Sabtu, 25 Julai 2015

Entahlah...

Sekali lagi, tulisan kali ni diinspirasi dari salah sebuah novel pengarang terkenal , andrea hirata.

aaah. jeles sekali dgn org2 yang pandai menulis, pandai mengarang, 
tulisan mereka kadang benar2 menusuk ke jiwa, sehingga seperti kita dpt membayangkan jalan cerita yang disampaikan.

hampir 5 jam menunggu di JIH, melayan masalah gigi yg menakutkan ini: berjaya aku habiskan novel 'Ayah' oleh pengarang buku Lasykar pelangi yg bestseller itu. Fuuh. bukan x tebal novel tu, bahasa pun penuh dgn berpuisi, tapi berjaya habiskan. Disebabkan ianya x terlalu bergenre islamik, malah lebih kepda bergenre kehidupn realiti masyarakat miskin macapada, makanya aku tak terlalu fokus dan berangan lebih2 sewaktu membacanya. Cukup2 makan kata orang, yang penting tahu jalan cerita dan inti yang ingin disampaikan. Pun begitu ia tetap membuatku tersenyum dan berkaca2 mata. cukup membekas. 

Itulah yang dikatakan orang kekuatan bahasa dan penulisan. boleh buat org semangat, boleh buat orang sedih, boleh buat orang berfikir.boleh buat org bercinta dn seribu macam lagi boleh buat orang itu ini.


dan sepatutnya..

apatah lagi..

AL QURAN, firman2 Allah. yang lebih2 lagi indah, perfect, x bisa ditokok tambah.


Kenapa?

Kenapa ramai dari kita yang baca quran tp 

x bertambah pun iman bila Allah cerita tentang diri Nya, tentang rasulNya..

x nangis pun/gementar hati waktu Allah cerita tentang neraka dan balasan2nya terhadap orang yg ingkar

x terbangkit semangat utk buat ketaatan bila Allah cerita tentang syurga, nikmat2 di sana.

x berlumba-lumba kejar kebaikan padahal Allah dah seru byk kali

dan berapa banyak lagi kita x terasa.

tanpa kita sedaar, mulut je berkumat-kamit mengaji.. hati entah ke mana.. tadabur entah ke mana


Allahu .. bantu kami.. kuatkan cinta kami kepadaMu. kuatkan ikatan kami dgnMu melalui ayat-ayatMu.


entahlah.. refleksi diri...
ke laaut dah semua..


yuk kembali..

*niat, belajar bahasa arab, baca tafsir, hadiri majlis2 tafsir quran, dengar recording, sering tadabur dgn sahabat2, dll