Isnin, 5 Disember 2011

RUBBiSH

*mode bercerita*
(although i'm not good on english, i want to try it,. sorry for the rojak language and tunggang langgang in my grammar.. ngesss, :p)

on wednesday, 7th July 2010.
I wrote this in my blog,

"Alhamdulillah. selesai sudah briefing bersama nugrahan sdn bhd pd 3 julai baru ni. briefing yg diberi, walaupun hanya sekerat sehari , padat dan penuh dgn informasi2 yg sgt berguna utk diri.InsyaAllah, seramai 40 orang yg akan dibawa oleh pihak nugrahan, ke yogjakarta 15 hb 8 ini, utk menjadi students di fakulti kedokteran di universitas gadjah mada.

Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat juga belajar di oversea walaupun hanya sekadar di negara jiran.
Hikmah dan pengajarannya masih tersembunyi, namun aku yakin pasti ada sebabnya kenapa Allah campakkan aku dalam antara pelajar bertuah yg dapat ke sana. Alhamdulillah, Allah juga bukakan pintu hati aku supaya menerima tawaran jpa ke indonesia walaupun pada awalnya hati merasa berat utk menerima. Em, honestly, first time dapat tawaran tu dlm hati kater, "indon?? ala x bestnyer!".. but the truth, maner2 tempat kiter blaja adalah sama, yg penting niat mestilah ikhlas utk menuntut ilmu. rajinkanlah diri utk berusaha sedaya yang mampu, kemudian berdoa dan bertawakal lah pada Allah."



Now i start to see the hikmahs and ibrahs. went to hamka jakarta as my super duper best experience, realized the reasons why we lived on this dunya . Thank you Allah, choose me to be wif them, yg same2 dlm jalan ini. jalan mr D dan T yang panjang dan berliku2. doa dan harapanku, moga diri ini tsabat dan istiqamah. 


mula2 tu terasa goyah dan rapuh,
mampu dan layak ke aku ni?
kebaikan ape yg aku dpt berikan utk agamaMu ya Allah?
cause i don't want to be RUBBiSH in this dunya
yg x kasi ape2 utk ummahMu
yg x sumbang ape2 utk agamaMu


i wonder,...


if i be RUBBiSH in this dunya,
what i will be in AKHIRAT ??


so, stop being 'lebihan dunia'.
do sumthing.
do that to get the REDHA from Allah the Almighty.

stop only SAY that;

"I love Allah, Rasulullah S.A.W and this deen"

but 
ACT it
DO it
that's prove u really love.

em,,. bukanke 
"action speaks louder than words"?

PLEASE ACT MORE. 
PLEASE DO MORE.
duhai diri!

p/s : more to remind myself. cause sumtime i forget, sumtime i alpa, sumtime i leka, sumtime i hanyut. don't u? ye la, seronok sangat utk dunya, x takut ke akhirat nnti entah ke mana? nauzubillahiminzalik. 


wallahua'lam.

Ahad, 20 November 2011

Dee N Tee N QC

Dakwah, Tarbiyah dan Usrah berkait rapat tau. huhu




credit to baby ^^

Ahad, 30 Oktober 2011

Sayang Kamu Semua Fillah Lillah :)

Alhamdulillah,
masih diberi peluang oleh Allah
masih diberi peluang utk bernafas,
masih diberi peluang melakukan sesuatu demi agamaNya
masih diberi pelbagai nikmat
sihat walafiat di sisi sahabat2 seperjuangan yg comel2 ^^

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Al Hujurat 49:10


Hari ni sambut beday sakiinah.
kat rooftop raudhah,
alhamdulillah,
melihat teman2 seperjuangan
gembira bersama2
ketawa bersama2
sedeh bersama2
nangis bersama2

"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Al Anfal 8:63


Ukhuwah hadir karena pemberian Allah dan merupakan salah satu nikmat Allah kepada hambaNya yang beriman

sungguh bernilai ukhwah kita
satu ikatan yg suci
satu ikatan yg hanya ade dlm islam
satu ikatan yg boleh bawa kita ke syurga
saling mengingati
saling berpimpin tgn
saling menyokong

moga kita semua
tsabat dan istiqamah
di jalan DnT ini.


yuk masuk syurga ramai2 dan sama2 ^^

Ahad, 23 Oktober 2011

T.T

Syed Qutb: "Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam"

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kisah yg Comel ^^



Alkisah tazkirah pendek selepas isya td,.
'Bonda' kami, k ain tanye kisah seorang sahabat..

"Ape peristiwa yg menyebabkan hati pakcik umar cenderung ke arah islam?"

kiteorg jwb pasal kisah yg umar pukul adik beliau tu, k ain kater ade lagi kisah laen, n then, 'pelajar cemerlang' kami iaitu k shida pun berjaya mnjwp..

