Rabu, 10 Oktober 2012

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

moh ana mulakn dgn satu ayat centaNya

bismillahirrahmanirrahim

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Ar Ra'du 13:11



Terkadang kita rindu akan saat2 awal kita berada d jalan ini dahulu. Fikrah, semangat yg berkobar2 dan kefahaman yg kita perolehi membuat kita sehari2 memandang apa yg berlaku dlm diri kita dari kaca mata dakwah dan tarbiyah. Dan hari silih berlalu, kehidupan kita dipenuhi dgn pelbagai wasilah tarbiyah spt dauroh, rehlah, jaulah, mukhayyam, mabit dll. Kita juga berusaha memenuhi 10 muwasofat tarbiyyah, agar diri kita memiliki peribadi yang muslim wa musleh.



Namun sayangnya semangat yg dulu berkobar2 kini terpadam ibarat api yg disiram air. Bahan2 dauroh yg kita dapat berlalu begitu sahaja tanpa kita memfikrahkannya dlm diri. Kita berusaha 'mendaki bukit', namun x sedar beban jahiliyah melambatkan gerakan kita, sedangkan kita nak sgt2 sampai ke puncak bukit, yg analoginya adalah redha Illahi. Malah bukan selalu solat kita khusyuk, amalan kita ikhlas, infaq kita banyak, bersangka baik sesama kita dll.

Atau dulu kita sememangnya berusaha mujahadah nafsu tinggalkan jahiliyah atau maksiat, tapi kini kita kembali ke diri kita yg lalu, akibat futur yang kita biarkan bersarang dlm hati. Benar, iman itu naik dan turun, tapi apa sahaja yg kita lakukan saat iman itu futur. Biarkan sahaja? Wahai! syaitan menari gembira melihat kita berdiam diri membiarkan diri futur, terus futur.




Malah kita selesa dgn keadaan ini. Selesa berada dlm jahiliyah? No way! Padahal kita tahu, yg hidup seorang muslim bukan seperti ini sepatutnya. Siapa yang harus kita salahkan? Keluarga? Sbb diorang yg biarkan hidup kita dlm 'kelabu' bercampur baur antara haq dan batil? Atau salahkan rakan2? disebabkan pengaruh diaorg? atau salahkan murobbi? rasa kurang di DF atau kurang kasih sayang? Atau salahkan diri sendiri? tepuk dada tanya iman. Walhal, diri sudah pun tahu bahawa kita punya tanggungjawab atas muka bumi ini.

Bukan sekadar makan minum tidur belajar berpersatuan graduasi bekerja kahwin beranak mati. Habis tu nak jadi orang yang rugi kat akhirat nanti?

I'm writing this not because i'm far away better. no. i wrote based on experience, based on stories I heard. Bukan nak bukak aib, tapi berkongsi cerita, dapatkan pengajaran dan ibrahnya.ok sorry grammar berterabur.

SOLUTION

#INGAT kembali turning point kita. Cari kenapa kita harus berubah. Bukan kerana murobbi, bkn kerana nk dpt perhatian.



#IKHLASkn niat utk berubah. Demi Allah semata2

#Cari BIAH SOLEHAH. Penting sgt2. duduk sorang2 memang fatal, bahaya.

#Baca ARTIKEL yg osem. APG, muharikah, dakwat.org, blogger2 yg hebat2.

#AZAM yang kuat dan tegar. Ingat, kehidupan utama kita kat akhirat nanti. Bersenang lenang pun bila dah mati nanti. So, sekarang biar 'sakit' sikit. Mujahadah lwn nafsu. X nak ke syurgaNya yg best tu?



#DOA. doa dan teruskan berdoa dgn ikhlas. InsyaAllah Allah akan permudahkan.

#ISTIQAMAH dan tsabat d jalan ini. Rajin2kanlah diri menghadiri program2 yg disusun oleh para murrobbi kita. U will get sumthing, IAllah.

#IMAGINE His JANNAH. OWESOME sgt2! Dan orang yg dpt masuk bukan calang2 org!


#BERGAUL dengan para daie yg super OSEM. Tanya bagaimana mereka tsabat di jalan ini.

#SEDIAKAN HATI utk ditarbiyyah. Setiap apa yg kita lakukan dan apa yg kita perhatikan, pandang dari kaca mata dakwah dan tarbiyah.


#JANGAN biarkan diri selesa dlm keadaan futur. Cari sumber kekuatan, especeli melalui hubungan dgn Allah. Qiyam, zikir atau baca quran. Niatkan, ya Allah, kembalikan kekuatan pd diriku, kembalikan semangat kpd diriku.


#baca BUKU2 yang beri kefahaman dan naikkan semngat.

#INGAT kematian. bila2 masa sahaja Allah akan tarik nyawa kita. Nak ke, waktu futur tu Allah tarik nyawa kita? gulp, nauzubillahiminzalik

#BAYANGKAN akhirat nanti. Xnak jd orang yg rugi kan?


dan bermacam2 lagi cara yg laen.

--------------------------------------------------------------

Inilah realitinya. TRUE STORY. perkara ini sering kali terjadi. Futur dan terus futur hingga hilang dari jalan ini. Sungguh rugi. Tapisan demi tapisan Allah lakukan, sehinggalah yang tinggal nanti betul2 berkualiti. X siapa dpt jamin, dia akan berada di jalan ini sampai akhir hayatnya. Tapi inilah impian dan cita2 utama kita. Nak masuk syurga ramai2 kan? Ayuh kita sama2 tegur, sama2 menasihati, sama2 memaafi.

p/s : sayang antunna sangat2. Ya, nk berubah sangat sukar, ana turut merasainya. tapi istiqamahlah. Andai rasa futur atau jatuh, ingat kembali janjiNya. Subhanallah, moga kita tergolong dlm golongan2 itu.

"(Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)." Al Insan 76:22


#benarlah kata2 seorang ukhti dahulu sewaktu di awal tarbiyyah, bahawa kefahaman lebih penting dari semangat. Walaupun kita kehilangan semangat, kita tetap akan tsabat kerana kita faham. Maka tambah dan  peliharalah kefahamanmu, serta carilah sentiasa semangat yang baru. Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan