Isnin, 10 Januari 2011

Cerita kucing yg hebat dan tuannya

^_^ diceritakan kpd kami oleh k nadrah..tpi ana edit skit2..huhu

Di sebuah kampung yg terpencil, terdapat sebuah keluarga yg tinggal di sebuah rumah yg jauh dari rumah lain. Keluarga tersebut terdiri drpd pak mat, si suami ; mak minah, si ibu ; dan ali, si anak yg baru berusia 3 bulan.

mak minah, Ali dan pak mat. Happy family



Keluarga ini mempunyai seekor kucing bernama Hurairah yg sangat pintar dan patuh. Sebabnya, Hurairah boleh memahami segala ape yg tuannya cakap dan suruh. Contohnya jaga rumah, amik surat khabar, bermain2 sembunyi2 ngan pak mat dan mak minah, jaga rumah,. Pokoknya semua tugas2 yg boleh dilakukan oleh seekor kucing la.. Kalau kita ader kucing mcm Hurairah ni, konpem kita beruntung, sebab dahlah bijak, comel pulak tu. Boleh tolong kita pulak tu.. hukhuk. mcm x logik pulak, tpi name pun cerita kan? layan je la..

mcm harimau pulak kan? hukhuk

Keluarga ini hidup dlm aman dan bahagia. Hurairah sangatlah manja dan disayangi giler2 oleh family ini. 

Pada suatu hari yg sedang hujan lebat beserta guruh dan petir, mereka mendapat satu sms dr ibu pak mat yg berbunyi ; 

          Balik la anakku, bapamu sakit tenat.

Maka, terkejutlah mereka. Kebetulan kereta mereka sedang dihantar ke bengkel yg agak jauh dr rumah mereka gara2 terbakar 2 hari yg lalu. Yang ada hanya motor. Pak Mat dan mak minah sgtlah bingung. Sebabnyer, mcm maner nk kuar rumah n pulang ke kg pak mat dalam keadaan hujan lebat mcm ni? Boleh jer diorg naik motor, tpi masalahnya x boleh bawak Ali . Dahlah Ali masih kecil. Kang x pasal2 je Ali jatuh sakit. Nak panggil teksi, mmg x pernah ader teksi masuk ke tempat yg terpencil tu. Nak minta tolong jiran, xde, sbb rumah diorg jauh dr jiran yg terdekat. Lagi pulak jiran mereka itu pergi cuti jalan2 kat tempat lain. 

Em, orang raser aper solusinye? hah, mestilah diorg minta tolong si Hurairah yg pintar itu utk menjaga Ali. Hurairah pun menjawap,"MEOWWW" yg bermaksud baiklah tuanku. Maka bergegaslah pasangan suami isteri itu utk keluar, pakai baju hujan dan terus pecut ala2 rempit ke kg pak mat yg terletak dlm 30 km dari situ.

Ali sedang tidur dengan nyenyaknyer. Hurairah pulak setia menjaga Ali. Kucing yg comel ini malah menahan nk kencing sbb x sanggup tinggalkan Ali walaupun sebentar. Punyerlah baik dan patuh kucing ni. Kalau ader nyamuk yg mendekati Ali, mesti si Hurairah ni tangkap nyamuk tu. Nasib baeklah si Ali ni x nangis mintak susu, kalau x mcm manelah agaknyer si Hurairah ni nak kasi ek? hukhuk

Hurairah bertukar warna .,oops lupa pulak nk bgtau korang, si Hurairah ni jugak mempunyai kelebihan utk bertukar warna bulu. hukhuk :P



Nak dijadikan cerita, tiba2 masuklah seekor ular tedung yg sangat besar ke dalam bilik Ali tersebut. si Hurairah terkejut, terus bangun dan bersedia utk menghadapi ular itu. Maka pertempuran pun berlaku. Sangatlah dasyat pertempuran itu sehingga ia berlangsung selama 1 jam. Sebab sama2 kuat. Kejap2 si ular yg menguasai pertempuran, kejap2 si Hurairah yg mcm nk menang. Tetapi atas kasih dan sayangnyer si Hurairah ni kpd Ali, maka dengan penuh kekuatan dan kudrat yg semakin hilang itu, si Hurairah pun akhirnya berjaya menerkam dan menggigit kepala ular itu sampai putus. Maka matilah ular tersebut. Hasil dari pertempuran itu,. darah memenuhi badan Hurairah.

Belum sempat si Hurairah buat apa2, pak mat dan mak minah pun pulang. si Hurairah terus ke ruang tamu, menjemput mereka kerana ingin  mengadu pasal ular tedung itu. "meow meow meow",

Mak minah : Abang! tengok Hurairah ni. ader kesan darah kat badan dan giginya! anak kita bang! Ali ! mesti si hurairah ni gigit! tidak!!! ( sambil menjerit mcm histeria )
Pak mat : apa? berani kau Hurairah!

terus pak mat mencapai batang penyapu dan di tendangnya si Hurairah yg kepenatan tu ke arah dinding. Lalu dipukulnya si Hurairah ini dengan batang penyapu . Si Hurairah dah x mampu nk buat apa, hanya menangis dan mengiau dengan perlahan. Mungkin ajalnya sudah tiba. Sudahlah badannya sakit2 setelah bertempur dengan ular, kini x pasal2 dipukul oleh pak mat pulak.

Pak Mat dah mcm org gila. Dah x de perikemanusiaan. Pukul, tendang, pijak si Hurairah sampai Hurairah dah lembik sgt2. Kasihan sama Hurairah, nyawanya sudah nyawa2 ikan. Mak Minah terus masuk ke bilik Ali utk melihat keadaan Ali.

Tetapi Ali masih di situ, masih di tempat tidurnya, masih sedang nyenyak tidur dan sihat walafiat, tidak ada satu luka pun di bdn nya. Di sudut bilik, dia ternampak seekor ular yg sudah terputus kepalanya. Maka sedarlah mak minah, dia sudah BERSANGKA BURUK terhdp Hurairah. Dia bergegas keluar dr bilik sambil mendukung Ali, mahu menghalang suaminya memukul Hurairah, namun semuanya sudah terlambat. Hurairah sudahpun tidak bernyawa. Mak minah terduduk. 

Pak mat ternampak Ali yg didukung isterinya. Masih sihat. Matanya memandang Hurairah. Sudah tidak bernyawa. Dia tersedar, dia sudah terlanjur membuat salah. Dia juga terduduk. Air mata penyesalan mengalir dari mata pak mat dan mak minah. Mereka menyesal, sgt menyesal membunuh seekor kucing yg sgt berjasa kepada mereka. Kejadian malam itu memberi pengajaran kepada mereka.




so, what's the point of this story?


Bersangkalah baik terhadap org lain. think +vely. Jgn sangka yg buruk2. Dalam cerita kat atas, mak minah terus bersangka buruk bila nampak darah kat badan dan mulut Hurairah. Tu menunjukkan kadang2 manusia ni slalu bersangka buruk. Padahal dia x tahu cerita penuh, kadang dia x tahu apa yg berlaku,.

So, Bersangkalah baik sesama manusia, dan terutamanya bersangka baiklah kepada Allah. Allah turunkan dugaan utk menguji kita. Bukan x sayang kita. Sebabnya, Allah tahu kita mampu menanggung beban tu. Allah nk didik kita,. bukankah didikan Allah adalah didikan yg TERbaik? Allah tahu apa yg terbaik utk diri kita. 


2:216
Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.


Bukan kesusahan sahaja merupakan ujian dari Allah. Kesenangan dan nikmat juga merupakan ujian dari Allah. Sebab Allah nak uji apa yg kita buat dengan nikmat tu. Kita bersyukur x? Kita menggunakan nikmat ter sebut di jalan Allah x? Allah berfirman dalam surat cintaNya kepada kita ~


6:165
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sedarlah sahabat2ku, semua yg berlaku ada hikmahnya, walaupun x ternampak di dunia, di akhirat nanti. InsyaAllah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aper yg korang dpt dari cerita atas? di sini ader beberapa pengajaran yg kita boleh kutip, iaitu

  1. Jangan bersangka buruk. Banyak keburukannya : contohnya, memutuskan silaturrahim, hidup dalam kegelisahan (x tenang), muncul perasaan dengki, muncul perasaan ingin menjatuhkan org lain, pastu akan berturut2lah perbuatan lain yg menimbulkan dosa.. Ok, contohnyer, kita nampak kwn kita sedang study, kita pun bersangka buruk, " Ala, tu nak tunjuk baik dan rajinlah tu. Nak dapat result tinggi dr aku la tu. pastu nk tunjuk2 kat org la tu ". Pastu kita mengumpat pasal dia kat org2 lain. Pastu kita pun buat sesuatu supaya kwn kita tu x dpt study. Pastu dan pastu terus menerus membuat dosa.. nauzubillah..
  2. Bersangkalah baik. Kita judge diri kita sendiri berdasarkan niat, tpi kita judge org lain berdasarkan perbuatan mereka. Adilkah begitu? Padahal mungkin mereka punya reasons tersendiri. 
  3. Buat sesuatu pikir dalam2 dulu. Jgn terburu2 buat keputusan. Fikir baik dan buruk dulu. Mcm kes pak mat ni, dia terus bunuh si Hurairah tanpa fikir kesan buruknya.
  4. Menyayangi dan mengasihi saudara sesama mukmin . Mcm yg ditunjukkan oleh si Hurairah ni. Sayangnya dia kepada Ali sampai x fikir pasal diri sendiri. Berjuang habis2an demi nyawa Ali. Macam tu la kita nak. Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.Riwayat Bukhori dan Muslim)

Subhanallah. semoga anda mendapat sesuatu pada hari ini,.InsyaAllah ^_^







Tiada ulasan:

Catat Ulasan