Al-Haqqah, 69:40-42
(40) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
(41) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
(42) Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.


Nak tahu kisah penuh? ask them mehhh.. 
me myself, k Ain, k Shida, k nurul, nadzua, klong, sakiinah, atie, pawashida, nessa, farhah, faramie

Best sangat2 :)
Comel betul pak cik umar ni.

tanya jgn x tanya :P

p/s: teringt lagu ni la

Selasa, 6 September 2011

cuci mata

jumpa gambar ni dlm komputer kat umah.
hukhuk


kami mase kecik2 dulu. huhu

Selasa, 2 Ogos 2011

Rabu, 20 Julai 2011

Exams mode


Is struggling to sit 3 exams
Moga niat Lillahi taala semata-mata,
ya, semata-mata!
ameeen.


doakan saya dapat melakukan yg terbaik :)

Rabu, 6 Julai 2011

My Loves

Buat Ibu Tercinta,





Selamat Hari Lahir
Ma tahu kan ape yg ade dlm hati saya?
:)


My Loves ^^


Selasa, 5 Julai 2011

Bila angka 1 diganti menjadi 2

Alhamdulillah,
syukur sangat2 pd Allah,
x sangka Allah masih beri kesempatan utk saya merasa umur 20 tahun ini
x sangka byk betul perancangan Allah utk seorg hambaNya yg kerdil ini.
Sedar2 saya sudah berada di jalan ini.
syukur sgt2, Allah campakkan saya ke dlm daerah ini.
Subhanallah,. Maha Suci Allah
Allah sahajalah tahu yg terbaik buat diri saya.
Allah knows the best, because He is the creator!

terima kasih buat akhawat2 jogja tercinta
for the surprise!
sayang korang sgt2
syg korang Fillah Lillah ^^
Semoga ukhuwah yg terbina ini,
kekal hingga ke syurga :)
ameeen.


Termenung sebentar saya
dapat calling dari "ummi" tadi
katenyer, angka satu tu dah berubah mnjd dua
1 - (diganti) 2
dah masuk abad ke-20 ( tergelak kecil saya)

Bila umur dah meningkat,
semakin dekat kita pada kubur,
semakin dekat masanya utk kembali pd Sang Pencipta
semakin dekat kita kpd hari pembalasan.
Apakah persediaan kita?
Apakah jwpn kita kepadaNya,
saat ditanya apa yg telah kita telah lakukan utk agamaNya?
??

tepuk dada tanya iman.

ingatlah,
bahawasanya
berjuang itu memang PAHIT
kerana..

Al Insan, 76:22 ~
(Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).


SYURGA ITU MANIS!


p/s ; Yuk, beramal dengan amalan penghuni syurga!

Selasa, 21 Jun 2011

My Favourites ^^

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah.
Apa khabar iman anda hari ini?
Menaik?
mendatar?
atau futur?
nauzubillahiminzalik..
Dekatilah kebaikan selalu,
jauhilah kemungkaran dan keburukan..

What i'm doing now is


Menghadam kembali novel yg menjadi kegemaran semasa di skolah menengah dahulu.


Kombat 1511H. Ini zaman depan, tahun 2087 masihi yang menuntut perang cara teknologi.
Sungguh hebat. sungguh2 hebat.
Membacanya terasa seperti berada bersama watak2 ini.

Kisah tentang cinta kepada tuhan
Kisah tentang keimanan dan ketaqwaan  
Kisah perang antara kita dan musuh islam
Kisah kehebatan ukhwah antara kita

Subhanallah.

Mencari2 generasi yg hebat seperti watak cerita ini.
Atau apakah kita yg bakal menjadi watak ini??
Atau apakah generasi kita nanti?
Maka segalanya bermula dari kita.
Ayuh, jangan bertangguh lagi!

And then, I also watched this movie :


Tayangan di Falah mlm td. Menonton bersama k dina, k laili dan ann. Ramai sbnrnya yg menonton, tpi hanya kami yg still 'alive' hingga ke akhir movie . Siap tgk collection gambar ngan di sebalik tabir lagi. ye la, dvd original . huhu ^^

Best..
K Laili asyik sebut subhanallah je spjg tgk movie ni
Katanye, rupe2nye sejak dulu mmg ramai tokoh2 yg bersemangat menegakkan panji2 islam.  
K Dina pulak kate, movie ni bagus. 
Mcm movie Sang murobbi, 
dan jugak membuatkan die teringat kpd Hassan al Banna

in the nutshell,
Sangat suka dengan novel dan movie ni
walaupun satu kisah pasal masa hdpn,
satu lagi kisah di masa dahulu,
tapi byk perkara yg sama dlm kedua2nya
antaranya,
Watak2 dlm kedua2 kisah ini. 
ana sungguh2 kagum dengan kesabaran mereka 
dengan keimanan mereka
dengan keteguhan mereka
dengan keyakinan mereka.

walaupun mereka x nmpk ape yg mereka bakal dpt di masa hdpn,
tpi mereka x pernah putus asa
mereka x pernah berpaling arah

Kerana
mereka yakin akan janjiNya..
Subhanallah.
Dlm al Quran byk sekali ayat yg menyatakan janjiNya,
which one of them is ;

Al Insan 76:12
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

So my friends,
try to read this book
and watch this movie.
InsyaAllah berbaloi ^^


Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik
yang jasadnya sentiasa diburu peluru,
yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi,
bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak
adalah dengan futuwwah.
Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh:
Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan.
Semata-mata
~1511H[KOMBAT]~

saya rindukan buku2 malaysia :)

Rabu, 8 Jun 2011

Jaulah bersama keluarga

Salam ^_^
Maaf , cerita dah lama. tapi still nk bgtau :)

Satu keluarga dtg bercuti  di jogja hari tu, 14/5 sampai 19/5.
sangat gembira !! :)
Dptlah jalan2 ke merapi, pantai parangtritis, candi borobudur, bandung (kawah ratu & pasar baru) ,dll.
Sempat juga bawa ma, ayah ngan han ke kampus kedokteran.
Terima kasih sbb sudi dtg, susah2 je. :) hukhuk

sebelum ke jogja


di candi borobudur

Alhamdulillah,
Allah kurniakan diri ini
Dengan keluarga yg sangat memahami.
yg sangat menyayangi..

Love them very much.
insan2 ini dah byk tolong diri ini.
Emak;
Ayah;
Kaklong;
Abang;
Adik.
semenjak dari kecil hingga skrg.

Doaku sentiasa ~

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Pimpinlah kami ke jalanMu yg lurus,
Sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahMu,
Satukanlah hati2 kami,
Jadikanlah kami keluarga yg bahagia
Keluarga yg bersatu
Keluarga yg bersama
Di dunia dan akhirat.
Berkatilah pekerjaan kami,
Rahmatilah kehidupan kami,
Redhailah setiap langkah kami,
Kerana hanya kepada Engkaulah kami akan kembali.

di kawah ratu, bandung


Ya Allah, jdkanlah keluargaku
di antara insan yg membantuku,
di antara insan yg menyokongku,
Dalam Perjuangan ku ini!
ameen

Firman Allah dlm surat cinta kepada hambaNya :

~At Tahrim 66:6
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.


~Thaha 20:132
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.


Semoga kesudahan kami lebih baik dari permulaan.
dan semoga Allah redha. ^^ amin.

Jumaat, 20 Mei 2011

Daerah Ini

Alhamdulillah,
syukur pada Allah :)

just wanna to share dis luvly song
buat semua akhwat2, para daie dan murrabbi di luar sana
moga tsabat di "daerah" ini.
Allahu akhbar!

special thanks to k dib,sbb kenalkan ana ngan lagu ni. :)


Sabtu, 23 April 2011

Nikmat dan Kurnia. Sedarkah kita?

Alhamdulillah, thanks Allah
syukur :)

Just wanna to say,
need to hibernasi for this time being,
not because of the new blok 1.5,
tapi ader kesulitan sedkit utk mengakses internet
InsyaAllah dlm maser terdekat boleh lah tu.



Doakan ana selalu!
thanx guys!

P/S : cerita2 sebelum ini ;
> pindah masuk rumah baru, namanye FALAH ! Alhamdulillah,. besar lah jugak rumahnye :)
> beli skuter baru, mostly sponsor by my dad n mom. Luv u guys! thanx a lot! :) alhamdulillah, senang nk ke mana2
> kaklong dah hbs belajar, besnyer. jeles banget. hikhik
> duit biasiswa dah masuk
> kemudahan utk belajar ( walaupun agak susah dan banyak bende kene ingat)
> join explorace, bes !
> dan banyak lagi, yg x tercerita pun kat sini.

pokoknye, byk betul nikmat yg Allah bagi. Sangat x terkira.Alhamdulillah,
Namun dlm maser yg sama, TAKUT sangat. takut sbb nnti kat akhirat akan ditanya apa yg kita buat ngan nikmat2 yg Allah bagi tu.
Let say, skuter. Apakah kita menggunakan skuter itu utk di jalanNya? pergi ke tempat2 lagha? Na'uzibillahiminzalik. Niat kita beli brg tu kene jaga.

Jom reflect diri kita balik. Laptop, clothes, shoes, handsocks, skuter, rumah, hardisk, pendrive, buku, pen, meja belajar, dan sebagainye. BANYAK sungguh!! Fikir2kanlah ye... banyak nye nikmat yg Allah bagi kat kita. apakah kita menggunakan nikmat Nya itu di jalanNya? ingat, nikmat itu satu bentuk ujian. Apakah kita mengingatiNya?

6:165
"Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas kurnia yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Maka diriku dan sahabat2ku, reflect dirimu. Bukankah setiap yg berlaku pada diri kita adalah UJIAN dariNya? Sama ada kesusahan atau kesenangan. Sama ada halangan dan nikmat. Sama ada kita sedar atau tidak.

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar,
teruskan perjuanganmu!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Letaklah akhirat di hatimu, dunia di tanganmu!
Hidup di dunia hanya sementara, di akhirat selamanya,
So, Which one u choose?

Ahad, 27 Mac 2011

Tarbiyah.

Alhamdulillah, syukur pada Allah
Masih diberi peluang.
Iman . bagaimana iman anda hari ini?

Em, hari ni nk cakap sikit pasal tarbiyah la.
Tarbiyah (pembinaan).
Kalau korg sedar, hidup ni memang dipenuhi tarbiyah dr Allah
X kisahlah melalui kesusahan yg korg hadapi tiap2 hari, x pun melalui org2 di sekeliling korang, xpun melalui kesenangan dan kejayaan yg korang dpt.

SETIAP PERKARA YANG BERLAKU PADA DIRI KITA ADALAH TARBIYAH

Allah knows the best,
Sbb Allah yg cipta kita, Mestilah Allah tahu ape yg terbaik utk hamba2-Nya.
So, Allah dah susun semua bende dlm hidup kita dgn susunan yg terbaik buat diri kita.
X semestinya yg terbaik tu bermaksud kejayaan dan kesenangan semata2.

Weyh, mane ade org hidupnya yg x ditimpa masalah.
Ana ulang X ADE.
Cuma terpulang pada korang la nk handle masalah tu.
Mcm ni lah, kalau korang ader masalah,
Bukak hati korang seluas2nya,.
Cuba korang andaikan masalah tu adalah sesudu garam
Korang letakkan garam tu dlm cawan yg kecik mcm ni,



Lagi byk garam, lagi masin kan? Bayangkan hati korang terseksa x? Asyik fikir masalah tu je.
Tapi kalau korang letak dlm tasik yg besar mcm ni?



Waaah, letak selori garam pun masih x terasa masinnya.
Sebab tu korang kene yakin, hidup ni bukan semata2 masalah tu je

Buka mata, buka hati, buka minda. Fikir solusi masalah yg dihadapi,
Hadapi dengan tenang, yakinlah Allah sedang mengujimu.
Yakinlah dengan janjiNya,
moga kalian istiqamah dlm berjuang mencari keredhaanNya!
Allahuakhbar!

PS : 
>aktiviti senaman di hujung minggu ~ semalam swimming + futsal, hari ni jogging. Sedang try utk komitmen bersenam. Kan salah satu muwasofat tarbiyah adalah qawiyyul jismi (tubuh badan yg kuat). hukhuk J
>Hari  ni jugak usrah bersama 'ibu tiri' ,hehe ~ k nisa dan k filah (alhamdulillah, byk perkongsian hr ni. tadabur surah al mujadilah, kultum pasal kematian, info islam pasal libya, pasal buku sejarah nabi, kisah salah seorg sahabat nabi iaitu Abu Dzar) subhanallah,. alhamdulillah :)

Sabtu, 19 Mac 2011

tak dilontarkanNya ujian di luar kekuatan setiap diri insan

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Alhamdulillah
syukur atas segala nikmat yg dikurniakanNya
Dalam beberapa minggu lepas,
bermcm2 perkara berlaku.
SH, bowling with akhawat2, usrah2, jalan2 di maskam,
setiap saat yg kita lalui itu tarbiyah dri Allah.
InsyaAllah, moga tsabat di jalan ini.

Just wanna to share,

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan
ana budak baru belajar
salah dan x tahu tolong tunjukkan.

ana masih baru
sangat baru di jalan ini.
alhamdulillah,
Allah tunjukkan jalan ini.
semoga tetap berada di jalan ini
Ameeen.

Nak kongsi sumthing
amik dr lagu langkah tercipta unic:

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.


Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.



Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Ya Allah...
lagu ini ana tujukan buat diri, sahabat2 seperjuangan, akak2 akhawat jogja dan jakarta yg bersungguh2 membantu kami, keluargaku, murabbi serta para dai'e di luar sana.
Semoga tsabat! Allahu Akhbar!



:)
terima kasih ya Allah

Isnin, 21 Februari 2011

Ucap hai dan check iman.

Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar iman diri ini dan shbt2?
sentiasalah check iman anda!
jgn jd org yg rugi.

Syukur pada Allah
nikmat2 yg dikurniaNya x ternilai :)

em,.
Setelah cuti 2 minggu di rumah tercinta
rumah baru pindah pulak tu
kat seri kembangan.
byk gak berjalan2. ^^ suka!
balik sini, homesick lagi.
ish2, rindunye kat keluarga
nggak apa2. lame2 okla tu.

Alhamdulillah, skrg dah masuk blok baru
blok 1.4 ~ Genitourinary system
Pasal urinary dan reproductive system.
minggu ni minggu pertama dan hari ni hari pertama
em,. bolehlah..
mudah2an blok ini dpt ana ikuti dgn lebih baik berbanding blok2 yg lalu

sebut pasal belajar ni,
ingat shbt2, blaja niat kene betul.
jgn sbb dunia.
niat kerana Allah
kerana rasul
kerana agama.

ingat! jangan main2.
nanti di akhirat Allah tanya apa yg dah kita buat demi agamaNya.
xkan syok sorang2 je nk masuk syurga?
tu pun layakkah kita masuk syurga?
Bukan senang nk masuk syurga
mahal tau.
bukan sekadar solat, puasa, zakat, haji semata2
banyak lagi bende lain
Kita kene sedar kenapa kita berada di sini.
Rugi betul kalo kita x tolong ummah kita.
Sangat rugi.
oleh itu,
Fikir, buat dan maksimumkan potensi dan kelebihan kita utk menaikkan islam tercinta!
sedar2 lah wahai diri dan manusia!
Moga Allah redha dengan usaha kita!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



ok2.
dah2
salam perjuangan! ^^

Ahad, 30 Januari 2011

EXAM = UJIAN : sebenarnya setiap hari

Bismillahirrahminarrahim

Alhamdulillah, kembali menulis setelah 'hibernasi' terlalu lama.
Semuanya kerana busy
sibuk dengan hal2 dunia
emmmm..
exam, praktikum, kelas, fb, blog, dll
x lama lagi ader exam
isnin-histology
selasa-biochemistry
rabu-block exam
Byk betol exam
harus usaha, doa dan tawakal
Moga dpt yg terbaik
ameen

tpi tanpa kita sedar,
mmg hari2 kita 'exam"
maksudnya, ujian
Allah sedang uji kita
nk tgk sama ada kita ni org yg beriman atau x :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 

org beriman x lekang dr ujian
bermacam2 ujian,
mula dr sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara
bagaimana menghadapinya?
sabar dan tawakal
Allah tahu apa yg terbaik
Percayalah,
Allah x menzalimi hamba2Nya
Mybe Allah tutup satu jalan
tpi kita x sedar,
Allah membuka lebih byk jln2 utk kita lalui
Semoga hati2 ini terus tabah dengan ujian yg dilalui setiap hari
Ingat, hidup di dunia ini ibarat musafir,
Tempat utk kita mencari bekalan2
bekalan buat akhirat kelak


Ya Allah ,
lindungilah kami dari lalai dan alpa
utk mengingatiMu
dlm arus dunia yg terlalu menyesakkan
padahal hidup di sini hanyalah sebentar
Bantulah kami ya Allah
dlm menjalani kehidupan di dunia ini
sungguh, kami hanyalah hambaMu yg hina dan lemah
Hanya kepadaMu lah kami berserah dan memohon pertolongan ya Allah
Kami dambakan pertemuan denganMu Ya Allah
Kami rindu utk bertemuMu ya Allah
Rahmatilah kami
berkatilah hidup kami
Redhailah setiap langkah kami
Kerana hanya kpd Engkaulah kami akan kembali

Peganglah kata2 ini

Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan

 kami, alQuran pedoman hidup kami, jihad 

adalah jalan juang kami, Mati di jalan Allah 

adalah cita2 kami tertinggi.. 


insyaAllah ameen


Semoga istiqamah ^_^ marilah saling mengingat :)
Thanz k dib, k tika, k piqah, ann, baby, farhah, shida, kaklong. 
Liqa' semalam awesome!
InsyaAllah usaha dan tawakal sesungguh2nya ^^

x lupa ucapan jutaan terima kasih buat k dib, k zati, kak z
dan juga kakak2 lain yg pernah dtg jogja
jauh2 dtg dr jakarta
syukran jazilan kakak2!!
:))))))

Isnin, 10 Januari 2011

Cerita kucing yg hebat dan tuannya

^_^ diceritakan kpd kami oleh k nadrah..tpi ana edit skit2..huhu

Di sebuah kampung yg terpencil, terdapat sebuah keluarga yg tinggal di sebuah rumah yg jauh dari rumah lain. Keluarga tersebut terdiri drpd pak mat, si suami ; mak minah, si ibu ; dan ali, si anak yg baru berusia 3 bulan.

mak minah, Ali dan pak mat. Happy family



Keluarga ini mempunyai seekor kucing bernama Hurairah yg sangat pintar dan patuh. Sebabnya, Hurairah boleh memahami segala ape yg tuannya cakap dan suruh. Contohnya jaga rumah, amik surat khabar, bermain2 sembunyi2 ngan pak mat dan mak minah, jaga rumah,. Pokoknya semua tugas2 yg boleh dilakukan oleh seekor kucing la.. Kalau kita ader kucing mcm Hurairah ni, konpem kita beruntung, sebab dahlah bijak, comel pulak tu. Boleh tolong kita pulak tu.. hukhuk. mcm x logik pulak, tpi name pun cerita kan? layan je la..

mcm harimau pulak kan? hukhuk

Keluarga ini hidup dlm aman dan bahagia. Hurairah sangatlah manja dan disayangi giler2 oleh family ini. 

Pada suatu hari yg sedang hujan lebat beserta guruh dan petir, mereka mendapat satu sms dr ibu pak mat yg berbunyi ; 

          Balik la anakku, bapamu sakit tenat.

Maka, terkejutlah mereka. Kebetulan kereta mereka sedang dihantar ke bengkel yg agak jauh dr rumah mereka gara2 terbakar 2 hari yg lalu. Yang ada hanya motor. Pak Mat dan mak minah sgtlah bingung. Sebabnyer, mcm maner nk kuar rumah n pulang ke kg pak mat dalam keadaan hujan lebat mcm ni? Boleh jer diorg naik motor, tpi masalahnya x boleh bawak Ali . Dahlah Ali masih kecil. Kang x pasal2 je Ali jatuh sakit. Nak panggil teksi, mmg x pernah ader teksi masuk ke tempat yg terpencil tu. Nak minta tolong jiran, xde, sbb rumah diorg jauh dr jiran yg terdekat. Lagi pulak jiran mereka itu pergi cuti jalan2 kat tempat lain. 

Em, orang raser aper solusinye? hah, mestilah diorg minta tolong si Hurairah yg pintar itu utk menjaga Ali. Hurairah pun menjawap,"MEOWWW" yg bermaksud baiklah tuanku. Maka bergegaslah pasangan suami isteri itu utk keluar, pakai baju hujan dan terus pecut ala2 rempit ke kg pak mat yg terletak dlm 30 km dari situ.

Ali sedang tidur dengan nyenyaknyer. Hurairah pulak setia menjaga Ali. Kucing yg comel ini malah menahan nk kencing sbb x sanggup tinggalkan Ali walaupun sebentar. Punyerlah baik dan patuh kucing ni. Kalau ader nyamuk yg mendekati Ali, mesti si Hurairah ni tangkap nyamuk tu. Nasib baeklah si Ali ni x nangis mintak susu, kalau x mcm manelah agaknyer si Hurairah ni nak kasi ek? hukhuk

Hurairah bertukar warna .,oops lupa pulak nk bgtau korang, si Hurairah ni jugak mempunyai kelebihan utk bertukar warna bulu. hukhuk :P



Nak dijadikan cerita, tiba2 masuklah seekor ular tedung yg sangat besar ke dalam bilik Ali tersebut. si Hurairah terkejut, terus bangun dan bersedia utk menghadapi ular itu. Maka pertempuran pun berlaku. Sangatlah dasyat pertempuran itu sehingga ia berlangsung selama 1 jam. Sebab sama2 kuat. Kejap2 si ular yg menguasai pertempuran, kejap2 si Hurairah yg mcm nk menang. Tetapi atas kasih dan sayangnyer si Hurairah ni kpd Ali, maka dengan penuh kekuatan dan kudrat yg semakin hilang itu, si Hurairah pun akhirnya berjaya menerkam dan menggigit kepala ular itu sampai putus. Maka matilah ular tersebut. Hasil dari pertempuran itu,. darah memenuhi badan Hurairah.

Belum sempat si Hurairah buat apa2, pak mat dan mak minah pun pulang. si Hurairah terus ke ruang tamu, menjemput mereka kerana ingin  mengadu pasal ular tedung itu. "meow meow meow",

Mak minah : Abang! tengok Hurairah ni. ader kesan darah kat badan dan giginya! anak kita bang! Ali ! mesti si hurairah ni gigit! tidak!!! ( sambil menjerit mcm histeria )
Pak mat : apa? berani kau Hurairah!

terus pak mat mencapai batang penyapu dan di tendangnya si Hurairah yg kepenatan tu ke arah dinding. Lalu dipukulnya si Hurairah ini dengan batang penyapu . Si Hurairah dah x mampu nk buat apa, hanya menangis dan mengiau dengan perlahan. Mungkin ajalnya sudah tiba. Sudahlah badannya sakit2 setelah bertempur dengan ular, kini x pasal2 dipukul oleh pak mat pulak.

Pak Mat dah mcm org gila. Dah x de perikemanusiaan. Pukul, tendang, pijak si Hurairah sampai Hurairah dah lembik sgt2. Kasihan sama Hurairah, nyawanya sudah nyawa2 ikan. Mak Minah terus masuk ke bilik Ali utk melihat keadaan Ali.

Tetapi Ali masih di situ, masih di tempat tidurnya, masih sedang nyenyak tidur dan sihat walafiat, tidak ada satu luka pun di bdn nya. Di sudut bilik, dia ternampak seekor ular yg sudah terputus kepalanya. Maka sedarlah mak minah, dia sudah BERSANGKA BURUK terhdp Hurairah. Dia bergegas keluar dr bilik sambil mendukung Ali, mahu menghalang suaminya memukul Hurairah, namun semuanya sudah terlambat. Hurairah sudahpun tidak bernyawa. Mak minah terduduk. 

Pak mat ternampak Ali yg didukung isterinya. Masih sihat. Matanya memandang Hurairah. Sudah tidak bernyawa. Dia tersedar, dia sudah terlanjur membuat salah. Dia juga terduduk. Air mata penyesalan mengalir dari mata pak mat dan mak minah. Mereka menyesal, sgt menyesal membunuh seekor kucing yg sgt berjasa kepada mereka. Kejadian malam itu memberi pengajaran kepada mereka.




so, what's the point of this story?


Bersangkalah baik terhadap org lain. think +vely. Jgn sangka yg buruk2. Dalam cerita kat atas, mak minah terus bersangka buruk bila nampak darah kat badan dan mulut Hurairah. Tu menunjukkan kadang2 manusia ni slalu bersangka buruk. Padahal dia x tahu cerita penuh, kadang dia x tahu apa yg berlaku,.

So, Bersangkalah baik sesama manusia, dan terutamanya bersangka baiklah kepada Allah. Allah turunkan dugaan utk menguji kita. Bukan x sayang kita. Sebabnya, Allah tahu kita mampu menanggung beban tu. Allah nk didik kita,. bukankah didikan Allah adalah didikan yg TERbaik? Allah tahu apa yg terbaik utk diri kita. 


2:216
Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.


Bukan kesusahan sahaja merupakan ujian dari Allah. Kesenangan dan nikmat juga merupakan ujian dari Allah. Sebab Allah nak uji apa yg kita buat dengan nikmat tu. Kita bersyukur x? Kita menggunakan nikmat ter sebut di jalan Allah x? Allah berfirman dalam surat cintaNya kepada kita ~


6:165
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sedarlah sahabat2ku, semua yg berlaku ada hikmahnya, walaupun x ternampak di dunia, di akhirat nanti. InsyaAllah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aper yg korang dpt dari cerita atas? di sini ader beberapa pengajaran yg kita boleh kutip, iaitu

  1. Jangan bersangka buruk. Banyak keburukannya : contohnya, memutuskan silaturrahim, hidup dalam kegelisahan (x tenang), muncul perasaan dengki, muncul perasaan ingin menjatuhkan org lain, pastu akan berturut2lah perbuatan lain yg menimbulkan dosa.. Ok, contohnyer, kita nampak kwn kita sedang study, kita pun bersangka buruk, " Ala, tu nak tunjuk baik dan rajinlah tu. Nak dapat result tinggi dr aku la tu. pastu nk tunjuk2 kat org la tu ". Pastu kita mengumpat pasal dia kat org2 lain. Pastu kita pun buat sesuatu supaya kwn kita tu x dpt study. Pastu dan pastu terus menerus membuat dosa.. nauzubillah..
  2. Bersangkalah baik. Kita judge diri kita sendiri berdasarkan niat, tpi kita judge org lain berdasarkan perbuatan mereka. Adilkah begitu? Padahal mungkin mereka punya reasons tersendiri. 
  3. Buat sesuatu pikir dalam2 dulu. Jgn terburu2 buat keputusan. Fikir baik dan buruk dulu. Mcm kes pak mat ni, dia terus bunuh si Hurairah tanpa fikir kesan buruknya.
  4. Menyayangi dan mengasihi saudara sesama mukmin . Mcm yg ditunjukkan oleh si Hurairah ni. Sayangnya dia kepada Ali sampai x fikir pasal diri sendiri. Berjuang habis2an demi nyawa Ali. Macam tu la kita nak. Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.Riwayat Bukhori dan Muslim)

Subhanallah. semoga anda mendapat sesuatu pada hari ini,.InsyaAllah ^_^







Ahad, 2 Januari 2011

Aktiviti di awal tahun ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Masih diberi peluang utk bernafas
Masih diberi pelbagai nikmat di atas dunia ini
Terima kasih ya Allah

Selamat menyambut tahun baru yer.
Tpi, ana x celebrate pun,
01.01.11
We start our day with go swimming
With abel, atie, ann, shida, fatimah and linda
Seriusly, kali  ni swimming sgt enjoy dan penat
Sebabnye, ader progress dlm berenang.. yahoooo
Alhamdulillah :)

Tengah hari pulak teman sakiinah ke AMPLAZ
satu shopping complex yg boleh dikatakan terbesar di jawa tgh
ye ek? ntahler betul ke x,. org kat sini lah ckp..
First nak pergi sbb nk teman sakiinah,
die nk tukar duit,. tpi alih2 kedai tu tutup, sbb cuti krismas dan tahun baru
Hari selasa baru bukak,.
Tpi ana pulak yg dapat beli barang,,
iaitu gogle dan papan renang
Teruja pulak kan, balik tu terus try pakai
hahaha :D jgn kata ana gila pulak

Btw, di hari pertama tahun baru inilah, asrama ni black out
3 kali pulak tu
Panas dowh,
Terfikir, baru kat dunia, di akhirat nanti? di padang masyhar nanti?
Subhanallah
x boleh bygkan
Yang black out ni,
Sabar je lah =.='
Hari ni pulak sekali. Maser usrah pulak tu
Alhamdulillah la sekejap je.

Cerita pasal usrah,
Tadi jam 9.30 pg, ader exam.
exam agama islam.
errrr...
emmmm..
Lepas tu sambung usrah,
Linda cerita pasal perang badar
:)
sangat menarik, dan ceritanya ader sambungan
sbb dier x hbs bacer lagi
n the, after solat zohor,
kiteorg melantak
:P
alhamdulillah kenyang!
sesape yg dtg jogja,
I syorkan u pondok cabe!
hukhuk

sory, post kali ni mengarut n cerita pasal aktiviti sendiri pulak
:)

Tapi ana x lupa,
Take a look ya,
marilah muhasabah diri..
(dpt dari usrah td)

2:208
"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata.


2:42
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.


main point,
Anutilah dan amalkanlah islam itu secara total.
I mean 100 %
Jangan dicampur hak dan batil
Yg hak tetap hak
dan yg batil tetap batil
Jangan dicampur dengan unsur2 jahiliyah
Ada satu hadis ni, (hadis ke12 dlm hadis 40)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله 


عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ


Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya 


Ada kwn tanyer
macam maner nk tahu sesuatu perkara tu berguna atau tidak bagi diri seseorg tu?
Mungkin dengan mengetahui bahawa perkara tersebut berguna atau tidak utk islam
Mcam unsur2 jahiliah la jugak
Kalau x salah ana,
Kalau dlm diri kita ada perkara2 yg x berkaitan langsung atau x beri faedah utk agama islam,
that things is jahiliah
Em, n ana pun masih dalam proses membuang unsur2 jahiliyah itu
Susah gak nk detect unsur2 tu
Ape2pun,
sentiasalah berusaha dan bertwkal,

Sebab kat akhirat nnti Allah nk tgk usaha kita
Bukannyer result peperiksaan atau gelaran kita dpt.
U got what I mean?
Bukankah kalau kita berusaha bersungguh2,
InsyaAllah hasilnya kita akan dapat kan?
Kalau x di dunia, di akhirat.
InsyaAllah
Yang penting ikhlas kerana Allah,
dan mengikut syariat islam
Allah maha Adil dan Mengetahui
Allah tahu apa yg baik dan buruk utk diri kita
Allah tahu segalanya..
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar
Lailahaillallah



P/s : Minta maaf buat semua sahabat2 seperjuangan, kalau ader buat salah silap sepanjang tahun 2010.
Sorry sgt2. Kdg2 tu tiba2 je raser nk marah kat sape2 pun., perangai ni ana masih dlm proses mengubahnyer.. x baik kan? tiba2nk marah org sesuka hati..
Bagitau la ana, tegurlah ana kalau ana ada buat salah,.
Kan hidup kat dunia ni, kita semua kene amal makruf nahi munkar..
Saling nasihat menasihati ke arah kebenaran.
Ala,.. seperti dalam surah al 'asr yg kiter slalu bacer tu.. x kan bacer je kut, mestilah fahamkan dan amalkan!
Rugilah, kalau x amalkan. ~

103:1-3
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

Thank u friend :) Selamat berjuang!