Ahad, 2 Januari 2011

Aktiviti di awal tahun ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Masih diberi peluang utk bernafas
Masih diberi pelbagai nikmat di atas dunia ini
Terima kasih ya Allah

Selamat menyambut tahun baru yer.
Tpi, ana x celebrate pun,
01.01.11
We start our day with go swimming
With abel, atie, ann, shida, fatimah and linda
Seriusly, kali  ni swimming sgt enjoy dan penat
Sebabnye, ader progress dlm berenang.. yahoooo
Alhamdulillah :)

Tengah hari pulak teman sakiinah ke AMPLAZ
satu shopping complex yg boleh dikatakan terbesar di jawa tgh
ye ek? ntahler betul ke x,. org kat sini lah ckp..
First nak pergi sbb nk teman sakiinah,
die nk tukar duit,. tpi alih2 kedai tu tutup, sbb cuti krismas dan tahun baru
Hari selasa baru bukak,.
Tpi ana pulak yg dapat beli barang,,
iaitu gogle dan papan renang
Teruja pulak kan, balik tu terus try pakai
hahaha :D jgn kata ana gila pulak

Btw, di hari pertama tahun baru inilah, asrama ni black out
3 kali pulak tu
Panas dowh,
Terfikir, baru kat dunia, di akhirat nanti? di padang masyhar nanti?
Subhanallah
x boleh bygkan
Yang black out ni,
Sabar je lah =.='
Hari ni pulak sekali. Maser usrah pulak tu
Alhamdulillah la sekejap je.

Cerita pasal usrah,
Tadi jam 9.30 pg, ader exam.
exam agama islam.
errrr...
emmmm..
Lepas tu sambung usrah,
Linda cerita pasal perang badar
:)
sangat menarik, dan ceritanya ader sambungan
sbb dier x hbs bacer lagi
n the, after solat zohor,
kiteorg melantak
:P
alhamdulillah kenyang!
sesape yg dtg jogja,
I syorkan u pondok cabe!
hukhuk

sory, post kali ni mengarut n cerita pasal aktiviti sendiri pulak
:)

Tapi ana x lupa,
Take a look ya,
marilah muhasabah diri..
(dpt dari usrah td)

2:208
"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata.


2:42
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.


main point,
Anutilah dan amalkanlah islam itu secara total.
I mean 100 %
Jangan dicampur hak dan batil
Yg hak tetap hak
dan yg batil tetap batil
Jangan dicampur dengan unsur2 jahiliyah
Ada satu hadis ni, (hadis ke12 dlm hadis 40)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله 


عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ


Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya 


Ada kwn tanyer
macam maner nk tahu sesuatu perkara tu berguna atau tidak bagi diri seseorg tu?
Mungkin dengan mengetahui bahawa perkara tersebut berguna atau tidak utk islam
Mcam unsur2 jahiliah la jugak
Kalau x salah ana,
Kalau dlm diri kita ada perkara2 yg x berkaitan langsung atau x beri faedah utk agama islam,
that things is jahiliah
Em, n ana pun masih dalam proses membuang unsur2 jahiliyah itu
Susah gak nk detect unsur2 tu
Ape2pun,
sentiasalah berusaha dan bertwkal,

Sebab kat akhirat nnti Allah nk tgk usaha kita
Bukannyer result peperiksaan atau gelaran kita dpt.
U got what I mean?
Bukankah kalau kita berusaha bersungguh2,
InsyaAllah hasilnya kita akan dapat kan?
Kalau x di dunia, di akhirat.
InsyaAllah
Yang penting ikhlas kerana Allah,
dan mengikut syariat islam
Allah maha Adil dan Mengetahui
Allah tahu apa yg baik dan buruk utk diri kita
Allah tahu segalanya..
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar
Lailahaillallah



P/s : Minta maaf buat semua sahabat2 seperjuangan, kalau ader buat salah silap sepanjang tahun 2010.
Sorry sgt2. Kdg2 tu tiba2 je raser nk marah kat sape2 pun., perangai ni ana masih dlm proses mengubahnyer.. x baik kan? tiba2nk marah org sesuka hati..
Bagitau la ana, tegurlah ana kalau ana ada buat salah,.
Kan hidup kat dunia ni, kita semua kene amal makruf nahi munkar..
Saling nasihat menasihati ke arah kebenaran.
Ala,.. seperti dalam surah al 'asr yg kiter slalu bacer tu.. x kan bacer je kut, mestilah fahamkan dan amalkan!
Rugilah, kalau x amalkan. ~

103:1-3
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

Thank u friend :) Selamat berjuang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan