Khamis, 10 Januari 2013

Ini Kisah Win #1


***
Win memandang mereka. Hiba. 5 tahun di asrama. 2 tahun di kolej persediaan. Dan kini, 6 tahun pula bakal menjauh dari mereka.

"Jaga diri baik2 ye Win. Balik nanti jadi kebanggaan umi dan abi."

Mata Win berkaca-kaca. Mata umi dan abinya juga. Cuma si adik bongsu tekebil-kebil, tertanya-tanya drama apakah ini.

"insyaAllah umi abi. Doakan Win selalu."

Perasaannya bercampur baur. Entah sedih, entah gembira, entah pilu. Yang pasti air matanya berlinangan jatuh.

Win berjalan masuk ke perut pesawat. Dilambainya ke arah bangunan yg baru dilaluinya. Entah nampak atau tidak, dia x tahu. Dia x peduli. Ingin menangis, namun sepertinya sudah kering.

Mai hanya memandang sahabatnya. Buntu. Berbuih mulutnya memberi nasihat. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak satu pun diambil peduli.

"Sudah-sudah la tu Win. Dulu kau juga yang selalu cakap. Semua perkara pasti ada hikmah. Kau kena percaya."

Win menutup mata. Penat. Penat menangis. Penat mendengar nasihat. Penat belajar. Penat mengikut kata-kata orang tuanya.

"Kau tak faham Mai. Kau takkan faham sampai bila-bila."

***

"Win, ada kakak senior datang la. Bangunlah."

Win mengeraskan badan. Memekakkan telinga. Mata dipejam rapat-rapat. Protes. 'Aku taknak jumpa siapa-siapa laaaa. Penat. urrrghh', hatinya berkumam.

"Kak Ai, minta maaf sangat-sangat. Win tak nak bangun."

"Eh, takpe-takpe. Dia penat sangat tu. Kan baru sampai tadi. Akak yang patut minta maaf datang mengganggu."

Dihulurnya 'tupperware' berisi makanan. Mai menyambutnya dengan senyum tersimpul malu.

Bermulalah ikatan hati antara mereka.

***

"Win, kak Ai nak datang petang ni. Ajak main badminton. Kau suka main badminton kan?"

"Esok aku ada lab anatomi. Nak kena studi."

"Ala, kan boleh studi malam nanti. Aku boleh ajar kau. Jomlah badminton petang ni."

"Aku kata taknak, taknaklah."

Win berlalu pergi. Mai hampa. Ajakannya gagal sekali lagi.

***

Video anatomi di'pause' sebentar. Dia sedar masalah ni tak boleh dipendam lama-lama.

"Mai, aku risaulah dengan anatomi aku ni. Asyik tak lepas je pre-test. Exam anatomy dah dekat. Sakit kepala aku nak menghafal tulang dengan otot ni. arghhhh!!"

"Aku pun cukup-cukup makan je Win. Emmm, kak Ai bagitau, kalau nak minta tolong dia, boleh je. Kita minta tolong dia ajarkan ok x?"

Win memandang kosong buku Sobota Anatomi milik sahabatnya itu. Lebih tepat milik kak Ai. Diberi pinjam.  Sungguh, dia malu. Selama ni asyik menolak pelawaan kak Ai. Keluar makan, keluar beli barang, beriadhah. Semua ditolaknya. Cuma kalau kak Ai datang sendiri bawa makanan untuk dimakan di bilik mereka, dia x mampu menolak.

Tapi kali ni dia harus buang rasa malu itu. Kalau tak lulus exam anatomi ni, habislah dia. Habis.
Dan akhirnya dia nekad.

***