Rabu, 15 Jun 2016

Di suatu subuh

Subuh itu salah satu subuh di Ramadan Kareem. Terasa lebih nikmat dan segar berbanding hari2 biasa yang pernah dilalui. Perasaan ingin menulis juga membuak2, setelah membaca beberapa buah buku nukilan ikhwah akhawat yang berjaya menyentuh dasar hati untuk menulis sesuatu. Mungkin tiada siapa yang membaca nukilan ini, namun perasaan yang bercampur baur setelah menggali semula post2 yg lalu menghidupkan kembali rasa itu. Biarlah walaupun bahasa tidak seindah sewaktu spm dahulu.

Juga membaca kisah2 hidup ikhwah akhawat, susah senang mereka dalam mengharungi jalan ini, membuat idea-ideaku bergerak laju seiringan taipan tanganku di laptopku. Haruslah aku nukilkan sesuatu, terutama buat diri, agar ke depannya bila jatuh, bisa menoleh sebentar dan mengutip kembali rasa dan semangat ini, insyaAllah...

Logam.

Mengapa logam lagi. Bukankah dahulu aku pernah bercerita tentang logam ini? Waktu itu, kalau sahabat atau adik2 menanyakan "ape logam ana/akk ye?" pasti aku tertanya-tanya di dalam hati lantas merasa rendah diri. Namun ku teruskan langkah kerana aku yakin aku pasti menemuinya satu hari nanti.

Namun tujuanku bukan menceritakan apa logamku. Nasihatku, teruskanlah istiqamah dalam melangkahi di jalan dnt ini. Kau akan dapat bermacam perkara baru, dan at certain point, you will realise, this is one of my logam. Kadang2 bila dah meraih sesuatu,baru lah logam kita yang tersembunyi itu terserlah. But, I will not say, bila dah jumpa logam kita, berhentilah di situ, dan lakukan apa yang kita mahu. Sebagai seorang mukmin, kita perlu rasa insecure dgn biah kita. Maksudnya, sentiasalah bergerak melakukan sesuatu, berubah menjadi baik kepada lebih baik dan lebih baik. Dalam apa jua situasi terutamanya demi dakwah dan tarbiyah kita. We will never know what we will gain and do in our future.

Dari seorang mutarabbi kepada seorang murobbi. Dari seorang HO kepada seorang MO. Dari seorang MO "kronik" kpd MO yang sedang mengikuti program master. Dari seorang specialist kepada seorag consultant. Dari seorang yang menerima kepada seorang yang memberi. Dari single kepada multiple. (Eh!haha) Dari daerah ke negeri. Dari solat wajib sahaja bertambah solat sunat. and the list go on. And do it because of Allah, for the sake of da'wah and tarbiyah, biiznillah.

Seorang mukmin harus sentiasa bergerak. Alirkanlah arus air dakwah dan tarbiyah dalam dirimu yang sudah mengalir deras sejak zaman para rasul dan nabi dahulu. Elakkan diri berada dalam takungan comfort zone. Sentiasa berfikir dan berfikir. Bermusyawarahlah dengan orang penting dalam hidup kita. Tanyakan pendapat mereka yang lebih berpengalaman dari kita.

Menghadiri program pre-HO, membuatkan ku berfikir dan terus berfikir. Mampukah aku mengharungi keperitan dan dugaan seorang HO dan MO? Di manakah hala tuju aku ke depannya?

Wallahu alam. Semoga Allah guide in everything we do in our lives. Dan the most important thing, semoga Allah redha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan