukan suka2 bg kita ujian dan mehnah


so, ibrahnya?
cari2lah sendiri.
Sekian terima kasih

Rabu, 24 Oktober 2012

Percaya

IAllah apa yg Allah beri, itulah yg terbaik buat diri kita.
X kisahlah canteq, hensem, cun, buruk, kaya, miskin, result ok, result ko

Dia tahu yg terbaik buat diri hamba2Nya, kerna Dia lah Sang Pencipta.

Kerana itu, redha la.
Redha atas ketentuanNya.
Mungkin air matamu mengalir,
Tapi biarlah hati redha.

Senyumlah walau seberat mana ujian yg menimpamu :')
Itu tanda Dia ingin naikkan darjatmu.
Itu tanda Dia sayang padamu.

Kerna kita tahu
Dia xpernah tinggalkan kita
Dia xpernah menzalimi kita.

Allahu Allahu Allahu
Kuatkan cinta dan kasih kami kepadaMu.
:')

Selasa, 16 Oktober 2012

Cinta

Benarlah pepatah x kenal maka x cinta.

"Ana2, ada audio surah at toriq x?" (Muka teruja)

"Xde kat dlm ni. Dlm laptop kat umah. Pakai iquran pro aje, kan boleh repeat."

"Ala, x boleh pun, die ulang ayat je, xleh satu surah"

"Meh kita tgk2 dan try2 dulu"

Stelah godek2 t** masing2, akhirnya berjaya.

"Dah boleh ana!!"

"Nak hafal ek?"

Dia mengangguk sambil tersenyum
Lantas saya pun tersenyum.

Beberapa hari yg lalu murrobbinya share tafsir fi zilal surah at Toriq kpd saya. Ya, yg dibentang oleh dia dlm bulatan gembiranya yang terbaru.

Lantas beberapa hari setelah itu saya tanya dia directly. Sementara menunggu utk mkn supper. Penuh keterujaan dia bentangkan kembali tafsir at toriq itu. Penuh kecintaan. Enthusiasm bak kata org puteh. Subhanallah, mmg sgt indah tafsirnya. Sangat2.

Dan hari ini, dia berazam utk hafal surah itu. Surah yg dia sudah jatuh cinta. Surah yg buat dia makin jatuh cinta kpd Allah. Subhanallah!

Begitulah seharusnya kita bina cinta pdNya. Kenali Dia. Kenal lah Allah dgn pelbagai cara. Mgkin dgn berusroh, mgkin dgn ke kelas agama, mgkin baca tafsir quran, mgkin dgn tdabur alam, mgkin dgn memerhatikan makhluk ciptaanNya, dan pelbagai lagi cara lain.

Kerana benarlah pepatah x kenal maka x cinta. Subhanallah :)

P/s: ya ukhti yg mnyukai stitch. Selamat menghafal ^^

Isnin, 15 Oktober 2012

Hati

Inikah perasaannya?
Perasaan seorang murobbi d awal langkah2nya?

Bila anak2 stress, diri sendiri stress
Bila anak2 berubah sedikit demi sedikit, lantas hati terubat.

Nasihatku buat mereka esp antunna yg ana cinta keranaNya
Saat2 beginilah kebergantunganmu kpd Allah teruji,
Saat ujian dtg bertalu-talu,
Saat bisikan syaitan bermain2 d benakmu,
Saat hawa nafsu membuak2 dlm perasaanmu,
Tapi yakinlah, bahawa Allah sentiasa di sisimu.
Berdoalah sepenuh hati agar Dia membantuMu,
Kerna hanya Dia yg memegang hatimu.


Ya Allah. Kuatkan langkahku. Ikhlaskan niatku.

P/s: syg antunna sgt2. Nak masuk sorga sama2, k? sekarang just sabar je. sabar. :

Rabu, 10 Oktober 2012

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

moh ana mulakn dgn satu ayat centaNya

bismillahirrahmanirrahim

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Ar Ra'du 13:11



Terkadang kita rindu akan saat2 awal kita berada d jalan ini dahulu. Fikrah, semangat yg berkobar2 dan kefahaman yg kita perolehi membuat kita sehari2 memandang apa yg berlaku dlm diri kita dari kaca mata dakwah dan tarbiyah. Dan hari silih berlalu, kehidupan kita dipenuhi dgn pelbagai wasilah tarbiyah spt dauroh, rehlah, jaulah, mukhayyam, mabit dll. Kita juga berusaha memenuhi 10 muwasofat tarbiyyah, agar diri kita memiliki peribadi yang muslim wa musleh.



Namun sayangnya semangat yg dulu berkobar2 kini terpadam ibarat api yg disiram air. Bahan2 dauroh yg kita dapat berlalu begitu sahaja tanpa kita memfikrahkannya dlm diri. Kita berusaha 'mendaki bukit', namun x sedar beban jahiliyah melambatkan gerakan kita, sedangkan kita nak sgt2 sampai ke puncak bukit, yg analoginya adalah redha Illahi. Malah bukan selalu solat kita khusyuk, amalan kita ikhlas, infaq kita banyak, bersangka baik sesama kita dll.

Atau dulu kita sememangnya berusaha mujahadah nafsu tinggalkan jahiliyah atau maksiat, tapi kini kita kembali ke diri kita yg lalu, akibat futur yang kita biarkan bersarang dlm hati. Benar, iman itu naik dan turun, tapi apa sahaja yg kita lakukan saat iman itu futur. Biarkan sahaja? Wahai! syaitan menari gembira melihat kita berdiam diri membiarkan diri futur, terus futur.




Malah kita selesa dgn keadaan ini. Selesa berada dlm jahiliyah? No way! Padahal kita tahu, yg hidup seorang muslim bukan seperti ini sepatutnya. Siapa yang harus kita salahkan? Keluarga? Sbb diorang yg biarkan hidup kita dlm 'kelabu' bercampur baur antara haq dan batil? Atau salahkan rakan2? disebabkan pengaruh diaorg? atau salahkan murobbi? rasa kurang di DF atau kurang kasih sayang? Atau salahkan diri sendiri? tepuk dada tanya iman. Walhal, diri sudah pun tahu bahawa kita punya tanggungjawab atas muka bumi ini.

Bukan sekadar makan minum tidur belajar berpersatuan graduasi bekerja kahwin beranak mati. Habis tu nak jadi orang yang rugi kat akhirat nanti?

I'm writing this not because i'm far away better. no. i wrote based on experience, based on stories I heard. Bukan nak bukak aib, tapi berkongsi cerita, dapatkan pengajaran dan ibrahnya.ok sorry grammar berterabur.

SOLUTION

#INGAT kembali turning point kita. Cari kenapa kita harus berubah. Bukan kerana murobbi, bkn kerana nk dpt perhatian.



#IKHLASkn niat utk berubah. Demi Allah semata2

#Cari BIAH SOLEHAH. Penting sgt2. duduk sorang2 memang fatal, bahaya.

#Baca ARTIKEL yg osem. APG, muharikah, dakwat.org, blogger2 yg hebat2.

#AZAM yang kuat dan tegar. Ingat, kehidupan utama kita kat akhirat nanti. Bersenang lenang pun bila dah mati nanti. So, sekarang biar 'sakit' sikit. Mujahadah lwn nafsu. X nak ke syurgaNya yg best tu?



#DOA. doa dan teruskan berdoa dgn ikhlas. InsyaAllah Allah akan permudahkan.

#ISTIQAMAH dan tsabat d jalan ini. Rajin2kanlah diri menghadiri program2 yg disusun oleh para murrobbi kita. U will get sumthing, IAllah.

#IMAGINE His JANNAH. OWESOME sgt2! Dan orang yg dpt masuk bukan calang2 org!


#BERGAUL dengan para daie yg super OSEM. Tanya bagaimana mereka tsabat di jalan ini.

#SEDIAKAN HATI utk ditarbiyyah. Setiap apa yg kita lakukan dan apa yg kita perhatikan, pandang dari kaca mata dakwah dan tarbiyah.


#JANGAN biarkan diri selesa dlm keadaan futur. Cari sumber kekuatan, especeli melalui hubungan dgn Allah. Qiyam, zikir atau baca quran. Niatkan, ya Allah, kembalikan kekuatan pd diriku, kembalikan semangat kpd diriku.


#baca BUKU2 yang beri kefahaman dan naikkan semngat.

#INGAT kematian. bila2 masa sahaja Allah akan tarik nyawa kita. Nak ke, waktu futur tu Allah tarik nyawa kita? gulp, nauzubillahiminzalik

#BAYANGKAN akhirat nanti. Xnak jd orang yg rugi kan?


dan bermacam2 lagi cara yg laen.

--------------------------------------------------------------

Inilah realitinya. TRUE STORY. perkara ini sering kali terjadi. Futur dan terus futur hingga hilang dari jalan ini. Sungguh rugi. Tapisan demi tapisan Allah lakukan, sehinggalah yang tinggal nanti betul2 berkualiti. X siapa dpt jamin, dia akan berada di jalan ini sampai akhir hayatnya. Tapi inilah impian dan cita2 utama kita. Nak masuk syurga ramai2 kan? Ayuh kita sama2 tegur, sama2 menasihati, sama2 memaafi.

p/s : sayang antunna sangat2. Ya, nk berubah sangat sukar, ana turut merasainya. tapi istiqamahlah. Andai rasa futur atau jatuh, ingat kembali janjiNya. Subhanallah, moga kita tergolong dlm golongan2 itu.

"(Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)." Al Insan 76:22


#benarlah kata2 seorang ukhti dahulu sewaktu di awal tarbiyyah, bahawa kefahaman lebih penting dari semangat. Walaupun kita kehilangan semangat, kita tetap akan tsabat kerana kita faham. Maka tambah dan  peliharalah kefahamanmu, serta carilah sentiasa semangat yang baru. Wallahua'lam

Rabu, 3 Oktober 2012

Emosi

Just a short thought. Dah lama sangat fikir pasal ni, dan hari ni sgt2 terasa perkara ni. Pasal perbuatan kita sehari2, pasal tingkah laku kita sehari2, pasal tabiat dan sikap kita sehari2.

Most of time kita guna emosi utk buat sesuatu. Kebanyakan tindakan yg kita amek setiap hari berdasarkan emosi atau lebih tepat hawa nafsu semata2. Muhasabah balik, dlm byk2 pilihan kita setiap hari, mana satu yg betol2 kita fikir berdasarkan iman kita, berdasarkan dakwah dan tarbiyah, dan yg lebih tepat berlandaskan quran dan sunnah.

Allahu Allahu Allahu.dari dulu lagi ana berusaha utk capai matlamat ini. Dan sering kali gagal. Sering kali buat pilihan berdasarkn emosi semata2. Pikir dunia semata2. Padahal Allah la segala2nya. Kita selalu ckp "aku cinta Allah" tapi sejauh mana kita dah buktikan? Sedalam manakah cinta kita, sedangkan pilihan kita selalunya berakhir dgndunia semata2.

Allahu Allahu Allahu. Moga kita semua lebih kuat mnghadapi ujian dunia, bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu dlm melangkah ke akhirat. Biar 'seksa' d dunia, jgn seksa d akhirat.

#berusaha sgt2. Tapi sering jatuh. Ada tips?