Ahad, 10 Mac 2013

Ini Kisah Win #2

***
Beberapa tahun kemudian

Malam itu Win teresak-esak menangis. Diselubungi gelap pekat malam. Ditemani telekung dan sejadah. Mungkin beribu-ribu malaikat mengelilinginya. dan yang pasti Allah la yang menyaksikan segalanya. Memohon ampun, moga segala dosa dan kelalaian dihapus. Moga mati dalam keadaan baik, beriman dan bertakwa. Moga terus tsabat dan istiqamah. Win tahu benar, mungkin malam-malam selepas ini tidak begini. entah ada peluang atau tidak. Maka dia menangis bersungguh-sungguh. Memohon agar dia terus berada di jalan ini, jalan yang diredhaiNya. Dia memohon agar terus diberi petunjuk, diberi keberanian, diberi kekuatan, untuk meneruskan tugas para nabi. Win berdoa lagi, moga dia dapat istiqamah bangun malam, moga dia tsabat melaksanakan mutabaah amal, moga dia dapat melaksanakan hak-hak dia sebagai seorang muslim, moga dia dapat melalui hari-hari yang mendatang sebagai seorang mukmin.

Paling penting, Win mendoakan agar dirinya sentiasa berada dalam keredhaanNya. Mati dalam keadaan Allah redha padanya. Masuk ke dalam surga kerana redhaNya. Kerana dia tahu, redha Allah lah segala-galanya. Allahuma Amin.

Win lap air mata yang merembes keluar. Dicapainya al quran. Dibelek-beleknya helaian alquran mencari ayat terakhir yang dibaca sebelum tidur malam tadi. Alquran itu milik Mai, hadiah istimewa diberikan kpd dia. Matanya melihat gambar dia dan Mai di atas meja. terus memori-memori pahit dan indah bermain di mindanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan