Khamis, 12 Ogos 2010

X Sangka~

Alhamdulillah,. mmg x sangka.. Saat yg mendebarkan berubah menjadi saat yg gembira dan terharu sehingga menitis air mata. Ya Allah,. aku bersyukur kepadaMu,. Terima kasih Ya Allah!

09.30pg
ann n baby hantar mesej, tanya dah call ktt belom. Cuaknyer,. aku kata belom

10.00pg
xde mood nk pack brg2.brg2 tertangguh. takut. terketar2. semua ada. dlm maser yg samer chat ngan ann pasal pack brg2 ni. konon nk hilangkan nervous. heeehe

10.30 pg
fb, wall mdm rozie kater budak2 mara dah boleh call dyer. WAAAAAH.. RESULT DAH KUAR???? tanyer baby,. dyer kater dyer dah call,. call KTT

10.45pg
Dgn lafaz basmalah, aku call KTT

ORG KTT:helo
AKU :Assalamualaikum
ORG KTT:Waalaikumussalam
AKU :boleh saya tahu result a2?
ORG KTT:adik bhgian apa? jpa atau mara?
AKU :jpa...(cuak dah,. chemistry minta2lah jgn D.. B pun x pe la..)
ORG KTT:nama?
AKU :Nur Farhana bt bachok
ORG KTT:no ic?
AKU :0072(aku igtkan dyer sebut candidate number.. heeehe )
ORG KTT:eh eh,. bkn, NO IC
AKU :910704-14-**** (aku sebut dgn cepatnyer)
ORG KTT:eh eh adik sebut balik no ic,. no ic dengan nama x padan la.
AKU :(erk.. aku salah sebut kot td,. maka aku tarik nafas,. ulang slow2 dan dgn
kuat)
ORG KTT:ni result adik yer.. Biology adik A
AKU :ok,.. (alhamdulillah :))))))
ORG KTT:kimia A
AKU :oh?? ( alhamdulillah,.. !! mata aku dah nak berair..apakah betul ni result
aku?)
ORG KTT:mathematics A,. points adik 15
AKU :oh.. terima kasih, alhamdulillah
ORG KTT:samer2.. tahniah ye ..

aku letak phone
Ya Allah.. betul ke result aku ni? (air mata dah start menitis) alhamdulillah.. nak pastikan result tu, aku hantar mesej kat miss Ila,.

SALAM MISS,BETUL KE TU RESULT SAYA?

seperti biasa,. miss ila call,. n miss ckp "betul lah tu result awak ana.. 15.. tahniah.."

weeeeeee!!!!!!! hanya Allah sahaja tahu perasaan aku maser tu.... memang aku x pernah mengharap gred yg bagus terutama utk kimia.. lepas exam kimia hari tu, aku nangis teresak2 x leh jwp..pastu result as hari tu dapat B,(paper1 C, paper2 B, paper3 B) aleh2, hr ni dpt result A?? a?? alhamdulillah,. memang besar anugerahMu Ya Allah. Akhirnya insyaAllah cita2 kami melanjutkan pelajaran ke UGM indonesia digapai..Terima kasih buat insan2 yg telah banyak membantu aku dalam mencapai kejayaan ini,. Ayah, ma, adik beradik, miss ila, madam salina, mr razib, rakan2 seperjuangan ALL 1,. rkn2 laen2 yg sentiasa mendoakan diri ini.. terima kasih korang!! sayang korang sangat2!! :)

Namun,. bermulalah perjalanan yg makin berliku,. yg semakin byk cabaran. YA Allah,. bantulah hambaMu ini dlm mengharungi hari2 yg penuh cabaran dan dugaan. jadikanlah hambaMu ini antara insan2 yg berjaya di dunia lebih2 lagi di akhirat. ameeenn ..

sekian.
P/s : mmg mood tgh happy! packing brg2 pun dah siap,. ptg ni insyaAllah bertolak ke kl,. esok ader sesi taklimat ngan jpa,. hari ahad insyaAllah berangkat ke yogja :)
c u later ;)

Selasa, 10 Ogos 2010

Here's come again Ramadhan Al mubarak ~

Alhamdulillah,..syukur kepada Ilahi kerana,. sekali lagi, kita diberi kesempatan utk bertemu bulan ramadhan pada tahun ini. Sudah semestinya kita harus berusaha utk melakukan dan memperbanyakkan amalan2 sunat di bulan puasa ini. Pahala yg dijanjikan olehNya berlipat kali ganda, maka marilah bersama2 merebut peluang keemasan ini duhai teman2.START NOW! :)

p/s:result a2 akan keluar x lama lagi.. CUAK.. InsyaAllah mudah2an :)

Ahad, 8 Ogos 2010

Lagi tentang kenangan ~

Assalamualaikum w.b.t

Sobahail khoir buat teman2 seperjuangan sekalian.. it means gud morning ~ semoga kita terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih dikurniakan nikmat yg x terhingga hingga ke saat ini,. nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat organ2 berfungsi dengan baiknya,. dan seribu macam nikmat yg x dpt dihitung .. :)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk mencoret sumthing dlm blog ni. 8 ogos 2010.,. dlm 4 hari lagi result a level keluar,. dalam 5 hari lagi jpa's briefing,. dan dalam 7 hari lagi fly ke yogjakarta. (betul ke x ejaan aku ni ye).

Tujuan utama aku menulis pagi ni nk sambung sedikit lagi kisah zmn2 dahulu kala.. takut x tulis nnti lupa pulak kan.. haha :D kalau korang malas baca pjg2 jgn baca . tgk je :P

Habis je exam spm,. apa lagi, melepak la aku kat umah,. x de bende nk buat. menyesal gak maser ni memikirkan kenapa la aku x buat lesen kereta.. tu la,. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna (boleh guna x peribahasa ni dlm situasi aku ni yer? entahler..) aper korang buat maser cuti 6 bulan lepas spm? ramai kengkawan aku yg kerja sambilan, ambil lesen kereta,. aku pulak? jadi penganggur lepasan spm je la. menghabiskan beras kat umah, menambahkan berat di badan. hah, bagusla tu,. org pun sampai tegur aku dah berisi skit.,. haha,. masa ni aper yg aku igt yer? entahlah. aku pun x igt aper yg sebenarnyer aku buat sbb bende x berfaedah kan? manelah aku nak igt. aderla kot, menghabiskn masa dengan baca novel2 kat umah tu,.. maen komputer,.. mengenali suju,. ish,. mengarut je la aku ni kan..

let's forget about that, masuk point paling penting. Situasi yg sgt membingungkan. MEMBUAT PILIHAN KERJAYA selepas keluarnya result spm. Alhamdulillah,. result spm aku bagus.aku konpius antara perubatan atau sains aktuari(aku minat addmath). setelah berfikir beratus2 kali,. dengan solat istikharah dan nasihat ayah aku,. aku memilih bidang perubatan..(Ayah aku cakap, dengan result aku yg cemerlang ni, biarlah ambil bidang perubatan,. lagipun bidang perubatan kan LUAS).. Pastu aku pun start isi borang2 matrikulasi( ni bukan isi dulu2 ke? entahler aku x igtla sbnrnyer), isi upu (online), isi minta tawaran biasiswa jpa PILN,. dah memang dikatakan takdir, aku dicampak ke tempat aku berada sekarang hanya kerana aku X NAMPAK MARA DALAM PILIHAN SPONSOR TU. ada ke patut? haha.. asal2nyer igt nk minta MARA la kan, sbb abg aku dah dpt tawaran jpa,. parent aku nk jugak merasa salah seorg anak mereka disponsor MARA... last2 lepas dah hantar permintaan tu,. alih2 baru aku tau,. kene pilih sponsor waktu isi borang online tu.. ish2, nasib2 :)



Lepas dah hantar tu, kenelah aku mengikuti program pendedahan kerjaya doktor kat hospital kemaman selama 5 hari. x ramai pun,hanya 7 org( sbnrnye 8 org, tpi amin dtg hari yg ke-5,) jumpalah balik intan maisara ngan alif zarwi,. geng lama maser skolah menengah rendah dulu. Program ni aku rasa ok je.. nama pun pendedahan kan,. so kami didedahkanlah dengan kerjaya doktor ni,. jumpa dr.2 senior,. dr2 junior.. msuk keluar wad, tgk dr rawat pesakit. tanya dr.2 ni pasal kerjaya ni,. yg paling aku respect dan igt adalah dr mat noh ngan dr. zailin failiza. penuh dengan komitmen dan responsible diorg buat keje. moga2 satu hari nnti aku juga bisa berkerjaya dan berperibadi seperti mereka, insyaAllah ameen :)

Dah habis program tu, interview la pulak kan,. kat kuala trg jam 2 ptg. dipendekkan cerita, rasernyer aku lewat sampai dalm 5 minit ker,.(harap maaf, jgn salah sangka pulak, aku duk kerteh, 2 jam nk ke kuala trg, dah sampai situ,. nak kene makan tgh hari ngan solat zuhur pulak kan..tu yg lambat. huhu ) tpi briefing dah start.. pastu x sempat aku nk bersiap2 sepenuhnya, aku antara yg terawal dipanggil masuk. bagus2,. dtg lewat, tpi masuk interview awal,. maknanyer boleh balik awal. aku raser punyerlah ramai yg nk interview tu,. sampai ader beberapa sesi dlm beberapa hari jugak la.. tu yg bertambah neves.. haha.. cerita dipendekkan lagi,. memang tergagap aku dlm interview yg fully speaking tu. aku ni mana lah pandai sgt dlm speaking2 ni kan.. harung je la situasi tu dengan penuh konfiden walaupun raser mcm nk nangis je lepas interview tu,. tpi biler nampak muka ma n ayah,. x sanggup pulak nk nangis depan diorg kan.. padahal pada hakikatnyer interview aku mmg HANCUSSSSSSS .. waaaaa :(

x mo cerita pjg2 akhirnya alhamdulillah,. Dapatlah aku tawaran ke kolej matrikulasi pahang, ke pusat asasi UIAM kat pj( farmasi ) dan paling mengecewakan aku hanya dpt tawaran ke IPTS dlm negara oleh JPA. aku raser aku nangis kot malam keluar result tu,. ye la,. harapan family aku utk aku sambung belajar ke luar negara hancusss punah berkecai. memanglah parents aku x tunjuk, tapi aku tahu diorng sedih..walau bagaimanapun, aku yakin diorg akan tetap dan terus menyokong aku x kira aku belajar di mana2,. aku harus REDHA dan PASRAH. aku yakin, pasti ada hikmah di sebalik semua ini kan? Maka aku memilih utk meneruskan study farmasi di CFS IIUM pj.



Memang seronok belajar di UIA.Aku menginap di ZC,. dan mengenali roomate aku yg kecil comel, eyqa dan juga intan :) rindunyer kat diorg. Hampir setiap hari ader usrah. Kat UIA ni jugak aku jumpa seseorg yg bernama NUR FARHANI BT BAHADUN. namaku farhana,. namernye farhani,.. nama ayahku bachok,. n nama ayahnya bahadun,.. huhu,.dah nak dekat sama tu.. memang takdir jumpa ngan dia.. disebabkan nama kami yg hampir sama,. so semua kelas aku sama dengan dia. kelas arab, kelas english, kelas core.. haha.. agaknya kalau aku x keluar UIA aku dan dia mesti dah jadi kwn yg rapat;).walaupun masa minggu pertama ni boleh tukar kos,. aku ambil keputusan x tukar dr farmasi kepada medic,.. em,. ntahler naper yer..Kemudian, hampir 3 minggu di UIA org jpa call bagitau aku dapat tawaran ke INDONESIA. INDONESIA? seriously, kalau korang la, ape korang rasa dpt tawaran ke INDON firts time? x bestnyer!! hah,. aku memang bengong sikit waktu mula2 dpt tawaran tu,. hati ni sakit,. JPA bagi aku INDON? astaghfirullah.. aku sedar aku x bersyukur waktu mula2 dpt tawaran tu. sepatutnya dari awal aku bersyukur alhamdulillah.. at least aku dpt tawaran ke overseas,. berbanding dengan ramai lagi student2 laen yg x dpt kan.. lagipun aku pasti ader hikmah di sebalik semua ini. PASTI. Lalu, atas dorongan family terutamanya atas nasihat abang aku,. aku PILIH utk ke INDON ,. walaupun aku tahu A LEVEL bukan mudah.



A level aku di KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR , KTT Sepang Selangor.. korang pernah dengar pasal kolej ni? hah,. aku seumur hidup x pernah dgr kolej ni,.tiba2 JPA suruh aku pergi sana buat a level. dah pergi sana ,. Ya Allah,. bangunannyer sgt mengejutkan.. bangunan kedai jer.. tempat menginap kami pula di tingkat atas,. manakala kelas2 pula betul2 hampir dengan apartment. memang terkeZut giler la tgk kolej mcm ni. haha,.. TETAPI betul la kata org2 tua,. X KENAL MAKA X CINTA. setelah setahun belajar kat sini,. bersama2 rakan2 seperjuangan ALL 1 yg hanya 18 org( bilangan paling sedikit) ~ me, abel, atie, fika, sakiinah, baby, ann, faramie, cheylsea, tan, joyner, kay,ng, zawir, sham, salleh, amin dan reginald,.. memang BEST la duduk kat KTT ni walaupun dlm hutan kan.. huhu..mcm 2 kenangan kiteorg lalui,. dan yg paling best, kiteorg 18 org asyik kene BRAINWASH je dengan lecturers kiteorg. lecturers yg paling kiteorg sayang. bagaikan satu family, kami semua saling melengkapi,. EN RAZIB sbgai lctrr maths kami anggap seperti bapa. suka nasihat dan kami hafal trademark beliau.. huhu :) . Kemudian MDM SALINA, lctrr biology spt seorg ibu yg prihatin dan tegas :). dan lctrr yg kami PALING2X syg MISS ILA,. lctrr Chem,. merangkap guru kelas kami,. bak kakak kami yg .....argh. speechless.. u're too special for us. no words can describe you miss.. we all love you and insyaAllah we will never forget u :)




Nak cerita kenangan semasa di KTT,. mmg x sempat sampai esok lusa pun. biarlah gambar2 yg menyimpan seribu kenangan dan kalau rindu,mesti aku tgk balik gambar2 waktu kat KTT dulu.. Dan sekarang ,. biarlah aku menutup kisah zaman dahulu kala ini sampai di sini sahaja. Ada yg suka, ada yg duka.. ada yg memberi pengalaman dan ada yg beri pengajaran. that's life right? Apalah erti hidup tanpa cabaran dan dugaan. Kerana cabaran dan dugaan lah yg mematangkan diri serta mendewasakan kita.

STORY OFF,. thanz guyz for reading :)

wah wah wah ~

assalamualaikum w.b.t
jam dah nak pukul 1 . i mean 1 am. bende lah aku buat sampai kul 1 pagi ni kan.. pagi ni berbeza ngan hari2 sebelum ni. sebelum2 ni,. sbb syok maen game kat fb tu,. tpi mlm ni,. mlm ni memang berbeza dengan malam sebelum2 ni.

baby jadi followers aku.. haha.. stop2 korang punyer sangka buruk.. bukannyer aku nk bangga2 la..sbb lepas baby jd followers, terus aku jumpa blog abel, zawir ngan atie :) gembira weyh.. (padahal insyaAllah 5 tahun lebih akan bersama diorg kat indon nnti)
.. haha.. biasalah perasaan org yg baru buat blog( aku ler tu)

di samping tu, aku nk cerita skit pasal persiapan ke indonesia ni. memang barang2 semua dah ready, cuma ader skit2 je lagi yg x beres,brg2 yg kene cari dlm kotak2 aku tu..kunci kecil, sijil2, dll.. checklist pun x buat lagi ni, x pe la esok lusa aku buat, insyaAllah. fly dijadualkan 15 hb 8, ahad, jam 9 pagi, bermakna 6 pagi dah kene ader kat klia tu,. huhu masalahnya skrg maser tu bulan puasa,. waah,.. x terbyg kekalutan yg bakal berlaku pagi tu,. nk sahur, nk bersiap, nak solat subuh, nak pergi klia tu,.. tgklah mcm maner perancangan nyer nnti..

persiapan sibuk dibuat,. padahal result x keluar lagi.. waaah..semua org,..i mean aku, classmates(ALL 1), ALL 2, ALL 3 dan mara senior. semua dah ader placement,. cumer tunggu result jer.. waduh2,. semua org berdebar2,. menantikan saat itu. doa dan tawakal je skrg tinggal,. nk usaha, semua tu dah berlalu kan... insyaAllah mudah2an semua pelajar dapat result yg baek2 dan dpt fly ke destinasi msg2. takut woo!

dah2. sesaje nk update blog ni.lagipun time to sleep :) thanz!