Rabu, 10 Ogos 2016

Srikandi

Ucapan srikandi malam apresiasi akhawat konsisten 2016

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah konsisten telahpun melabuhkan tirai dgn jayanya pada hari semalam. tulisan ini sekadar satu peringatan terutamanya utk diri ana sndiri dan untuk antunna juga. Memikirkan ucapan yg ana rase agak berterabur dan entah ke mana pd mlm itu, (unexpected utk menang, jd x sempat fikir ape2. ana ni jenis kene fikir lama skit idea, baru boleh memberi kata2/nasihat) , izinkan ana menulis sepatah dua kata buat tatapan antunna. Sebab rasa x boleh tidur malam kalau x ganti speech mlm tu πŸ˜‹
🌺🌺
Mungkin ana dinobatkan srikandi, tapi hanya pada malam itu. Hakikatnya, antunna la srikandi ummah ini. Pulang ke negara masing2, antunna la srikandi di tanzim negara antunna. Buat yg bfg, antunna la srikandi dlm kalangan keluarga antunna. antunna juga la srikandi di tempat antunna menjadi kader dakwah ini. Dan bisa jadi, antunna srikandi dalam kalangan malaikat kerana nama antunna disebut2 oleh Allah dalam kalangan malaikat. Malah betapa indahnya, antunna srikandi2 yg dinobatkan di syurga kelak, setelah berjuang penat lelah utk dakwah ini. 🌸🌼🌷🌹

Akhawati fillah.
Zaman telah berlalu dgn pantas, dan begitu ramai sosok srikandi yang dpt kita contohi. Namun dek kerana konsisten kita ditugaskan utk membaca ttg kisah seorg akhwat ini, izinkan ana bercerita sedikit ttgnya.  Ana yakin antunna sudah membaca kisah almarhumah ustazah Yoyoh Yusroh. Pengalaman bertemu dan berdiskusi dgn akhwat PKS membuatkan ana turut merasai kehilangannya pada tahun 2011. Cerita-cerita dari orang sekelilingnya membuat kita kagum dan ingin mencontohinya. Seorang ahli DPR ( parlimen kalau x silap ana), yang sangat sibuk,mempunyai 13 org anak, mengurusi maahad tahfiz untuk anak2 gadis, memegang bbrp usrah ( maaf ana xigt berapa bilangannya), masih mampu bertilawah 3 juzuk sehari.  Mampu untuk berqiyamulail di dini hari. Sedeqahnya sentiasa mengalir keluar. Sentiasa membuat kawan dan lawan kagum padanya. Betul2 mengamalkan quran dan sunnah dalam kehidupan seharian. Sentiasa tenang dan sabar menghadapi tantangan2 dlm hidup.  Malu pada diri rasanya bila baca ttg kehebatan2 ustzah Yoyoh. Tapi ini lah antara sosok yang ingin kita contohi. Keimanan, Kecintaan, Kesabaran, Kesungguhan and the list go on.

❤❤πŸ’•πŸ’•

MashaAllah subhanallah akhawati fillah.

Bagi ana, kecantikan adalah bila anda cantik dalam dan luar .Kecantikan adalah just be yourselves and be proud of yourselves. Tp diri yg macam mana? Iaitu 1 sosok yang mempunyai fitrah seorang akhawat. Yang mempunyai iman yang mendalam, ibadah yang khusyuk, amal yang ikhlas, jihad yang sungguh2. Para sahabat beri contoh yang sempurna, mereka mungkin berbeza sikap, logam dan cara, tapi mereka mempunyai ciri yang sama.  Ciri2 dan nilai2 islam sangat tinggi dlm diri mereka. Dan inilah yg mahu kita contohi.

Akhawati fillah.
Selamat berjuang keranaNya. Keep reminding between all of us. Doa rabithah bayangkan kami semua. Jaga diri, jaga iman, jaga tarbiyah diri dan orang lain. Kerana akhirnya, kita buat semua ini untuk menggapai redhaNya. πŸ€—πŸ€—

Jzkk for everything. Terutamanya utk ukhuwwah, hamasah dan nasihat antunna. ☺😊😍😘

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan