Sabtu, 16 Mac 2013

jalan ini...

Hampir 3 tahun. hampir.

selama itu jugalah sudah aku berada di jalan ini, jalan dnt.
aku xtahu sejauh mana sumbangan ku utk ummah
aku xtahu apa y sudah diubah dlm diri demi mengubah ummah

murobi yg mendidik aku sejak kosong x lama lg akan bfg.
maka kami bertukar murobbi
usrahmates jga sudah bertukar ganti
tanggungjawab dan bebanan semakin bertambah
sebagai seorg calon dokter, malah sbgai seorg khalifah,
apatah lagi sebagai hambaNya

berat yg ku rasakan
berat lagi para sahabat yg merasakan

halangan yg ku lalui
besar lagi halangan yg para sahabat lalui.

ujian yg ku tempuhi
sukar lagi ujian yg para sahabat tempuhi.

tapi mereka berjaya harungi
kerana iman mereka sangat tinggi
hanya mengharap redha Allah semata-mata
dan kita?
masih hanyut dibuai dunia
lupa akhirat semakin mendekati kita

walaupun cuba ku tepis kenyataan
namun harus ku akui
harus ku lalui
sekarang sudah tiba mempraktikkan segala teori2
yang dibahas, yang ditekankan, yg dibincang dlm liqo
yg dibaca, yg dihadam, yg dikongsi oleh ikhwah akhowat
maka berpijaklah di dunia nyata
bekerjalah di dunia realiti
dengan hanya mengharapkn redhaNya semata-mata.
ya, semata-mata!

"tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi. Dan nescaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna)"
Al-Lail 92:20-21





Tiada ulasan:

Catat Ulasan