Ahad, 21 April 2013

Sikap kita

Ana dulu bukanlah org yg sgt laju dlm jalan ini. Agak merangkak, mungkin pd awalnya hanya ikut2an. Alhamdulillah, suasana (bi'ah) solehah sgt membantu, murobbi yg sgt memahami, suasana ri falah, suasana usrahmates, suasana keluarga (esp my bro), dll. Proses tarbiyah dilalui cukup pjg dan memakan masa, tpi ana bersyukur Allah masih memilih hati ini utk terus tsabat d jalan ini sehingga saat ini. Dan moga kaki ini masih berada di atas jalan ini, saat Allah menarik nyawa kembali kpd Dia.

Hati kita sentiasa berbolak balik, lebih cepat drpd air yg sedang menggelegak. Persoalannya apakah kita terus futur saat kita sedang futur, atau kita berusaha utk bangun setelah kita tahu kita sedang iman down. Apa yang kita lalui spjg hidup ini, rasailah ia tarbiyah dri Allah, dan kita sedar bhw tarbiyah Allah itu adalah yg terbaik.

Apabila melihat realiti hidup, karenah mad'u2 kita , bukalah mata, lapangkan dada, bkn salah mereka jd begitu. Lihatlah latar belakang diri mereka, pelbagai faktor penentu mereka hilang arah dan x tahu tujuan hidup, bi'ah yg langsung tidak membantu, pengaruh sahabat, media massa, pengaruh barat, dll yg mana kalau kita lihat diri kita dahulu, kita juga spt mereka, tiada siapa yg sedarkan kita.

Terus, apa yg kita lakukan setelah Allah memilih kita, menerangi hidup kita dengan hidayahNya, rasa bahagia dan tenang berada di bawah naungan al quran dan sunnah? Kita x pedulikan keadaan sekeliling kita, x pandang pun mereka yg sudah jauh tersasar tujuan hidup, dan kalau pandang pun akan terlintas di hati kita , bhw mereka ini dah sesat sgt, susah nak dakwah diorang ni, dll yg menjadikan kita penghukum, sedangkan hanya Allah yg berhak menghukum, sedangkan kita cuma memberi peringatan.

Masalahnya, sudah cukupkah kita memberi peringatan kpd mereka di sekeliling kita. Sudah cukupkah kita memberi peringatan, bahawa islam is the way of life, kehidupan, akhlak dan cara hidup kita mestilah dicelup dalam agama islam, bukan hanya pd ic. Sudah cukupkah kita memberi peringatan kpd mereka, bhw dunia ni hanya alat, hanya tempat menanam, di mana hasilnya kita mahu tuai di akhirat, bhw di dunia ini kita hnya ibarat musafir kelana, mencari bekal buat akhirat yang selama2nya.

Sabarlah dalam memberi peringatan. Sabarlah dalam mendf mad'u2 kita. Sabarlah dalam membentuk anak2 usrah kita. Sabarlah dalam proses membaiki akhlak dan gaya hidup kita. Sabarlah dalam membawa keluarga kita agar turut faham. Sabarlah dalam mengeluarkan masyarakat kita dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam yg terang benderang. Sabarlah dalam melakukan apa sahaja, yang membawa umat ini kembali beriman kepada Dia.

Ya, bukan mudah memberi peringatan. Tapi sudahkah kita mendengar kisah2 para rasul, malah rasul kita yg tercinta, baginda Muhammad SAW, bagaimana sikap dan cara mereka memberi peringatan. Walau pelbagai rintangan dan fitnah dihadapi, mereka tetap sabar dan tsabat. Sudahkah kita mencontohi mereka, sudahkah kita sabar dlm memberi peringatan?

Maka, bersabarlah! Lalui proses tarbiyah ini dgn sabar. Bykkan berdoa, bykkn bertawakal pd Dia. Yakinlah, bahawa jalan ini lah satu2nya jalan yg membawa keuntungan di akhirat kelak, buktinya jelas dlm surah al asr. Yakinlah, bahawa janji Dia benar.

Selamat bermujahadah. Teruskan kefahaman dan smngt yg tinggi dlm memburu syahid dan syurgaNya. Selamat berjuang kerana Dia. Semoga Dia redha. Semoga.