Ahad, 23 Jun 2013

Rasa itu...

Assalamualaikum.

Dah bbrp tahun berlalu.
buku usrah pun dah byk bersilih ganti
materi dah byk yg diberi.

mengapa akhir2 ni baru betul2 dpt merasakan?
bahawa betapa manisnya berada di jalan ini.

mungkin inilah dikatakan proses.
waktu adalah rawatan.

tipsnya,
teruskan berada di jalan ini.
teruskan semangat dan all out
dlm menambahkan ilmu
dan memantapkan fikrah dlm diri
dan berdoalah.
moga diri kau dikurnia petunjukNya.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"
Al-'Ankabut 29:69

So, x semua hidayah jatuh berdebuk dari langit. At some points, kita yg kene bermujahadah mencarinya.
Wallahu'alam

Rabu, 19 Jun 2013

Logam lagi.

assalamualaikum.

kdg2 tu masih meraba2 mncari logam sendiri
demi ummah.

x hebat pun dlm menulis
x hebat pun dlm buat video
x hebat pun dlm memberi materi
x hebat pun mentadaburi.
x hebat pun dlm menyusun kata2
dan pelbagai mcm kehebatan org lain yg membuat diri ana rasa jeles.

tapi..
nak x nak kita kena percaya
yg Allah dah bagi pelbagai nikmat pd diri kita.
hati kita disentuh utk melalui jalan dnt ini pun dah cukup besar sekali nikmatnya.
memang, kita ada up dan down.
kdg2 rasa semangat,
kdg2 rasa penat, rasa malas, rasa down,
dan seribu mcm rasa.

cukup terpukul dgn firmanNya,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" Al-'Ankabut 29:2

Aku org islam
aku org mukmin.

namun bila diuji sedikit,
x kisah lah dgn musibah atau nikmat,
kita lupa. leka. lalai.

Semua org ada kelemahan.
semua org ada jahiliyah masing2.

dan ini salah satu jihad dan ujian kita di zaman ini.

maka,
bersungguh2lah meninggalkan jahiliyah.
bersungguh2lah memperbaiki kelemahan diri
bersungguh2lah mentouch up kekuatan diri.

dan berdoalah.
kerana
Dia Maha Mendengar.

Isnin, 20 Mei 2013

Spongebob squarepants. Eh?

Assalamualaikum.
xlengkap rasanya jika x dimulai dgn memuhasabah diri kita dahulu, bhw nikmat2 yg Dia kurnia sangat banyak, x terhitung. Alhamdulillah1000x.

Kerana aku juga mengalaminya.
Umumnya kita tahu perkara yg melalaikan, atau jahiliyyah2 sgt best utk dilakukan, sgt sukar dilepaskan. Kalau dah buat skali , rasa nk buat berkali2, ketagih org melayu kata. Maka hati2 dgn jahiliyah!

Suka pada 1 analogi, hati kita ibarat sponge, cuba kita rendam dlm air sabun pencuci pinggan yg kita ibaratkn jahiliyyah2 atau perkara2 lagha, atau maksiat2.

Susah x utk kita keluarkan semua air sabun tu, supaya span tu jd spt yg awal? Susaaaaaaaah dowh.

Mcm tu la maksiat2/jahiliyah. Sekali dah terbuat, akan meninggalkan byk kesan2nya di hati yg susah utk dihilangkan. Even korg celop sekejap je dlm air sabun tu, apatah lagi kalau kita celop lama2.

Maka ibrahnya, elakkan! Mujahadah tinggalkan jahiliyyah2 tersebut.

Bagaimana kalau dah terlanjur?

Kmbali pd sponge td, kalo nk keluarkn ayaq sabun tu, kita kena cuci dan bilas dgn air bersih byk kali dan berkali2, perah, cuci dan cuci lagi dan bgitulah sebyk2nya. Boloq ke?

Faham kan? Bgitu juga hati kita, cucilah ia dgn taubat nasuha, ayat2 cintaNya, ibadah2 sunnah, sedekah, bantu org lain, dan bermcm2 lagi amalan pahala yg lain.

Kesimpulannya, yg pertama2, first thing first adalah elakkan terperangkap dlm perkara2 jahiliyyah/maksiat. Caranya? Penuhi masa kita dgn perkara2 yg membawa kebaikan di akhirat kelak. Bak kata omputeh, prevention is better than cure.

Yg kedua, jika terlanjur, maka bertaubatlah, lakukan amalan2 kebaikan, bermujahadahlah meninggalkan maksiat/jahiliyah tersebut.

Semoga jahilyah2 x mnjd beban kita utk mncapai redhaNya.


Ps:oh ya jgn lupa titipkan doa anda buat kami. East java need ur doa! Jazakumullah khoiran kathiraaa ^^

Jumaat, 3 Mei 2013

Template terbaik

Alhmdulillah 'ala kulli nikmat.

Syukur masih bernyawa , masih bernafas, tanda Allah masih bg kita peluang utk bertaubat dri dosa2 kita, Allah masih bg kita peluang utk melakukan amal2 kebajikan, melaksanakan tanggungjawab kita, di saat ini. Sentiasalah berdoa, agar amal2 kita diterima, dosa2 kita diampunkan, agar dpt kita menggapai redhaNya.

Phrase paling terkesan buat diri ana dlm bbrp hari ini dr kata2 ex murobbi yg byk mendidik diri ini. dia lah yg menyaksikan diri ini jatuh bangun, byk memberi nasihat, byk mendidik, suka 'membebel' (part paling ana suka sbb byk perkara yg buat ana slalu muhasabah diri), melihat dari awal bagaimana kami semua merangkak, shingga berada di mana kami skrg. Alhamdulillah, dgn rahmatNya dan kurniaNya juga kami masih berada di jln ini. Doakan kakak2 ex murobbi ana yg sudah bfg dan bakal bfg x lama lagi ini terus tsabat, terus istiqamah, terus kuat membaiki ummah terutamanya di malaysia. Sungguh, realiti gerak kerja dnt di malaysia sgt mencabar, maka berlakunya tapisan demi tapisan, kerana Dia hanya mahu kader2 yg ikhlas utk memperjuangkan agamaNya.

Oh, x masuk lg phrase yg ana kata ana suka tu. Well, dah ckp sbnrnya kat tajuk iaitu, template terbaik kita adalah....

Muqaddimah sedikit sbyk, kita berada di jln ini x kira lama atau baru pasti kita memerlukan role model utk kita jdikan rujukan dan contoh dlm menjalani hidup yg penuh cabaran dan ujian ini. Nak x nak, contoh paling dekat adalah murobbi kita, ataupun akhowats2/ikhwah2 yg kita kenal, yg kita berhubungan spjg hari. Namun harus kita akui, bahawa mereka2 ini juga manusia biasa, rentan berbuat salah atau istilah lain futur. Maka adakah kita akan meninggalkan mereka, terus turun dri gerabak dnt ini hanya kerana kesalahan2 murobbi kita yg hanya manusia biasa?

Kerana itu maka template terbaik yg kita harus berpegang teguh, yg wajib kita contohi adalah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Ok, dah x nk explain pjg2. Faham2kan sendiri la ye.
Oh ye ini x bermaksud kita xperlu sami'na wa ato'na pd murobbi. Sentiasalah bersangka baik, sentiasa membantu murobbi dlm membentuk diri kita juga, kerana iAllah mereka sudah mencuba sebaik mungkin utk mmbentuk diri kita,

Jazakumullahu khoiran kathiraaa my ex-murobbi2. Doakan ana terus tsabat ;) semoga kita dpt berliqo kembali di syurga kelak, ameeen.

Ahad, 21 April 2013

Sikap kita

Ana dulu bukanlah org yg sgt laju dlm jalan ini. Agak merangkak, mungkin pd awalnya hanya ikut2an. Alhamdulillah, suasana (bi'ah) solehah sgt membantu, murobbi yg sgt memahami, suasana ri falah, suasana usrahmates, suasana keluarga (esp my bro), dll. Proses tarbiyah dilalui cukup pjg dan memakan masa, tpi ana bersyukur Allah masih memilih hati ini utk terus tsabat d jalan ini sehingga saat ini. Dan moga kaki ini masih berada di atas jalan ini, saat Allah menarik nyawa kembali kpd Dia.

Hati kita sentiasa berbolak balik, lebih cepat drpd air yg sedang menggelegak. Persoalannya apakah kita terus futur saat kita sedang futur, atau kita berusaha utk bangun setelah kita tahu kita sedang iman down. Apa yang kita lalui spjg hidup ini, rasailah ia tarbiyah dri Allah, dan kita sedar bhw tarbiyah Allah itu adalah yg terbaik.

Apabila melihat realiti hidup, karenah mad'u2 kita , bukalah mata, lapangkan dada, bkn salah mereka jd begitu. Lihatlah latar belakang diri mereka, pelbagai faktor penentu mereka hilang arah dan x tahu tujuan hidup, bi'ah yg langsung tidak membantu, pengaruh sahabat, media massa, pengaruh barat, dll yg mana kalau kita lihat diri kita dahulu, kita juga spt mereka, tiada siapa yg sedarkan kita.

Terus, apa yg kita lakukan setelah Allah memilih kita, menerangi hidup kita dengan hidayahNya, rasa bahagia dan tenang berada di bawah naungan al quran dan sunnah? Kita x pedulikan keadaan sekeliling kita, x pandang pun mereka yg sudah jauh tersasar tujuan hidup, dan kalau pandang pun akan terlintas di hati kita , bhw mereka ini dah sesat sgt, susah nak dakwah diorang ni, dll yg menjadikan kita penghukum, sedangkan hanya Allah yg berhak menghukum, sedangkan kita cuma memberi peringatan.

Masalahnya, sudah cukupkah kita memberi peringatan kpd mereka di sekeliling kita. Sudah cukupkah kita memberi peringatan, bahawa islam is the way of life, kehidupan, akhlak dan cara hidup kita mestilah dicelup dalam agama islam, bukan hanya pd ic. Sudah cukupkah kita memberi peringatan kpd mereka, bhw dunia ni hanya alat, hanya tempat menanam, di mana hasilnya kita mahu tuai di akhirat, bhw di dunia ini kita hnya ibarat musafir kelana, mencari bekal buat akhirat yang selama2nya.

Sabarlah dalam memberi peringatan. Sabarlah dalam mendf mad'u2 kita. Sabarlah dalam membentuk anak2 usrah kita. Sabarlah dalam proses membaiki akhlak dan gaya hidup kita. Sabarlah dalam membawa keluarga kita agar turut faham. Sabarlah dalam mengeluarkan masyarakat kita dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam yg terang benderang. Sabarlah dalam melakukan apa sahaja, yang membawa umat ini kembali beriman kepada Dia.

Ya, bukan mudah memberi peringatan. Tapi sudahkah kita mendengar kisah2 para rasul, malah rasul kita yg tercinta, baginda Muhammad SAW, bagaimana sikap dan cara mereka memberi peringatan. Walau pelbagai rintangan dan fitnah dihadapi, mereka tetap sabar dan tsabat. Sudahkah kita mencontohi mereka, sudahkah kita sabar dlm memberi peringatan?

Maka, bersabarlah! Lalui proses tarbiyah ini dgn sabar. Bykkan berdoa, bykkn bertawakal pd Dia. Yakinlah, bahawa jalan ini lah satu2nya jalan yg membawa keuntungan di akhirat kelak, buktinya jelas dlm surah al asr. Yakinlah, bahawa janji Dia benar.

Selamat bermujahadah. Teruskan kefahaman dan smngt yg tinggi dlm memburu syahid dan syurgaNya. Selamat berjuang kerana Dia. Semoga Dia redha. Semoga.

Rabu, 27 Mac 2013

Ini Kisah Win #3

****
Air hujan terus membasahi bumi. Menjadi saksi kepada manusia-manusia yang kebanyakannya masih dibuai kesibukan dunia. Juga saksi kepada Win. Dia sudah berada dalam gerabak terakhir kereta api.

Penuh sesak tren malam itu. Bermacam-macam bau yg kurang enak dihidunya, terutama bau asap rokok. Win mengerut dahi. Ekonomi.

Haiiih, padan muka aku, nak jimat sangat, amek yang paling murah, ini lah yang kau dapat.

Langkahnya perlahan, menunggu ibu-ibu dan bapak-bapak di hadapannya menyelesaikan urusan dan duduk. Bercampur-baur perasaan dia. Cuak, takut, berdebar-debar. Pertama kali mengembara seorang diri di negara orang.

Sampai di tempat duduk, Win menelan air liur. Di hadapannya seorang lelaki penuh tatu. Di sebelahnya juga lelaki. Cuma lebih bersahaja.

Aah, lantaklah. janji aku dapat lari sekejap dari tempat tu. Penat. 

Win duduk. Menyumbatkan telinganya dengan earphone, terus dipasang lagu-lagu kpop dan jpop pujaan hatinya.

Mahu ke mana ni mbak 

Win mendongak.

Aaaaah sudah mamat bertatu kat depan ni bertanya. Apesal pulak time-time macam ni la kau nak jadi peramah. Aku tak nak diganggu la

Bandung. 

oh, liburan ya?

Iya. 

Orang malaysia?

jogja

Perbualan terhenti. Mungkin pemuda tu faham dia tak mahu diganggu. Soalan dijawab singkat. Dan memang itu tujuan dia. Berjaya. Dia terus hanyut dalam lagu-lagunya. Pandanganya dilemparkan ke luar tingkap, gelap gelita. Namun fikirannya melayang.

Win, win nak pergi mana ni. Esok kita ada program dengan kak Ai tau.

Adela. I need time k. Don't bother me within these days. 

Tangannya laju mengemas barang masuk ke dalam begnya. Nak lari sebentar. Lemas dikejar kak Ai. Penat diajak Mai ke sana sini.

Win, emm at least bagitau la Win nak pergi mana.

Bandung.

Fullstop. Win bergerak keluar dari bilik. Tak menoleh, langsung menuju ke teksi yang sudah menunggu.

Aku sayang kau kerana Allah, Win. Maka aku takkan pernah berhenti dan berputus asa menarik kau dekat dengan Dia.

bisik hati Mai. Doanya yang dipanjatkan kepada Ilahi setiap hari.

Kereta api bergegar kuat. Lamunannya berkecai. Denyutan jantung berdegup pantas. Terdengar jeritan dari gerabak hadapan. Win gugup, takut, cemas.
Ape yang berlaku?
Tak sampai 5 saat, gerabak yang dinaiki Win seperti berpusing. Masa berputar terasa begitu lambat sekali.

'ya Allah, selamatkan aku. selamatkan aku. Nescaya aku akan mencari Mu. Lepas ni aku takkan tolak ajakan Mai daaaah.'

ya Allaaaaaaaaaaah. 

Jeritannya terus menerus. Gerabak terus berpusing-pusing melontarkan penumpang-penumpang di dalamnya.

Lampu terpadam. Win terasa tulang di dalam badannya seperti dipatah seribu. Akhirnya dia terdiam. Pengsan.     

****

Sabtu, 16 Mac 2013

jalan ini...

Hampir 3 tahun. hampir.

selama itu jugalah sudah aku berada di jalan ini, jalan dnt.
aku xtahu sejauh mana sumbangan ku utk ummah
aku xtahu apa y sudah diubah dlm diri demi mengubah ummah

murobi yg mendidik aku sejak kosong x lama lg akan bfg.
maka kami bertukar murobbi
usrahmates jga sudah bertukar ganti
tanggungjawab dan bebanan semakin bertambah
sebagai seorg calon dokter, malah sbgai seorg khalifah,
apatah lagi sebagai hambaNya

berat yg ku rasakan
berat lagi para sahabat yg merasakan

halangan yg ku lalui
besar lagi halangan yg para sahabat lalui.

ujian yg ku tempuhi
sukar lagi ujian yg para sahabat tempuhi.

tapi mereka berjaya harungi
kerana iman mereka sangat tinggi
hanya mengharap redha Allah semata-mata
dan kita?
masih hanyut dibuai dunia
lupa akhirat semakin mendekati kita

walaupun cuba ku tepis kenyataan
namun harus ku akui
harus ku lalui
sekarang sudah tiba mempraktikkan segala teori2
yang dibahas, yang ditekankan, yg dibincang dlm liqo
yg dibaca, yg dihadam, yg dikongsi oleh ikhwah akhowat
maka berpijaklah di dunia nyata
bekerjalah di dunia realiti
dengan hanya mengharapkn redhaNya semata-mata.
ya, semata-mata!

"tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi. Dan nescaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna)"
Al-Lail 92:20-21





Ahad, 10 Mac 2013

Ini Kisah Win #2

***
Beberapa tahun kemudian

Malam itu Win teresak-esak menangis. Diselubungi gelap pekat malam. Ditemani telekung dan sejadah. Mungkin beribu-ribu malaikat mengelilinginya. dan yang pasti Allah la yang menyaksikan segalanya. Memohon ampun, moga segala dosa dan kelalaian dihapus. Moga mati dalam keadaan baik, beriman dan bertakwa. Moga terus tsabat dan istiqamah. Win tahu benar, mungkin malam-malam selepas ini tidak begini. entah ada peluang atau tidak. Maka dia menangis bersungguh-sungguh. Memohon agar dia terus berada di jalan ini, jalan yang diredhaiNya. Dia memohon agar terus diberi petunjuk, diberi keberanian, diberi kekuatan, untuk meneruskan tugas para nabi. Win berdoa lagi, moga dia dapat istiqamah bangun malam, moga dia tsabat melaksanakan mutabaah amal, moga dia dapat melaksanakan hak-hak dia sebagai seorang muslim, moga dia dapat melalui hari-hari yang mendatang sebagai seorang mukmin.

Paling penting, Win mendoakan agar dirinya sentiasa berada dalam keredhaanNya. Mati dalam keadaan Allah redha padanya. Masuk ke dalam surga kerana redhaNya. Kerana dia tahu, redha Allah lah segala-galanya. Allahuma Amin.

Win lap air mata yang merembes keluar. Dicapainya al quran. Dibelek-beleknya helaian alquran mencari ayat terakhir yang dibaca sebelum tidur malam tadi. Alquran itu milik Mai, hadiah istimewa diberikan kpd dia. Matanya melihat gambar dia dan Mai di atas meja. terus memori-memori pahit dan indah bermain di mindanya.

Ahad, 24 Februari 2013

Amanah

Hujan
bawa pergi tangisan ku

Hujan
bawa pergi kesedihanku

Hujan
bawa pergi kedukaanku

Moga yang tinggal hanya rasa gembira, syukur dan terharu

Alhamdulillah.
Kau telah memilihku di sini
Kerana pasti Kau punya rencana terbaik buat diriku.



Khamis, 10 Januari 2013

Ini Kisah Win #1


***
Win memandang mereka. Hiba. 5 tahun di asrama. 2 tahun di kolej persediaan. Dan kini, 6 tahun pula bakal menjauh dari mereka.

"Jaga diri baik2 ye Win. Balik nanti jadi kebanggaan umi dan abi."

Mata Win berkaca-kaca. Mata umi dan abinya juga. Cuma si adik bongsu tekebil-kebil, tertanya-tanya drama apakah ini.

"insyaAllah umi abi. Doakan Win selalu."

Perasaannya bercampur baur. Entah sedih, entah gembira, entah pilu. Yang pasti air matanya berlinangan jatuh.

Win berjalan masuk ke perut pesawat. Dilambainya ke arah bangunan yg baru dilaluinya. Entah nampak atau tidak, dia x tahu. Dia x peduli. Ingin menangis, namun sepertinya sudah kering.

Mai hanya memandang sahabatnya. Buntu. Berbuih mulutnya memberi nasihat. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak satu pun diambil peduli.

"Sudah-sudah la tu Win. Dulu kau juga yang selalu cakap. Semua perkara pasti ada hikmah. Kau kena percaya."

Win menutup mata. Penat. Penat menangis. Penat mendengar nasihat. Penat belajar. Penat mengikut kata-kata orang tuanya.

"Kau tak faham Mai. Kau takkan faham sampai bila-bila."

***

"Win, ada kakak senior datang la. Bangunlah."

Win mengeraskan badan. Memekakkan telinga. Mata dipejam rapat-rapat. Protes. 'Aku taknak jumpa siapa-siapa laaaa. Penat. urrrghh', hatinya berkumam.

"Kak Ai, minta maaf sangat-sangat. Win tak nak bangun."

"Eh, takpe-takpe. Dia penat sangat tu. Kan baru sampai tadi. Akak yang patut minta maaf datang mengganggu."

Dihulurnya 'tupperware' berisi makanan. Mai menyambutnya dengan senyum tersimpul malu.

Bermulalah ikatan hati antara mereka.

***

"Win, kak Ai nak datang petang ni. Ajak main badminton. Kau suka main badminton kan?"

"Esok aku ada lab anatomi. Nak kena studi."

"Ala, kan boleh studi malam nanti. Aku boleh ajar kau. Jomlah badminton petang ni."

"Aku kata taknak, taknaklah."

Win berlalu pergi. Mai hampa. Ajakannya gagal sekali lagi.

***

Video anatomi di'pause' sebentar. Dia sedar masalah ni tak boleh dipendam lama-lama.

"Mai, aku risaulah dengan anatomi aku ni. Asyik tak lepas je pre-test. Exam anatomy dah dekat. Sakit kepala aku nak menghafal tulang dengan otot ni. arghhhh!!"

"Aku pun cukup-cukup makan je Win. Emmm, kak Ai bagitau, kalau nak minta tolong dia, boleh je. Kita minta tolong dia ajarkan ok x?"

Win memandang kosong buku Sobota Anatomi milik sahabatnya itu. Lebih tepat milik kak Ai. Diberi pinjam.  Sungguh, dia malu. Selama ni asyik menolak pelawaan kak Ai. Keluar makan, keluar beli barang, beriadhah. Semua ditolaknya. Cuma kalau kak Ai datang sendiri bawa makanan untuk dimakan di bilik mereka, dia x mampu menolak.

Tapi kali ni dia harus buang rasa malu itu. Kalau tak lulus exam anatomi ni, habislah dia. Habis.
Dan akhirnya dia nekad.

***