Selasa, 14 Jun 2016

Sahabatku

Di suatu malam.

Hening malam x mengganggu diriku dari men'stalker' teman2ku. Sehingga aku larut membaca blog seorang sahabatku saat dia dilanda dugaan yang cukup besar. Izinkan tangan ini menulis sesuatu, walaupun mungkin sahaja tidak kau baca, tapi biarlah buat tatapan diri ini, mungkin jika di hadapan aku mengharungi sesuatu seperti ini juga. Walaupun saat2 itu pernah aku sendiri merasainya. 


Sahabatku.

Allah knows the best. Sejauh mana kita merancang dan berusaha, Allah lah yang menentukan jalan cerita dan pengakhiran kita. Believe in Him forever. Dia la sumber kekuatan, sumber segala sesuatu. pintalah dari Dia. Aku yakin kau pasti buat semua ini, dan ku lihat, kau dapat kekuatan itu. Mungkin ini sekadar peringatan dan peringatan, supaya sampai ke liang lahad kita berpegang pada prinsip ini.


Sahabatku.

Kerana apa kita melalui semua ini. ingat kembali kerana siapa kita hidup. kerana apa kita memilih jalan ini. Redha Allah pasti. biarlah susah payah kita ini kerana mendapatkan redhaNya. Apa pun yang kita lakukan, jika ia benar syariat dan niatnya, inshaAllah besar dan manis ganjaran di hari kelak. Dan utk mendapat redhaNya, harus melalui banyak ujian dan cabaran. tapisan demi tapisan.


Sahabatku. 

Ingatkah pada firmanNya, 2:286. Bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Kau diuji seperti itu. Aku diuji seperti ini. Manusia lain diuji itu ini. dan kita x pernah tahu di mana tahap level kesanggupan dan ketahanan kita. Kita hanya mampu berusaha sebaiknya dan tawakal setinggi langit, namun Allah yang memberi jalan ceritaNya.  


Sahabatku.

Bertahan dan bertahanlah. kau pasti akan tersenyum di akhirnya. kerana apa? kerana akhirnya kau sedar segalanya telah berakhir dan kau berjaya mengharunginya. dan itu lebih manis. percayalah padaku, kerna aku pernah mengalaminya. dan bertahanlah melalui jalan ke hadapan, kerana cabaran yang lebih besar akan menemui kita. Dan nasihatku, bertahan lah.


Sahabatku.

Mungkin nasihat di atas lebih kepada diriku, agar lebih kuat, lebih berpegang pada Allah, lebih bertahan. Mungkin ini coretan hati ke hatiku kembali. Agar hati ini hidup kembali. 

dan jika kau membaca coretanku ini, coretlah nasihat buat diri ku juga. Jarak dan waktu memisahkan kita, kapankah lagi kita bisa bertemu dan bercurhatan?

jazakillahu kheir sahabatku. Aku doakan kau kuat di mana pun kau berada.
:)

9 Ramadhan 1437H, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan